Followers

Friday, April 24, 2009

PR kena bersedia dengan serangan ganas UBN...

Pengerusi perhubungan Umno negeri

PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu
Timbalan: Datuk Zahidi Zainul Abidin

KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah

PULAU PINANG:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Zainal Abidin Othman

PERAK:
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan:
Ahmad Husni Hanadzlah

SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan: Datuk Noh Omar

WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor

MELAKA:
Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop

JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan: Datuk Latiff Ahmad

PAHANG: Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan:
Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan: Datuk Ahmad Said

KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Awang Adek Hussin

SABAH:
Datuk Seri Musa Aman
Timbalan: Datuk Salleh Said Keruak

Tan Sri Muhammad Muhd Taib digugurkan daripada pengerusi perhubungan Selangor dan juga ketua penerangan Umno Malaysia.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pengerusi perhubungan Wilayah Persekutuan - sebuah lagi negeri yang dikuasai Pakatan dalam pilihanraya umum 2008.

Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini mengetuai badan perhubungan Umno Kedah, menggantikan bekas menteri besar Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Naib presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini mengepalai Umno Pulau Pinang, melepaskan jawatannya sebagai timbalan pengerusi Perak.

tok iskandar lak berkata...

Rombakan kecil ketua perhubungan umno negeri taklah memeranjatkan.Apapun PR kena sentiasa waspada pasal najib sekarang dah takeover umno selangor.dulu masa dia jadi chief umno perak,tumbang kerajaan PR Perak.

Apakah akan ada usaha untuk memancing adun PKR melompat parti selepas ni.Mungkin juga media akan memainkan isu perselisihan PAS dan PKR.Ada juga yang meneka kes rasuah Tan Sri Khalid akan dibawa oleh SPRM ke mahkamah.

Mungkin juga pergolakan yang berlaku di terengganu sekadar rekaan semata-mata untuk mengaburi PR,tindakan sebenar najib untuk merampas Selangor.

sedang PRK Penanti belum pasti,sudah tiba masa PR mengukuhkan cengkamannya dan berusaha mendekati rakyat.

Mulai sekarang PR kena jaga tok wakil mereka dan peristiwa yang berlaku di Perak perlu dijadikan iktibar dan tidak seharusnya berulang lagi


jaga2...berhati2...jangan biarkan pisang berbuah 2 kali....bersiaplah jangan leka walaupun sesaat...

4 comments:

PemudaGagasan said...

Salamz...

PR nak mengukuhkan cengkaman? hahahaha PR dah jadi pakatan kuku besi ke nak main cengkam cengkam ni? dahsat.....

apalah salahnya pokok pisang tu berbuah dua kali...penanam jugak yang untuk dapat jual dua kali

hahahaha

Malaysian-2Day said...

saya tengok ummi ni seorang yang penuh dgn syak wasangka buruk di hati terhadap sebarang usaha kerajaan. org seperti ummi ni, kalau BN beri sumbangan kepada Masjid PAS pun ummi akan cakap ada udang sebalik batu. Jadi, selagi ummi tak dapat menerima kebaikan orang lain, jgn lah ummi harap orang akan menerima kebaikan ummi bulat2.

sama-sama lah ummi kita berkerjasama demi rakyat. jgn mengheret rakyat ke kancah pergolakan politik yang sengaja di gembar gembur oleh PR. Masa untuk bekerja ummi. ummi sepatutnya lebih memperjuangkan rakyat dari pemimpin parti ummi. ok ummi.

Unknown said...

Sikap berhati tu kira okay lah dari pada tak buat apa2 langsong...Dok harap kan subsidi je kemudian buangkan kepentingan ikuiti 30% bumipetera...itu lah perjuangan umno

tok iskandar said...

UMNO nak harap menang penalti je kalau boleh.dalam politik bukannya mudah nak menang.setakat kelentong rakyat apa hasil.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil