Followers

Friday, December 12, 2008

Seri Perdana vs Rumah TG Nik Aziz & Rumah TG Haji Hadi

Seri Perdana

Rumah YAB TG Nik Aziz.

Rumah YB TG Haji Hadi


Rakyat susah tetapi bayar hampir RM10 juta untuk istana PM/TPM

RM6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!

Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.

Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!

Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga.

Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.

Jadi apa nak kita lakukan?

Dalam pada itu rakyat diseur berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita ~ Roslan SMS

10 comments:

Anonymous said...

Saja seronok² nak tanya, kediaman MB Perak tak mau banding sama ka? Bukan soalan aku, cuma panjangkan soalan kawan² yang sampai la ni aku tak dapat jawab.

Unknown said...

tengok rumah mb selangor sekali..saya nak tanya juga..andai kata la nik aziz atau hj hadi jadi PM..mana diorang nak duduk agaknya..hmm...

Anonymous said...

Pimpinan yang betul-betul mengikut acuan Rasullullah kat Msia ni hanyalah Nik Aziz dgn TGHH, yang lain tu belum ketara lagi, mungkin sorang lagi yang mengikutinya Lim Guan Eng, doa-doakan agar terbuka hatinya pada Islam...

AKUOKU said...

tak pe rakyat msia mmg pemurah. yg miskin pun sanggup tanggung demi pm n tpm tersayang.....

kotak14 said...

salam.......
rumah wakil wakil rakyat tak nak di nilai sama?

kereta persendirian yang mereka guna..

dan pernah tak di orang ni semua istihar duit masing masing dlm akaun termasuk ahli keluarga

nak telus biar semua sekali

jgn compare rumah je...

Anonymous said...

Jangan ajak rakyat bersusah payah kerana pemimpin.. org Melayu dah kena tipu...pilihanraya pulak ni kita akan lihat kekalahan besar besaran Pakatan Rakyat kerana ia sebenarnya adalah 'jentera' Cina DAP!

Che Ahmad said...

Soal kediaman rasmi ini perlukan perbandingan yang relatif. Rakyat kita ramai yang kurang bijak kerana kerapkali buat perbandingan taik ayam dan akhirnya keliru dengan mainan syaitan.

Jadi saudaraku, hang cakap kat kawan2 hang tuh, kediaman rasmi MB banding lah dengan kediaman rasmi MB yang lain, sama ada di negeri lain atau di negara lain.

Formula yang wajar digunakan untuk buat perbandingan yang bijak dan tidak memperbodohkan diri ialah:

Kos selenggara rumah MB yang dikaji
/
Kos selenggara rumah MB yang dibanding
/
Purata kos selenggara rumah seorang rakyat (taraf hidup negara)

Jadi untuk PM, apa kita kita buat perbandingan yang tidak bodoh dengan melihat kediaman rasmi PM atau presiden di negara lain. Sbg contoh, White House. Dan buat ukuran dengan taraf hidup perkapita mereka.

Kediaman rasmi MB Kelantan ada. Begitu juga kediaman rasmi MB Terengganu. Cuma, tuan guru kita berdua ini merasakan lebih baik duduk di rumah sendiri yang tidak berapa jauh dari pusat pentadbiran. Itu sahaja.

Kalau Nik Aziz jadi PM, dia akan jadikan kediaman rasmi PM itu sebagai sebuah monument macam piramid Fir'aun, kerana itulah yang selayaknya.

Anonymous said...

recomend to delete this stupid post. buat lah perbandingan yang nampak cerdik skit.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

irsha..

bukan perbandingan tu yg penting..tetapi angka2 wang rakyat yg telah digunakan utk kepentingan 2 org manusia...

jgn tgk gmbar sgt..baca isi dia..

SHADAN HJ OTHMAN said...

salam sdri,

kita kena fikir secara matang ar...klu nik aziz atau hadi jadi pm takkan dia nak duk kat rumah yang sekarang ni mereka duduk..sebagai pm/tpm mestilah duduk kat tempat yg selesa sikit..nanti klu ada tamu datang malaysia dia pun tak confident nak melabur kat malaysia ni...guna aki lah sikit...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil