Buku Politik pertama yang berjaya dihasilkan oleh kumpulan blogger dari BloggersNetwork@Perak dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak selamat dilancarkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar malam tadi. Buku yang mengupas secara terperinci episod rampasan kuasa di Perak ini wajar dimiliki oleh setiap pelayar yang mendokong keadilan. Lebih 500 unit telah terjual malam ini sahaja. Edisi Jualan online terhad kepada 200 buah.
Serbuan peminat buku ke gerai Urusetia sebaik sahaja DS Nizar melancarkan dengan rasmi buku 'berhantu' itu. Edisi Terhad beb...!!
Buku yang bertajuk Rampasan Kuasa Negeri Perak yang mengandungi 156 muka surat ini mesti dimiliki. Sinopsis buku ini akan dikeluarkan pada posting wak esok. Nanti yaa !!!
Buku yang dijual pada kadar harga RM15 ringgit sebuah tidak termasuk belanja pos, mula dijual di kawasan tapak ceramah malam tadi dimana sambutan hebat telah diberikan oleh pembeli khususnya. Edisi cetak sulung ini hanya terhad kepada 1 ribu buah sahaja. Kepada mereka yang berminat sila emailkan kepada MSK atau al-Banjari. Harga jualan secara on-line akan diputuskan (termasuk belanja penghantaran didalam Malaysia sahaja ) paling lewat esok. Dapatkan segera, buku ini tidak dijual di pasaran terbuka. Tempahan dibuka sekarang !
sumber al-banjari
5 comments:
nampaknya kuat sekali fahaman komunis anda sehingga sanggup mempertahankan sedara mara chin peng.
jangan kita bergembira hari ini,menangis kemudian hari.
jangan kita terlau bangga dgn satu dua kebaikan sedara mara chin peng tu. ianya umpama seorang penculik yang setiap hari memberi gula2 kpd kanak2 yang cantik hingga kanak2 itu sering memuji penculik ini baik. bila dah baik satu hari penculik terus cekup dia bawa lari. nak kata apa lagi ?
begitulah juga dgn sedara mara chin peng di perak sekarang.bila sedra mara chin peng baca quran bukan main bangga lagi si melayu bodo ni,siap takbir lagi. tapi tak tahu apa agenda tersembunyi mereka. kena ingat,dlam politik sebarang kemungkinan boleh berlaku. contoh terbaik,anwar ibrahim.dulu tpm,siapa sangka dia jadi ketua pembangkang sekarang. dulu siang malam hentam pas,sekarang puji pas. begitu juga dgn dap,apa yang merka tak kata pada pas dulu,sekarang pulak ?
awas politik ini kotor dan penuh tipu daya. sentiasa kena berwaspada
sebagai contoh,lihat saja melayu singapura sekarang. dulu sewaktu singapura hendak keluar drp malaysia,tunku ajak mereka masuk malaya. dan mereka tak nak kononya si lee kuan yew lebih baik drp tunku. nah ambil !!! sekarang mandi air mata darahlah mereka.
sekadar mengingatkan.
maaf kalau ada yang tak betul
Salam faisal..
tentu anda pernah membaca sirah nabi..bagaimana sifat nabi yang selalu bersangka baik walaupun dengan musuhnya sendiri..sehingga beliau hendak dibunuh...tetapi Rasulullah s.a.w tidak pernah membenci malah mendoakannya.. alhamdulillah doanya dimakbulkan maka musuhnya ramai yang memeluk Islam kerana akhlak dan keikhlasan baginda...
kita sebagai umat islam Rasulullah s.a.w. adalah idola terbaik untuk kita..kenapa kita tak mencontohinya..walaupun kita tak terikut semua..dapat ikut yang mana kita mampu pun dah dapat pahala..
adakah kaum cina di Perak saja yang anda cop begitu..?macamana yang berada di sekitar anda sendiri..?
Islam itu indah..kalau anda nak jiwa anda tenang kembali kepada cara hidup Islam..kalau anda terlalu mengikut cara hidup perkauman..anda takkan dapat tido malam..anda akan sentiasa merasa kaum bukan melayu adalah musuh anda..so..pilihlah...nak hidup cara Islam atau pentingkan perkauman..?
wallahualam...
w/salam
dah , dah, jgn dok bercakap pasal nabi
sikit2 terus banding pas dan nabi.
jgn mencemari kesucian politik nabi mohamad saw.
jgn menghalalkan cara.
pas dan pimpinan pas dgn rasulrullah bagai langit dan bumi.
kalau nak bercakap kita bercakap pasal realiti politik tanahiar,jgn lencongkan ke bab agama.
lorr ..kan saya cakap Rasulullah s.a.w. itu sebagai contoh..sebaik2 ikutan nabi kita la..takkan Najib pulak kot...dan bila masa lak saya bandingkan pimpinan PAS dengan nabi...ishh..ishh..ishh..satu tuduhan yang liar tu...
Tujuan PAS dalam Perlembagaan dengan jelas disebut tentang “memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara”.
dah Islam itu ugama kita..rujukkan kita tentu la ugama kita..dalam solat kita dah ikrar.. "Sesenugguhnya solatku.. ibadatku..hidup dan matiku..aku serahkan hanya kepada Allah yang mentadbir seluruh alam." 5 kali sehari kita berikrar..takkan selepas solat kita tak ikut apa yg dah kita ikrar dalam solat dalam kehidupan kita sehari2..?
Islam dan politik tidak dapat dipisahkan..so walau macamanapun anda nak lari dari mengaitkan Islam dalam politik ia tetap akan terkait jugak...saya tak reti la nak cakap pasal politik tapi tak berkaitkan dengan agama..
tu sebab UBN mengamalkan rasuah tak rasa berdosa..menzalimin rakyat UBN tak rasa berdosa..mengkhianat bangsa dan bahasa UBN tak rasa berdosa...ni la kalau pisahkan agama dengan politik..semua pakat BOLEH aja..saya tak boleh duk dalam jemaah yang 'AMMAR MAARUF AMMAR MUNGKAR'(menyeru kepada kebaikan dan menyeru kepada kemungkaran).. saya lebih selamat bernaung di dalam jemaah yang "AMMAR MAARUF NAHI MUNGKAR"(menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran)..kita dibekalkan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan..gunakanlah
wallahualam..
ya ummi..
nama yg indah disebut..
maaf jika sya terselit diantara perbahasan ini..
boleh anda komen http://rozharif.blogspot.com/search?q=tpm
sya xkisah apa yg hendak ditulis tapi biarlah dari akal yg sehat..('',)
Post a Comment