Followers

Thursday, September 04, 2008

satu lagi provokasi jahat di bulan Ramadhan..!!


Jangan ditiup api perkauman...

jangan diganggu singa yg kelaparan...


bukan maksud tidak mempedulikan anak bangsa dan agama..tapi kenyataan dari seorang penipu/penyamun sukar untuk kita percayai lagi...


sudah2 la..lebih baik tumpukan amal ibadah di bulan yg barakah ini ...jangan dibuka jalan  perpecahan perpaduan bangsa ...seperti yg dilaung2kan di hari kemerdekaan yg lepas....Perpaduan Teras Kejayaan. " kalau perpaduan teras kejayaan kenapa nak dikotori perpaduan itu ...  kenapa nak dimusnahkan perpaduan yang dah terbina hanya untuk menjaga kepentingan kuasa dan pangkat...jangan diulang sejarah hitam 13 Mei...


sebagai manusia kita kena redha dengan peraturan dunia...ada kala kita di atas bukan untuk memijak dan menghina orang yg dibawah...dan bukan untuk selama2nya puncak yg tinggi milik kita....


dan jangan terlupa..bahawasanya suatu hari nanti mereka yg di bawah akan dapat mendaki dan duduk dipuncak..ketika itu sudah terlambat untuk kita menyesali diri...melainkan dengan perasaan redha kita melepaskan apa yg pernah jadi milik kita...dan muhasabah lah diri kita untuk memperbaiki kelemahan dan kelalian diri..


."sumber dari-perakExpress

Perang mulut mengenai ucapan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera semakin panas. Dipanaskan lagi dengan penyertaan MCA. Tapi jangan lupa, tentang apa yang berlaku pada tahun 1987 diantara Najib dan Lee Kim Sai.

Kedua-duanya berperang dengan menggunakan hujah-hujah rasis yang menaikkan kemarahan Melayu dan Cina. Dan akhirnya, ketegangan kaum ini digunakan sebagai asas untuk melancarkan Ops Lallang. Najib lari ke Jakarta dan Lee Kim Sai lari ke Australia, manakala tokoh-tokoh pembangkang ditangkap dan dihumban kedalam Kem Tahanan Kamunting.

Drama yang sama cuba dilakonkan semula dan selepas isu Melayu-Cina, sekarang ditimbulkan pula isu India. Satu surat telah disebarkan untuk menaikkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap orang-orang India. Surat yang menghina orang-orang Melayu ini dikatakan datang dari orang India, dengan harapan orang-orang Melayu akan marah. "


kita tak boleh cepat melatah dalam waktu2 yg terdekat ni…macam2 boleh berlaku bagi menggagalkan projek 16 sept..harap jangan ada yg termakan provokasi BN ni…dah bnyak contoh kita ada untuk tidak percaya dengan apa yg diterbitkan oleh pihak mereka.



wallahualam..

komen

11 comments:

Anonymous said...

PAdan muka kamu

raktamrittika said...

Salam.

Isunya bukan melatah, melenting atau perkauman. Yang paling penting sekarang, cari siapa yang sebenarnya "pencipta" surat ini. Kemudian jatuhkan hukuman seberat2nya. Ini merbahaya untuk dipandang sepi oleh kerajaan.

Sekiranya tidak ada susulan dari pihak berkuasa mengenai kes ini, bolehlah kita simpulkan yang ianya memang "rekaan"..puak "tu".

Wassalam

azwan said...

Macam ayat yang dikarang oleh puak2 Umno aje...

~*♥ UmmiAnni :: HaniNasution♥*~ said...

salam,

terima kasih sudi beri pandangan...

sebenarnya surat ini banyak kemungkinan...sekira ianya bukan rekaan..memang boleh mengundang kemarahan orang melayu terutamanya Islam ...kerana telah menghina Nabi Muhammad s.a.w...

sekiranya rekaan..apa motif selain cuba menghasilkan kucar kacir dalam negara..

saya setuju dgn saudara raktamrittika,rasanya tak susah pihak berkuasa hendak trace pencipta surat ini...dan kita semua berharap ianya disegerakan bagi mengelak mudharat yg lebih besar..

wallahualm..

~*♥ UmmiAnni :: HaniNasution♥*~ said...

salam azwan,

ayat macam ni sape2 pun boleh karang...cuma ianya nampak lebih kepada kerja dari pihak2 yg sudah ada rekod suka menghina dan mengaibkan sesama makhluk...

nak buat macamana kita tak boleh lari dari bersangka buruk pada makhluk yang mempunyai reputasi yg tidak boleh dipercayai..

maaf lah sekiranya sahabat2 kita dari BN terasa..itu hakikat..walaupun bukan semuanya tak elok..tapi kebanyakkannya begitu..

wallahualm..

mountdweller said...

pada saya, pengarang surat ini tidak boleh disalahkan seratus peratus. pada asalnya siapa yang bersalah? melayu bukan? yang berperangai begini sebenarnya betullah dia tu melayu tetapi bukan berperangai islam.

india ini silap faham sebenarnya. dia tidak faham islam. India itu juga berperangai india bukan berperangai hindu.

ajaran hindu mana boleh caci agama lain, mana boleh bagi sogokan, mana boleh memperlekehkan orang lain.

hakikatnya kedua-duanya, melayu dan india itu telah tidak mengikut dan menganuti ajaran agama masing-masing! itulah sebagai penyebab isu ini timbul sebenarnya.

yang india tu dah nak ke amerika silakan berambus. rakyat malaysia tidak perlukan orang-orang sebegini.

miss N said...

......."setiap kali kami masuk pejabat tuan, borang diambil secara selamba dan ditegur secara tidak sopan"....pandangan saya, kalau melayu pergi pejabat kerajaan pun kena layan macam tu jugak.

~*♥ UmmiAnni :: HaniNasution♥*~ said...

mountdweller

betol...bukan bangsa asing je tak paham...orang melayu pun ramai yg taknak paham...

Islam bukan melayu..melayu tak semestinya Islam...

miss n

bila kita kata org gomen ni tak mesra org awam dorang marah..tapi hakikatnya memang begitu..

wallahualam

cekka said...

sabar separuh dari iman.. jgn percaya bulat-bulat dan jgn tuduh sape-sape, seeloknya lapor pada polis.. biarlah diaorang siasat tukang wayang nih.

~*♥ UmmiAnni :: HaniNasution♥*~ said...

dah ada surat penafian dari tuan punya nama dalam surat tu Pn Geetha Ramachanderan..sila baca email dia...di sini --> http://haninasution.blogspot.com/2008/09/surat-balas-dari-geetha.html

sila baca...

wallahualam

abe MIE said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

bagus kenyataan surat ini..pinjam..kita sebarkan lagi

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil