Followers

Wednesday, June 17, 2009

malam layan jiwa..' PENTAS KITA..KARYA KITA'..



Dalam situasi politik negara kita sekarang yang agak berkocak.. memang memenatkan kepala hotak dan jiwa...maka atas keperihatinan warga seniman untuk membantu meringankan sikit beban emosi kita dengan lagu2 puitis dan sajak2 ciptaan mereka(hak cipta terpelihara)..video di atas adalah salah satu lagu yang akan didendangkan nanti..

buat pertama kali halaman rumah ummi akan berkumandang lagu2 puisi dan sajak2 dari KARYA-KARYA SENDIRI DARI KARYAWAN-KARYAWAN ANTI ESTABLISHMENT.. Para Seniman yang terdiri dari Pyanhabib, Meor, Nik, KulupSakah, Mohammad Hariry, AirMas, Mat Saman Kati, LanteraJiwa & BloggersNetwork@Perak...

selalunya halaman rumah ummi dulu cuma tempat berceramah...kali ini kita akan melihat bakat terpendam para blogger2 juga..adakah Al-Banjari... Manjung Mari...Pak Karamu..Sya Reformis...akan menyampaikan lagu atau sajak..?? ummi jadi tukang tengok dan tukang tadah telinga...insyaAllah akan diadakan juga sesi bergambar dan sain otograf kot...kalau korang nak tengok lebih dekat mereka2 ni mai la pakat datang ke rumah ummi dan Pak Karamu..ramai yang tak tau lagi kot..Pak Karamu ni abah den...

alamat dan maklumat seperti yang tertera di poster di bawah ni...ada jamuan yang kami sediakan untuk semua tetamu..masuk adalah percuma..bukan ada dewan pun nak korang bertiket..open air..beratapkan langit yang ditaburi bintang(kalau tak hujan ada la bintang)berlantaikan tanah...bawak la tikar ke suratkabor lama ke buat tempat duduk ye..kerusi tidak disediakan..harap maklum..

oklah..sampai berjumpa di minggu hadapan di perkarangan rumah Pak Karamu dan ummi...ucapan Selamat Datang ummi dahulukan kepada semua tetamu yang akan hadir sebagai tanda mengalu2kan kalian semua....



2 comments:

D'Rimba said...

Hebatnya ada hiburan yang bakal mendidik jiwa kita ini.......

PAPA GOMO said...

''WARKAH UTK ANWAR DARI RAKYAT MALAYSIA''

KAMI RAKYAT MAHUKAN KEBENARAN
SILA HADIRKAN DIRI PADA
Julai di Mahkamah Tinggi Jalan Duta
USAH TANGGUH2 LAGI

[SMS]
017-2802211
012-9533565
+17037252544(US)

[Email]
anwar.ib@gmail.com
anwar.ibrahim@aicassociates.com
ai55@georgetown.edu

DIHARAPKAN MENGELAK DARI MENGHANTAR SMS YANG BERBAUR UGUTAN DAN ANCAMAN KEPADA TERTUDUH KES LIWAT INI.

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

1 JULAI HARI KEBENARAN

http://www.gomounited.com/2009/06/warkah-buat-anwar-al-juburi.html

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil