Followers

Showing posts with label ~PM~. Show all posts
Showing posts with label ~PM~. Show all posts

Sunday, October 12, 2008

lagi kenapa Najib tak boleh jadi PM..!!

sumber PerakExpress


Najib tak layak jadi PM..!!



Dikatakan semasa jadi Menteri Besar Pahang beliau bersahabat baik dengan seorang ahli perniagaan muda dari Pekan sehingga boleh duduk sekereta resmi dan selalu berulang alik ke Singapura memburu perempuan. Ahli perniaan ini sentiasa mendapat kawasan balak dan sentiasa mendapat maklumat di atas segala keputusan EXCO bersabit dengan perkara-perkara untuk mencari rezeki dari Kerajaan Negeri. Sekarang ini beliau telah kaya raya. Apa betulkah atau hanya satu fitnah?

Dalam tahun-tahun 84-85 Datuk Najib juga dikatakan pernah dijumpai di Singapura di tempat-tempat yang sulit bersama-sama seorang datuk bekas orang kuat Promet dengan artis-artis perempuan. Katanya membincangkan hal-hal pembangunan Wilayah Janda Baik, Bentong. Dari laporan yang dipercayai satu raket korupsi di belakang pembangunan Wilayah Janda Baik, Bentong telah berlaku. Cuba siasat siapakah orang-orang yang banyak memiliki tanah-tanah di Janda Baik.

Kononnya beliau juga dikatakan dalam tahun-tahun 84-85 telah mengadakan banyak perhubungan sulit (seks) dengan seorang kerabat diraja salah sebuah negeri di Semenanjung. Datuk Najib dikatakan pernah pergi ke rumah Tengku itu pada waktu malam dihantar oleh salah seorang bekas Setiausaha Sulitnya yang dibawa dari Kuala Lumpur. Perkara ini bukan rahsia lagi bagi penduduk Kuantan, tidak dihebohkan kerana melibatkan keluarga raja.

Kononnya cerita ini diceritakan sendiri oleh orang istana yang paling hampir dengan Tengku itu. Jika ini betul ia tidak patut berlaku atau dilakukan oleh seorang pemimpin yang menjadi ketua pemerintah negeri dan melibatkan pula kerabat di Raja. Inilah dikatakan orang harapkan pagar, pagar makan padi. Apa dihairankan, kebuasan nafsu Najib memang amat diketahui sejak belum menjadi Menteri Besar lagi. Hubungan sulit dengan perempuan-perempuan dari segala bangsa dan artis-artis tempatan adalah cakapan harian orang di Kuala Lumpur.

Dikatakan orang juga, amalan “corruption” (rasuah) sangat hebat berlaku semasa Encik Hamid menjadi P.A. Datuk Najib. Semasa Encik Hamid berhenti, satu sijil ‘fixed deposit’ sebanyak $500,000.00 telah dijumpai oleh isteri Encik Hamid yang sekarang sudah dicerai. Fixed deposit itu dijumpai dalam beg “james bond” Encik Hamid. Ini kalau kita fikir adakah wang Encik Hamid atau wang Datuk Najib. Encik Hamid pernah berkata, Datuk Najib tak pernah menukar ceknya untuk berbelanja di rumah atau lain-lainnya, kerana cash (wang tunai) banyak terlonggok di rumahnya.

Encik Hamid pernah berkata yang hal dan rahsia Datuk Najib semua dalam poketnya. Ini mungkin fitnah orang yang iri hati pada Encik Hamid kerana dia sangat dipercayai oleh Najib. Sabarlah…

Datuk Najib sentiasa menggunakan ketua-ketua pejabat dan agensi-agensi Kerajaan (berkanun) untuk mendapatkan wang. Alasan kononnya untuk ‘political fund’, seperti LKNP, LKPP, ASPA dan Syarikat Permodalan Pahang. Kegiatan-kegiatan agensi tersebut perlu disiasat, terutama LKPP atas hal jual dan beli ladang dan kilang-kilang. Bekas Pengurus Besar Syarikat Permodalan Pahang, yang sebelum itu hanya seorang guru biasa lulusan maktab, rumahnya macam istana, selalu berulang-alik ke Jakarta dan luar negeri bersama seorang pembantu wanitanya, kononnya isteri orang. Hubungan mereka berdua dikatakan sangat rapat. Kerja-kerja beliau dikatakan sentiasa mendapat restu dari Datuk Najib. Maklumlah mereka berdua ni dalam perahu yang sama. Apa sudah jadi dengan syarikat itu sekarang? Beratus juta duit rakyat Pahang lesap Syarikat terpaksa ditutup kerana bengkrap. Bossnya senang lenang. Najib patut bertanggungjawab.

Kononnya di Kuala Lumpur sentiasa mengadakan parti-parti sulit, mabok dengan perempuan-perempuan artis yang selalu ada bersama boss Promet itu dan yang ada hubungan perniagaan rapat dengan seorang peniaga Cina bersama Andrew Leong dari Syarikat Johan Holding.

Datuk Najib juga dikatakan kononnya telah bersekedudukan dengan seorang yang berasal dari Kementeian Kewangan yapng mana ada hubungan dengan kontrek pembelian computer yang berharga di antara 3-4 juta ringgit semasa beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan sebagai Timbalan Menteri.

Encik Hamid bekas PAnya itu adalah salah seorang orang suruhan Datuk Najib untuk mengutip wang-wang korupsi di sana sini, maka itulah Datuk Najib membawa Hamid dari Kementerian Kewangan yang berasal dari seorang Kerani sahaja ke Kuantan. Encik Hamid dikatakan banyak menyimpan rahsia Datuk Najib dan tahu banyak tentang projek-projek yang Najib ada berkepentingan.


sumber Perak Express

Thursday, October 09, 2008

Reaksi Berbeza pemimpin Pembangkang

PULAU PINANG, 8 Okt (Bernama) -- Pemimpin- pemimpin parti pembangkang hari ini memberikan reaksi yang berbeza terhadap keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno pada pemilihan akan datang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Perdana Menteri dipaksa melepaskan jawatan tanpa kerelaannya, dan mengikut jangka masa yang bukan menjadi pilihannya.

Beliau berkata pengunduran secara tiba-tiba dan tidak sopan itu merupakan gambaran muram kedudukan politiknya yang lemah, yang mengakibatkan beliau kehilangan penghormatan oleh parti.

"Abdullah sepatutnya meninggalkan legasi dalam memerangi rasuah dengan mewujudkan tender terbuka dan mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menyalahguna kuasa," tambahnya.

Sementara itu di KOTA BAHARU, Kelantan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat tindakan Perdana Menteri itu sebagai "sesuatu yang sudah terlambat".

"Kalau lepas (jawatan) pada Mac tahun depan, Perdana Menteri seperti rasa tidak bersalah, dan kalau bertanggungjawab pada parti atau negara sepatutnya letaklah jawatan sekarang," katanya kepada pemberita.

Nik Aziz turut menyifatkan tindakan Abdullah sebagai tidak bijak dan telus kerana ia akan terus mengeruhkan suasana politik negara.

Di ALOR STAR pula, Kerajaan Kedah pimpinan PAS berharap pengganti Abdullah nanti akan meneruskan hubungan mesra dengan kerajaan negeri.

Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihaknya akan berurusan dengan sesiapapun yang dilantik menjadi Perdana Menteri.

"Bagaimanapun jika sudah sampai masa bagi Abdullah meletak jawatan ia sepatutnya melakukannya kerana pemimpin datang dan pergi adalah perkara biasa," kata Azizan.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata adalah sukar bagi Abdullah melaksanakan janji-janji beliau untuk melakukan pembaharuan, sebaik sahaja beliau mengumumkan rancangan pengundurannya hari ini, berbanding ketika beliau memperolehi mandat besar pada pilihan raya Mac 2004.

"Namun begitu tekad tersebut masih boleh dilaksanakan sekiranya Abdullah bersedia untuk melakukan sesuatu yang mustahil, dan menggunakan tempoh lima bulan sebagai Perdana Menteri untuk melaksanakan semua ikrar dan janji yang dibuatnya sejak lima tahun lepas," menurut beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata tindakan itu perlu dilaksanakan mulai mesyuarat kabinet hari ini, dan juga pada hari pertama Parlimen bersambung pada 13 Oktober ini, dan menurutnya ia adalah pengunduran terhormat bagi Perdana Menteri kelima itu.

-- BERNAMA

Thursday, October 02, 2008

isteri TPM beri RM200 juta kepada PM...??

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh) - Blogger yang baru-baru ini ditangkap di bawah Akta Hasutan, Sheih, sekali lagi membuat dakwaan menggemparkan apabila meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa beliau pernah menerima RM200 juta dari isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebahagian dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah RM500 juta yang didakwa diterima oleh Abdul Razak Baginda.

"Adalah satu langkah baik jika Abdullah menafikan beliau pernah menerima RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah setengah juta ringgit yang kita dakwa diterima oleh Razak Baginda.

"Sumber saya menyatakan Rosmah membayar Abdullah RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam. Beliau (sumber itu) tidak menyatakan apa-apa mengenai Razak Baginda," dakwa beliau dalam blognya, kickdefella.wordpress.com

Sheih juga mendakwa penyiasat persendirian yang menghilangkan diri, P. Balasubramaniam, menerima RM5 juta dari Rosmah untuk menutup mulutnya.

"Saya diberitahu bahawa isteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menemui Bala di British Isle beberapa hari selepas penyiasat persendirian itu menghilangkan diri dan membayar Bala RM5 juta.


ummi...,

hmmm....kak Rosmah ni hebat juga ye..iye la bak kata orang disebalik kejayaan seorang lelaki kerana ada wanita yg hebat dibelakangnya..betol la tu memang tak dinafikan ...kalau susah sama susah..senang sama senang...kalau kena tangkap pun sama2 gak le yer..hehehe

kalau mengikut cerita kickdefella...

  • isteri Timbalan Perdana Menteri,kak Ros la tu..telah memberi RM 200 juta kepada Pak Lah Perdana Menteri Malaysia...dari komisyen urusniaga kapal selam.
  • kemudian isteri Timbalan Perdana Menteri,kak Ros la tu... memberi RM 5 juta ke pada P Balasubramaniam sebagai ganjaran tutup mulut dalam kes Altantuya...
asik2 nama kak Ros je depa sebut..betol ke kak Ros buat semua keja tu...? kalauTIDAK katakan TIDAK kak Ros...jangan diamkan..depa ni tengah menjaja nama kak Ros yang juga Isteri Timbalan Perdana Menteri..melampau depa ni kan kak Ros..takkan kak Ros sejahat itu kan..

saya sarankan pada kak Ros siasat tuduhan yang liar ini dan heret depa yang dok mengata kak Ros buat bende2 yang mengkhianat negara ni...saya tak caya kak Ros akan buat keja yg terkutuk tu..kak Ros kan isteri Timbalan Perdana Menteri...saya sokong apa saja tindakan kepada mereka2 yang menghina kak Ros..

Apa-apa berita yang sensasi ini saya harap hendaklah di nafikan dengan seKERAS-KERASnya atau mengambil TINDAKAN TEGAS kepada mereka yang menyediakan sumber berita ini

Penafian atau tindakan tegas jika tidak di buat ini bermakna negara ini sudah mati

wallahualam

Monday, September 22, 2008

undur Pak Lah undur..!!

ABDULLAH DIDESAK SEGERA BERSARA

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (18 September 2008) panas menggelegak. Abdullah Badawi didesak berhenti sebagai PM dan Presiden UMNO. Kalau engkar, Abdullah akan disingkirkan oleh perwakilan UMNO bahagian.

Abdullah pun terkejut monyet dan terpinga-pinga. Kali ini nampaknya, sorry. Kalau dia tak dengar kata MT UMNO tentu dia akan terbongkang. Sapa pun tak boleh bantah perminaan MT UMNO ni. Khairy tak boleh bantah. Kamaluddin tak boleh beta. Kalimullah tak boleh halang. Patrick Badawi pun tak boleh buat apa-apa.

Pokoknya, kalau Abdullah buat tak peduli, Abdullah akan dihina dan dimalukan oleh warga UMNO di peringkat bahagian. Mana nak sorok muka kalau ini terjadi?

Dengar kisahnya, semua ahli-ahli senior MT UMNO dok balun Abdullah cukup-cukup. Mereka kata, Abdullah kena bersara untuk selamatkan UMNO dan Malaysia.

Syabas pada Kak Fidah, Abang Din, Tajol, Idris Jusoh, Shafie Afdal dan lain-lainnya. Tak taulah kalau Azalina turut berkata-kata. Tak taulah kalau Hisammuddin turut berbicara. Yang pasti, panas. Merah telinga Abdullah dibuatnya!

Kalau gitu kisah MT UMNO kali ini, baguslah. Mintak-mintak Abdullah tak lagi main kong-kali-kong. Mintak-mintak Abdullah buat keputusan once and for all. Jangan tunggu-tunggu lagi. Berhentilah sebelum anda diberhentikan dengan terhormat dan segera!-

sumber http://politica-net.blogspot.com/

ummi..,

"sadis dan menyayat hati betul dengan nasib perdana menteri ummi ni...sampai hati hang pa buat dia lagu tu..takkan la takda jasa dia sikit pun kat hangpa...sedih tau..jangan balun teruk2 sangat kat perdana menteri ummi ni...kalau nak balun jugak..balun la sampai dia betul2 say goodbye...uhuk..uhuk..":Man02:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil