Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa kesemua Menteri Besar yang dilantik di negeri-negeri adalah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.
Menurutnya, keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar adalah membuktikan bahawa ianya tidak berpandukan kepada mana-mana sistem iaitu Islam ataupun demokrasi.
“Kesemua Menteri Besar di Malaysia ini memegang jawatan ini kerana undi yang diberikan rakyat kepada kami, bukan keputusan mahkamah yang memutuskannya,” katanya pada satu sidang media selepas merasmikan sambutan jubli perak kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar Gombak dekat sini.
Beliau juga mendakwa bahawa sekiranya kaedah ‘rampas kuasa’ yang dilakukan Umno-BN ke atas kerajaan Perak ‘dihalalkan’, maka ini bermakna ia mungkin akan dilaksanakan di negeri-negeri lain selepas ini.
“Selepas berjaya dibuat di Perak, maka ia akan dibuat di negeri-negeri lain pula selepas ini.
“Cara apakah ini? Islam pun tidak, demokrasi pun tidak,” tegasnya.
Malah menurutnya, Menteri Besar Perak sebelum ini, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaludin mengambil jalan yang betul dengan mengadap Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Ditanya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang berpihak kepada BN, beliau menyifatkan parti itu sebagai satu gerombolan dan bukan sebuah parti politik.
“Umno sekarang bukan lagi sebuah parti politik sebaliknya ia sebuah gerombolan pemikiran sahaja,” katanya lagi.
Menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib mengenai hasrat BN untuk bertanding di Manek Urai, pihaknya menyifatkan kenyataan tersebut mencerminkan parti itu sebuah parti bertaraf parti Bebas.
“Bila dia tidak mahu bertanding di Penanti, maka ia jadi taraf sebuah parti Bebas, tetapi selepas timbalan dia menyatakan bahawa dia akan bertanding di Manek Urai bermakna dia telah sedar akan taraf sebenar parti itu.
“Kenyataan yang dibuat Najib dan pemimpin BN sebelum itu membuktikan rendahnya moral dan maruah parti tersebut apatah lagi dengan keengganan mereka untuk bertanding di Penanti,” ujarnya lagi.
ramai puak2 nun..akan kata 'takkan tak bertanding di Penanti BN dianggap rendah moral dan maruah..?' BN bukan saja rendah moral bila tak bertanding..bila dia bertanding lagi tak bermoral dan bermaruah..itu hakikat yang tak boleh kita nafikan..yang akan menafikan fakta kehodohan BN adalah mereka2 yang memang memiliki kehodohan yang sama..
wallahualam..
6 comments:
Salam semua,
Yang penting bagi UMNO ialah kuasa. Cara mendapatkannya terbuka. Tidak timbul halal atau haram. Dia tak peduli demokrasi. Dia mahu kerusi. Untuk tujuan itu tindakannya harus dikerasi supaya terhasil segala cita-cita peribadi Najib dan Zambry Gandhiji.
biasala umno kan raja segalanya di malaysia, tiada yg mushatil utk mereka lakukan semata-mata maukan kuasa , umno bukan peduli pun rakyat,
walau camana pun keputusan mahkamah rakyat tetap bersama nizar , apa guna jadi MB cam zambry tapi rakyat tidak mahu dekati dia dan tak layan dia sbg MB perampas ,
keme tak sio dan kebuloq ngn zambry tu uweekkkk...
DIA IKUT CARA DEMO-KERA-SI
kalau Umno nak kerusi sangat.... beli laa kat kedai kerusi..kata banyak duit... berapa banyak nak beli beli... jangan tak beli... uuweekkk...
Lain kali nak cari kawan biar yang betul ikhlas. Kalau nak cari pemimpin biar ada 4 perkara kan sidiq, amanah , tabliq , fathonah. Habis kenapa la cari pemimpin yang boleh dibeli dek orang. Silap ke UMNO???? Silap korang letak calon la... Jangan salahkan nyamuk kelambu dibakar. Lain kali cari la calon yang tetap pendiriannya. Kalau Pemimpin dia marah pun tak lari punya.
jgn pula ada pemimpin bersekongkol dgn komunis.perak perlukan pejuang bangsa dan agama.bukan nizar.zambry mmg ada ciri2 nya.cara hidup nik ajih adalah semacam taliban di afghanistan.aman kah mereka? beriman kah mereka? berbaloi kah mereka? pikio jgn tak pikio.
Post a Comment