Followers

Tuesday, September 02, 2008

31hb Ogos..umpama mimpi dalam mimpi..



sumber PerakDaily

IPOH: Teori 31 Ogos yang direkacipta Tajol Rosli untuk mengambil alih Kerajaan Negeri Perak jelas sekali menjadi mimpi kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terus tegap berdiri, walaupun dilemparkan dengan pelbagai ceritera negatif.

Buktinya, Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin semalam terus mengetuai kabinet negerinya menyambut hari kemerdekaan ke 51 di Dataran DBI bersama-sama ribuan rakyat. Satu perbarisan kehormat diadakan dan paduka seri Tuanku Sultan Perak berkenaan memeriksanya.

Pada hari pertama Ramadhan ini pula beliau mengadakan majlis berbuka puasa di kediaman rasminya.

Jelaslah teori penglipurlara Dato Seri Tajol tidak diakhiri mimpi indah sebaliknya mengusamkan lagi harapannya yang jelas kini menjadi bahan ketawa rakyat Perak terutamanya. Semnetara itu, saya menerima beberapa pesanan ringkas bertanyakan sama ada kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih berdiri kekal ?

Sepertimana pernah saya paparkan sebelum ini, teori 31 Ogos Tajol itu, tidak lebih daripada cubaan nakal untuk mempengaruhi minda rakyat bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak akan bertahan lama. Lantaran itu mantan Menteri Besar itu menaruh harapan agar keteguhan kabinet Nizar akan tercalar ataupun terus tumbang.

Secara asasnya, ia mungkin sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan rakyat, kegusaran maupun mempetikaikan kebenarannya. Dan kebenarannya ialah ide yang dilemparkan Tajol itu tidak berkesan dan berasas sama sakali.

Konspirasi penahanan dua exco kerana dakwaan sogokan $$$ dan seksual oleh Badan Pencegahan Rasuah pada pertengahan Ogos juga seakan-akan ada iras-iras ke arah kebenaran perancangan 31 Ogos peralihan kuasa kerajaan negeri. Bagaimanapun pastinya ia juga tidak meninggalkan kesan.

Kes itu akan dibicarakan tetapi pokoknya ia juga melepasi waktu 31 Ogos. Apapun 31 Ogos telah lepas dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat turut bebas meraikan kemerdekaan negara. Kesemua 31 anggota Dewan undangan negeri Pakatan Rakyat terus kekal bersama meskipun diduga sebegitu rupa.

Kesemua 31 adun termasuk Menteri Besar sentiasa berikrar bersatu teguh mempertahankan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, meskipun dengan satu majoriti. Nizar pernah berkata Kelantan pernah menghadapi situasi majoriti satu kerusi, tetapi mereka terus kekal sehingga hari ini.

Pakatan Rakyat sesungguhnya bukan hanya menghadapi karenah Umno, tetapi juga seluruh jentera kerajaan persekutuan yang terus berusaha merendah-rendahkan martabat kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Selain itu media arus perdana juga sentiasa mencari ruang untuk mendedahkan sebarang perkara yang dianggap menjadi bahan negatif.

Sesungguhnya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat bukan setakat memerlukan 100 hari untuk membuktikan segala perancangannya, malahan lebih daripada waktu itu. Apalah sangat 100 atau 200 hari berbanding dengan 50 tahun lamanya negeri Perak diperintah BN.

Mursyidil Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika dikunjungi Mei lepas berkata, 100 hari tidak memberi apa-apa makna dalam pemerintahan, malahan beliau mengambil masa setahun untuk memperbetulkan kaedah dan corak pentadbiran negeri Kelantan semasa diambil alih daripada BN dulu ke landasan yang benar.

Serangan terbaru pada kerajaan negeri Pakatan Rakyat ialah pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah menengah persendirian Cina di Perak. Pastilah akhbar berbahasa Cina semuanya melaporkan  berita itu, manakala media arus perdana cuba mempertikaikannya secara halus.

Utusan Malaysia secara halus cuba mengambarkan unsur betapa Menteri Besar memberi ruang besar pada sekolah menengah persendirian Cina melalui tajuk beritanya, dan seolah-olah mengenepikan sekolah-sekolah agama Islam .

Secara jujur Nizar berkata, pemberian itu bagi membolehkan sekolah berkenaan dapat mengusahakan tanah berkenaan dan mereka dapat menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk membiayai kos pentadbiran sekolah, kerana peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah pada masa ini tidak memadai.

Perkara itu menarik perhatian Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin yang dipetik sebagai berkata sekolah agama Islam dan pondok perlu juga diberi perhatian demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini.

Beliau mendesak Menteri Besar memperuntukan tanah kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini dan tidak hanya kepada sekolah Cina
Bagaimanapun, sesungguhnya sejak awal memerintah lagi Nizar telahpun meluluskan peruntukan RM1.3 juta setahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat yang selama 50 tahun tidak pernah mendapat satu sen pun peruntukan daripada kerajaan sebelum ini.

PAS akan dan sentiasa mempertahankan SAR yang telah di “bunuh” oleh UMNO sebelum ini yang sentiasa  menganggap SAR sebagai sarang perjuangan dan kelahiran penyokong PAS.
Apapun cuba bayangkan tindakan kerajaan sebelum ini, iaitu beberapa hari sebelum pilihanraya 8 Mac 2008, Tajol Rosli dan PM menganugerah puluhan ekar tanah setiap seorang untuk puluhan individu. Sebuah syarikat dianugerahkan untuk projek gula di Beruas dengan keluasan 5,000 ekar, tanah itu kini entah ke mana bertukar tangan,

Banyak lagi tanah diperuntukan termasuk pada badan siasah seperti Umno dan parti komponen BN semasa zaman 
BN di negeri Perak. Tiada siapa pernah pertikaikan kerana rakyat sendiri tidak pernah tahu akan hal tragis seumpama itu pernah berlaku.

Nizar memberi jaminan akan memastikan kepentingan hak SAR terpelihara dan beliau sendiri memberi tumpuan penuh pada perkembangan pembangunan SAR. Sesungguhnnya dalam MMK, exco DAP sendiri tidak pernah campur tangan dalam urusan agama Islam di negeri Perak, malahan meminta ia ditangani dengan bijaksana dan diberi nafas untuk berkembang maju sepertimana sekolah-sekolah bantuan kerajaan yang lain. END



komen

2 comments:

matcomot said...

buat semua

selamat menyambut ulang tahun gerakan reformasi yang ke 10. ( 20998-200908 )

~*♥ UmmiAnni :: HaniNasution♥*~ said...

ada buat majlis berbuka puasa ke untuk meraikan ulangtahun ni..??

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil