Followers

Wednesday, December 10, 2008

Surind Singh...hang jangan cari pasai ..!!!

[DSCN1137.jpg]

satu laporan polis telah dibuat kerana terdapat 1 artikel yg boleh dikatakan terlalu menghina Islam ugamaku...sapa Surind Singh ni..?? kenapa lantang sangat penulisan dia mempertikaikan Islam..? apa yg membuatkan dia rasa Ibadah Haji itu satu perjalanan yg memalukan..?? baca sini--> hajj most shameful journey in history

rasanya selama ummi tercampak kat dalam dunia blog ni belum jumpa lagi blogger Islam yg telah menghina ugama lain...atau mungkin ummi terlepas pandang..tapi rasa2nya takde ...

Tok Ghimau dah nampak taringnya bila si Surind Singh ni makin ketegaq...apa yg si Surind pertikaikan sangat tentang Ibadah Haji ni..? adakah Islam mengongkong penganut ugama lain..? adakah Islam melarang penganut agama lain dari beribadah ikut cara ugama masing2..? dia mengharapkan keterbukaan dalam membincangkan isu2 sensetif..apa dia dah habis2an ke mengkaji Islam..kalau setakat nak menaikkan darah umat Islam..anda sudah silap tempat la Surind..

bak kata salah seorang komentar yg menyatakan..

ko ada hak nak fikir apa ko nak fikir. tapi simpan dalam kepala hotak ko yang sengal tu. aku pun bole fikir apa aku nak pasal ko. tapi tak perlu aku nak kutuk fahaman ko tu. lantak ko la nak sembah binatang ke, patung ke, nak jadi ateis ke, ko punya pasal.

ko cakap pasal respek? belajar respek orang lain dulu!!



dan komen dari Captain Jack Sparrow

AGAMA Islam adalah agama dakwah, dan menggesa kita supaya selalu berdakwah. Dalam pergaulan, percampuran dengan kaum-kaum lain kita boleh berdakwah dengan kebaikan budi pekerti dan contoh tauladan cara hidup yang baik dari ajaran agama Islam yang suci. Berdakwah itu bukan hanya dengan lisan, menasihat orang supaya berbuat baik bahkan sebaik-baik cara berdakwah adalah bersikap baik budi pekerti dan dalam perhubungan dengan orang lain.

Hidup berjiran misalnya, agama Islam menggesa agar Muslim Muslimat menghormati jirannya. Dari firman Allah surah Annisa ayat 36 yang menyebutkan beberapa pesanan yang wajib diambil berat seperti pesanan berbuat baik kepada jiran tetangga, iaitu firmanNya yang bermaksud: "Dan jiran yang dekat dan jiran yang jauh." Ulama Islam menyatakan bahawa jiran itu adalah:
a) Orang yang tinggal dalam satu bangunan (blok);
b) Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita;
c) Orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 rumah dari rumah kita dalam semua jurusan;
d) Orang yang tinggal senegeri dengan kita.

Dalam maksud Hadis yang lain, Rasulullah saw telah menerangkan bahawa bagi jiran ada 3 hak:


Jiran yang mempunyai satu hak.
Jiran yang mempunyai dua hak.
Jiran yang mempunyai tiga hak.
Adapun jiran yang mempunyai 1 hak adalah jiran musyrik yang tidak ada sebarang hubungan kecuali hak jiran (kemanusiaan). Dan jiran yang mempunyai 2 hak tadi adalah jiran yang Muslim dan kemanusiaan. Dan jiran yang mempunyai 3 hak adalah jiran yang Muslim dan berkerabat dengan kita.

Dan Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian hendaklah ia menghormati jirannya." Ini memberi pengertian orang yang tidak menghormati jirannya bukanlah orang yang beriman.

Semua ini menandakan betapa Islam menghendakkan kita menjadi orang yang baik dengan sesiapa juga. Adapun perkara yang tidak boleh Muslim dan Muslimah terbuat adalah mencampuri amalan ibadat agama lain, kerana perbuatan itu sangat dilarang oleh Islam. Umpamanya ada kematian dalam keluarga jiran tetangganya. Islam menggalakkan ia datang memberi takziah atas kehilangan keluarga jirannya, dan kalau ada sesuatu yang dari amalan ugama jirannya dikira baik, seperti membantu kewangan umpamanya sebagai tanda simpati, maka itu tidak salah baginya memberi sumbangan. Tetapi jika diminta melakukan sesuatu perbuatan yang mana perbuatan itu pada agama si jiran itu baik seperti menyembah mayat atau membakar bau-bauan, maka itu tidak dapat dibuatnya kerana ada larangan dari agama Islam. Biasanya perkara seperti ini dapat difahami oleh mereka yang berlainan agama.

Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah swt dalam memelihara hubungan baik di antara jiran tetangga di negara Singapura yang berbilang bangsa dan agama..
ayoyo..Surind u make my heart hot u know...!! lebih baik hang mintak maap pada all muslim in this country..before u get inside ISA...walaupun ummi tak setuju dengan ISA...BEWARE SURIND SINGH..!!

9 comments:

Harimau-Menaip said...

Ummi, lupa nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Orang macam macha tu, nak kena ajar. Kalau tak, sampai bila pun tak paham.

Wassalam.

Emas Perak said...

Tahniah Ummi Anni

PerakBangkit menyokong sepenuhnya kenyataan Ummi Anni.

Anda adalah Serikandi Muslimah Malaysia.

Anonymous said...

Kah kah kah kah...hang kata hang tak suka ISA!!!Tu dia la,hangpa kata hangpa terarr!!!

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam

tok ghimau..

salam Aidil Adha buat tok ghimau sekuarga..

kita kena ramai2 ajarkan dia..

PerakBangkit..

kenalah buat sesuatu utk peringatan pada sesiapa yg cuba2 utk nak pertikaikan agama kita..


hangpa kata hangpa terar..

memang tak setuju tetapi bila RPK dikenakan ISA apa tindakkan kerajaan kepada Surind Sing ni pulak..bak kata tok ghimau..

"Ia ditentang kerana digunakan terhadap mereka yang masih boleh didakwa mengguna akta lain. Pernahkah penggunaan ISA di zaman komunis diperhebohkan? Tidak pernah rasanya.

Surind lebih bahaya dari Komunis. Kalau komunis, kita berperang dengan ideologi luar dan senjata api tetapi akibat dari penulisan Surind..ia melibatkan akidah umat Islam.."

wallahualam

azreen said...

ini lah guna nya ISA..golongan kafir ini sudah melampau batas..

Siti Aishah Shaik Ismail said...

ni dah kira lebih ni...orang macam ni kasi abis je....

Anonymous said...

Cek oii..kita ni dok tang negara berbilang kaum dan bangsa kalu takdak menatang ISA ni haruih buleh jd kacau ooo.

ISA said...

UmmiAnni,

Hang pun nak suruh chek telan budak Surind ni ka...? Hairan KDN dan Majlis Agama Islam macam takda teloq pulak, walaupun laporan polis telah dibuat. Depa sejuk kot dalam musim tengkujuh ni....

Ada jugak yang tak faham fungsi ISA, apa yang ditentang dan apa yang disokong.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam ISA

bukan tak paham..saja buat tak paham tu..

gamaknya pihak2 yg punya kuasa tu rasa tak cukup lagi laporan polis tu...

harap2 ada lagi susulan laporan polis yg dibuat sebagai gesaan..

wallahualam..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil