Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.
"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.
"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.
"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.
selepas TGNA menggelar mereka yang bersunguh2 mahukan kerajaan perpaduan sebagai 'boneka umno'..inila kenyataan yang paling ganas dari TGNA...maknanya TGNA sudah hilang sabar dengan Ustaz Nasa dengan tindak tanduknya yang terkini...
bagi ummi situasi ini tidak sihat untuk jemaah PAS...berjaya umno memainkan peranan sebagai pemecah belah...ummi berharap Ustaz Nasa dapat meredakan kemarahan TGNA...hormatilah beliau sebagai seorang bapak..
diharap arahan untuk 'tutup mulut' mengenai isu UG ini diambil berat...cukup2la dengan UG ni..berilah ketenagan kepada ahli2 PAS untuk bernafas...ummi tak sanggup tengok sesama ahli berantakkan(macam Al-Banjari dgn Manjung Mari)..tu yang kat dalam blog..yang hat luar tu lagi ramai yang dah start masam2 muka..ni kita nak berentap kat Manek Urai...jangan dilayan umpan UBN untuk mengocakkan suasana tenang PAS...macam ni nak pi kerjasama lagi dengan depa...buang masa aje...
12 comments:
Sudah terang lagi bersuluh. TGNA sudah pasang perangkap dengan kenyataan beliau sebelum ini. Nasharuddin adalah musuh dalam selimut. Dia harus letak jawatan secara gentle.
SALAM, DI HARAPKAN SAUDARA DAPAT MEMBANTU SAUDARA KITA SAIFUL BUKHARI DENGAN MENYEBARKAN ARTIKEL INI.
ANWAR JUBURI MEMINTA RAKAMAN,BUKTI DNA,NAMA SAKSI YANG ASAL UNTUK APA??? LAYAKKAH SEORANG TERTUDUH DI BERI SEGALA SENARAI SAKSI??? http://www.gomounited.com/2009/06/rakaman-cctvdnaketerangan-112-saksi.html
ANWAR AL-JUBURI SEDANG CUBA MENGHAPUSKAN BUKTI YANG ADA DALAM KES LIWAT NYA INI!!!
Melihat kepada perkembangan semasa, dimana krisis pertembungan idea atas isu UG ini sudah sampai ke tahap klimak, apabila TGNA meminta Nasyaruddin melepaskan jawatan yg disangdangnya, penulis dgn ini mengishtiharkan perang 'terbuka' kdp segala yg berkaitan kearah agenda UG ini..cukuplah dari terus menyanyikan lagu 'kerajaan perpaduan' walau apa definisi sekalipun..berhentilah dr memperkatakn hal ini.
Cukuplah UG..
Biarpun sebelum ini penulis sedaya upaya menolak dan membantah segala usaha ke arah 'kerajaan perpaduan' secara tertutup dan 'bertapis'...tp nampaknya, dgn gesaan TGNA hari ini supaya Timb Presiden PAS meletak jawtaan, penulis memandang tiada jalan lain lagi untuk menghentikan isu ini melainkan menolak dan membantah apa jua seklipun idea/usaha/perbincangan berkaitan UG ini secara total!..
Diharap tiada lagi suara2 yg memperkatakan mengenai perihal ini, walaupun cubaan untuk menukar ganti takrif dan kefahaman mengenai UG..sama ada UG itu masuk umno, atau UG itu tidak masuk Umno, atau apa2 sekalipun takrif yg diberikan, penulis merasakan, cukuplah, seglanya sudah terlambat..perkataan 'UG' atau 'kerajaan perpaduan' kini dilihat satu malapetaka kepada parti..
baca seterusnya disni..
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/06/kerajaan-perpaduan-apakah-masih-ada.html
Setuju dengan buah kata pria malaya. perkara yang syubhah sepatutnya kita elakkan. PAS perlukan majlis syura!
ELEHHHH....nik ajis tu marah sangat sebab banyak calon dari dan puak yang dia sokong terlingkup dlm pemilihan perwakilan di muktamar dulu...tapi cuba fikir balik laa..macam mana seorang yang menang jawatan tanpa tentangan dan orangnya yang menang dalam pertandingan mahu dinyahkan dari parti dan kerusi Ahli Parlimen oleh orang yang hanya dapat satu pencalonan untuk menentang presiden dan calon-calon yang pronya semuanya kalah, boleh mahu jadi lebih berkuasa. “Teori dan undang-undang rimba mana yang mahu dipakai. Nak pongoh, nak bengken bukan tak boleh, nak tunjuk ek'oh pun bukan tak boleh tetapi biarlah pongoh, bengkeng dan ek'oh sakan hanelah kita biar profesional dan bersesuaian dengan keadaan dan ketika. Agaknya Mohamad Nizar Jamaluddin yang menampakkan ciri-ciri kurang bertamadun pun kerana menteladani tokoh dari Kelantan yang disangka 'BEGHES BELAKA' kerana lebih berpengalaman dalam membentuk kerajaan dan memulihara kemenangan tetapi hakikatnya adalah 'REBEH' dan kualitinya semakin EXPIRED.”
Abiss...
si Najibuya akan gna senjata ni nk lemahkn jemaah PAS.
Esok.. suma suratkhabar utama kna arah siarkn berita ni besar2 muka depan!!!
Mereka(umno) telah menjumpai umpan untuk memecah belahkan kesatuan hati parti lawan mereka.Sebaiknya jangan dipedulikan pada permainan mereka ini, yang perlu jadi tumpuan kita sekarang,bagaimana harus kita menghadapi PRK Manik Urai nanti,kita kuatkan kerjasama untuk dapat menang dengan majoriti yang lebih besar.
Tiada keutamaan bagi kita untuk berkerjasama secara politik dengan umno sekarang,kerjasama pada urusan pembangunan dan kebajikan rakyat memang kita harapkan selalu dengan kerajaan pusat.Hati budi umno kita telah kenal lama,ia masih memusuhi islam itu secara am nya.(perasuah yang cukup jelas salah pada sisi islam,masih menjadi orang sanjungan mereka)
Kita sebagai ahli dan penyokong nak yg baik2 saja dr pemimpin ni...
tapi kalau dah disuruh diam tapi buat kenyataan di press maksud nya..
agenda tu dah jadi lain...
Umno dah boleh berkira2 lah utk PRK Bachok pulak......
PRK Bachok plak...kan dah susahkan org...hai la ust Nasha...kepiah pon dh ilang..
takkan xnampak keadaan cmne skang akibat dari perbuatan tu....sudah2 la..mintak maaf terbuka pada TGNA dan sume ahli PAS, dan letak jawatan dlm PAS dan kerajaan.kalau betul ikhlas berjuang. -Pemuda Cheras
Biasalah org tua.Cakap2 TGNA ni pun dah banyak merapu bukan boleh pakai sangat.Itukan lumrah alam.Harap2 TGNA bawa2lah berenti berpolitik,dok rehat layan anak cucu pun bagus.Ramai lagi tenaga muda dan berwibawa mcam Dr Harun Din alhafiz.
Usul dr Presiden sebenarnya sangat baik utk persepakatan umat Islam yg kita lihat sudah terlalu lemah spt kata SS Mufti Perak.Tak baik dendam berdendam dibawa mati.Ini bukan ajaran nabi.
nak bincang apenya, tepon pun tak dapat dihubungi?????
Alhamdulillah..penulis menarik nafas lega..saranan dan harapan berkali2 penulis sebelum ini agar penyelsaian sesuatu maslaah da kemelut melalui meja rundingan, bertemu mata, face 2 face, musyawarah, akhirnya termakbul...
Walaupun agak terlewat sedikit, tapi penulis merasakan inilah yg terbaik dan sebaiknya..seperti yg pernah penulis katakan, biarlah acap kali siri perbincangan dan perjumpaan dilakukan dikalangan pemimpin, apatah lagi jika wujud isu2 besar sebegini..lebih banyak, lebih baik...jangan ada perasaan atau rasa bosan, puas, malas untuk bertentang mata, berdiskusi bersama teman2 kepimpinan..
Teguran si ayah kpd si anak...
Ternyata TGNA seorang yg tenang dan bertindak rasional..penulis tetap menganggap, kenyataan beliau yg mahukan Nasyarudin meletak jawatan kelmarin ibarat satu nasihat tegas dari seorang ayah kepada anaknya.."ikut cakap ayah, jika tak, keluar dari rumah"..tetapi jauh disudut hati si ayah, terlalu sayang dan kasihkan si anak tadi, jauh sekali mahu menghalau si anak tadi keluar dari rumah..
Begitulah perumpamaan penulis berdasarkan kes yg berlaku..bukanlah niat TGNA mahu menghalau Nasyarudin keluar daripada PAS, cuma mahu menegur dan menasihat Nasyarudin supaya sedar dan cukuplah dgn gagasan mahupun agenda berkaiatan 'kerajaan perpaduan'..kukuhkan PAS, kukuhkan Pakatan Rakyat, seperti kata seorang ahli Kelab penyokong PAS pada muktamar baru2 ini, biarlah PAS menjadi. "PAS the only choice"..penulis terharu kenyataan ini keluar dari mulut seorang rakan bukan Muslim..
Nasihat buat teman...
Jadi, kepada sahabat2 dan rakan2, baik dikalangan blogger, pengendali laman web mahupun pelayar biasa, bertenang dan bersabarlah..kita serahkan kepada kepimpinan atasan untuk menyelesaikan kes dan isu ini..janganlah kita menjadi batu api melaga2kan kumpulan2 tertentu di dalam jemaah, jangan terikut emosi dan nafsu ammarah kita..waktu dan ketika inilah kita mudah mengecam dan meneka, siapakah yg sebenarnya berpura2 menyamar penyokong2 PAS, mengambil kesempatan merosakkan ukhwah sesama kita, siapakah yg cuba menjadi batu api menghasut dan melaga2kan sesama kita..
Ingat! kita bukan seperti parti 'mereka', jauh sekali mahu menjejaki dan menuruti cara2 mereka...jika ayahanda 'mereka' (Tun M) , langsung tidak mahu berpaling muka mengadap anaknya (Pak Lah), 'ayahanda' kita (TGNA) tetap berusaha bertentang mata merapatkah ukhawah sesama mereka...jadi, kita contohi kepimpinan kita..jika pemimpin kita memilih jalan untuk berdamai, maka kita turutinya...insyaallah, disana ada hikmahnya..
Kerapkan jadual perbincangan...
Akhir kalam, penulis mendoakan agar natijah dari siri perbincangan ini nnti, akan membuahkan hasil yg baik lagi berkah kpd PAS dan Islam itu sendiri..keraplah mengadakan siri pertemuan dan perbincangan sesama kita..jangan asyik memikirkan perbincangan dan rundingan dgn orang atau parti lain, tetapi lupa untuk berbincang dan berunding sesama jemaah sendiri...
Pada saf kepimpinan, kami ahli, penyokong dan pendokong bawahan sentiasa mendoakan yg terbaik buat kalian..semoga Allah merahmati kita dan perjuangan kita...Allahuakbar !
Wallahua'lam...]]
Post a Comment