apa ada pada pasang dan pegang lilin...? salah ke pasang lilin..?? kita pasang lilin pasal letrik terputus...tak salah...pasalng lilin ketika makan malam yang romantik(candle light dinner)..tak salah...setengah agama menyalakan lilin sebagai tanda bertafakur dengan kematian ataupun apa2 musibah(diamalkan oleh agama kristian)..tak salah juga itu pembawakan agama itu yang dinamakan candle light vigil...tapi ianya jadi salah kalau seorang yang beragama Islam turut serta..apa niat anda untuk menyalakan lilin tu..?
setengah orang kata kalau niat tak selari dengan perbuatan tak apa..konon2nya macam berlakon la..itu ummi tak pandai nak komen la..hanya Allah aje tau apa niat kita menyertai vigil lilin ni..tetapi matlamat tak boleh menghalalkan cara kalau bersangkutan dengan akidah...
pertama kali tengok gambar diatas ..ummi ngaku ummi tak selesa...walaupun kita semua rasa sedih dengan cara kematian Beng Hock...dalam hati berkata..perlukah DS Nizar dan pimpinan PR yang beragama Islam memegang lilin...? perlukah kita umat Islam menunjukkan rasa simpati dengan mengikut vigil lilin ni..? ummi rasa untuk menyertai boleh tapi tak perlu kita sama menyalakan dan memegang lilin tu...banyak lagi cara lain untuk menunjukkan rasa simpati kita terhadap mangsa...apakah tidak boleh DS Nizar hanya menundukkan kepala tanda hormat ..kita selalu lihat ketika dalam satu2 majlis bila ada pengumuman kematian orang Islam kita menydekahkan Al-Fatihah kepada arwah.. bagi yang beragama bukan Islam menundukkan kepala ketika bacaan sedang dibacakan tanda bertafakur..rasanya DS Nizar dan kita semua boleh juga lakukan yang sama ketika berada dalam situasi itu..
mungkin ummi ni tak arif sangat tentang perkara ini tapi yang jelas upacara itu merupakan upacara keagamaan..mungkin ada penjelasan yang boleh meredakan kemusykilan ummi ini atas tindakan DS Nizar dan yang lain2 tu...
dalam bab ugama dan akidah ni ummi ambil berat sikit..kerana rosaknya iman seseorang muslim itu melalui I'tiqad..perkataan dan perbuatan kita.... ummi berharap sangat para pimpinan yang beragama Islam khususnya PAS menitik berat sensetiviti berkaitan dengan upacara keagaman ini... kerana rakyat melihat..rakyat menilai..rakyat mendengar...jangan mengelirukan lagi pemikiran rakyat yang dah sedia terkeliru..tugas umat Islam dimuka bumi ini adalah memperlihatkan indahnya Islam..bukan memperlekehkan Islam...bagi ummi semua orang berhak menegur dan ditegur..kerana sifat manusia itu tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan..kerana sifat maksum itu hanya ada pada Nabi Muhammad s.a.w.
mungkin ummi tak arif sangat dalam bab ini..tapi ummi tak suka akan upacara ini disertai oleh umat Islam..hadir sebagai permerhati sudah cukup sebagai tanda simpati kita..sekira ada yang tersinggung ummi harap maaf..kerana itu yang ummi rasa...ummi tak selesa dengan apa yang DS Nizar dan yang lain tu buat...
wallahua'lam..
38 comments:
memang tidak patut dan tidak perlu...
salam ummi,
Islam itu mudah. Jangan kita merumitkannya. Pokok pangkal nawaitu seseorang. Apa pandangan ummi sekiranya ada seseorang bersedekah ribuan ringgit kepada masjid... adakah amalnya itu diterima? Pokok pangkalnya 'niat' si penderma. kalau ikhlas, maka pahala ganjarannya... kalau niat untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga..... habuk pun tarakk....
SAYA NAK TIMBULKAN SATU SOALAN SAJA...APA AKAN JADI SEKIRANYA YANG PEGANG LILIN ITU PEMIMPIN UMNO, SATU MALAYA AKAN HEBOH, DIKUTUK, DIKATAKAN MURTAD...DAN MACAM-MACAM LAGI.
ALLAH HUAKBAR..
salam ummi,
wak ni jarang komen,lebih2 lagi akhir2 ini, tapi wak tak gemar dan selesa bila pimpinan PR termasik Nizar turut bervigil sama..setuju sgt dgn ummi..cukuplah sekadar dgn menundukkan kepala..tak payah la nak pegang dan nyala lilin plak..kalau mcm tu nanti, jika ada upacara Hindu,tak kan nak tolak pulak kut,jika vigil kristian dulu buleh toleransi,tak kan conteng dahi tak mau..kadang2 makin memeningkan kepala..
ha ha ha ha ha ha ha ha aku tumpang ketawa kepada anda semua yang ngaku islam,,,,,,, tapi belum tentu anda semua mukmin,,,,
SALAM UMMI, WALAU IDEOLOGI KITA BERBEZA, TAPI DALAM BAB AGAMA KITA TETAP BERSATU! YANG SALAH TETAP SALAH! TQ
betul la ummi... ini bukan bab politik tapi bab agama islam... x patut ...
salam semua yang meninggalkan komen dan pendapat..
bagi ummi sebagai pemimpin dia kena pastikan sebelum melakukan apa perbuatan biarlah pandang dari berbagai sudut..dari sudut agama..sudut politik..sudut sensetiti masyarakat..adakah tohmahan dan mehnah yang mungkin akan ditimbulkan oleh pihak lawan...semua kita kena jaga...nama baik agama..diri..keluarga ..dan parti .
Salam Ummi,
apa susah sangat tolong maklukkan pada Nizar dan adun yang pegang lilin tu (beragama Islam) lain kali jangan buat lagi...mungkin mereka terlalu emosi kot...dan maklumkan pada mereka mohon maaf pada umat islam agar perbuatan jgn jadi ikutan dan mohon ampunlah pada Allah... solat taubat supaya diampunkan dosa kita.. kadang2 terlepas juga buat silap mareka bukan nya malaikat yang tidak melalukan kesilapan...wallahuallam..
Salam ummi, teman setuju apa yang ditulis oleh wak tu!!!kita hidup ni ada had dan perenggannye...jangan disebabkan simpati kita lupa diri..lebih2lagi nak dpt undi mereka..Ingat!!rakyat bukan bodoh!!!jangan buat rakyat marhaen meluat..lebih2lagi seagama dan sebangsa..cukup2lah..jangan terlalu jadi hamba politik...nanti kata boneka DAP..melenting..tau marah..aje nan ye!!!udah2..le tu..
Setahu Yong perbuatan menyalakan lilin ni diamalkan oleh golongan pagan (takde agama le tu) sebelum ada agama nasrani lagi. Tapi lepas tu takde lagi. Kemudian ia dijadikan sebagai satu simbol untuk memperotes ketidakadilan, atau mengingati satu tragedi. Ade gak pihak gereja yang ikut ritual itu. Tapi tak pasti gereja apa sebab Kristian pun banyak fahaman. Simbol ni sama macam melepaskan burung merpati putih tanda keamanan. Atau pakai reben putih kerana menuntut keadilan. Tapi kot tak yakin toksah le pergi. Allah Maha Mengetahui, Maha Pengampun dan Penyayang.
27 likur kita pasang api,tak kira pelita ke ,lilin le,lampu ke.Apakah niatnya
kena ingat apa yang kita buat kena niat.dan apa yang kita niat,
baju hitam tanda protes kita bubar dun perak
baju kuning tanda proses "bersih"
baju merah kempen kenaikan minyak
reben biru keadilan
reben merah aids
nyalakan lilin supaya menerangkan hati yang gelap.
tiada niat lain disebaliknya
faham lah sikit
ustazah tau dah dosa yang ds nizar dapat.
Demo ISA pun kita orang pasang lilin.lain kali dapatlah kiranya ustazah turun demo sama.
jangan lah nak perbesar dalam blog isu ini.jumpa sendiri dengan ds nizar bukan cerita dalam blog seolah nak mengaibkan orang ini tanpa tahu niat sebenarnya.Saya terkilan dengan ustazah
tari balik la artikel ini .kerana mengelirukan kami
lepaih ni orang islam tak boleh pegang lilin.birthday tu pun ajaran kafir tiup lilin.
asal pegang lilin je,kata ikut ajaran mereka.tolonglah jangan panik sangat.sembahyang ,puasa pun kena niat.tanya alim ulamak dulu baru publish artikel ini.jangan terlalu awal menghukum.siasat dulu.BPN tunggu dan akan menyokong punya
jangan kerana kita yang tak selesa orang lain kita hukum.
cuba tanya yang hadir tu,orang kafir tu,apa niat mereka pegang lilin tu,bukannya mereka sembahyang pun,tapi biasalah demo.lampu takde bila pasang lilin nampaklah terang sikit,demo siang hari tak pakai lilin pun.cina tu pun tau ,bukan depa sembahyang pun tapi demo.niat tu bebb ustazah oiii
tak baik kita menuduh kalau tak nampak hati dia.
maap kalo teman menggangu...teman ni x berapa arif sangat tentang agama....AKAN TETAPI.....kes ni sama dengan AMALAN YOGA....yang dikatakan ikut amalan agama hindu.....kalo tak silap saya....amalan yoga ini perlu ditangguhkan sehingga majlis FATWA KEBANGSAAN memutuskan.....dan majlis FATWA KEBANGSAAN memutuskan....(kalau saya tak salah)....ia BOLEH dilakukan umat islam selagi TIDAK MENGGUNA JAMPI DAN MENTERA.....dan saya yakin DS NIZAR tak akan buat perkara bodoh dan menyesatkan....saya yakin dan pasti DS NIZAR hanya pegang lilin dan tak baca mentera kristian/dan sebagainya....oleh itu.....jangan la perbesarkan benda ni......MAAF LAH KALAU MENGGANGGU.....TAK GITU...ADA SETUJU DENGAN SAYA......
ummi.....lapaih ni kalau nak berblog....banyak le mambaca....jangan malas....ada faham.....kalo malas...tutup blog.....jangan bagi orang keliru....biar umno dan bn buat rakyat keliru udah le....
Ummi..sayasetuju dengan ummi..jauh disudut hati ini tidak bersetuju dgn tindakan mereka..
selain menimbulkan fitnah, ia adalah berkaitan dgn akidah...
mintak izin dari ummi untuk copy paste artikel ummi letak di blog saya..
harap dengan penyebaran artikel ummi ni, dapat sampai ke pengetahuan pemimpin2 atasan (terutama pemimpim2 PAS), seterusnya menasihat, atau menegur tindakan mereka yg terbabit..
matlmat tidak mengahalalkan cara..
aku heran la korang yang join main lilin ni..cuba korang perati..selama aku nampak tak pernah aku tgk anwar ke..nik aziz ke..hj hadi ke ikut pegang lilin ni..kenapa nizar buat..
korang biar betul..tersilap cakap boleh lari akidah ooo..jangan cakap guna logik akal..kena rujuk Quran hadis..kalau bende ni boleh dari dulu lagi la pimpinan PAS join..ingat ayat yang ummi tulis..."rosaknya iman seseorang muslim itu melalui I'tiqad..perkataan dan perbuatan kita"
Haha....pikiran sama macam orang Umno, kena masuk belajar lagi....pegang lilin salah? habis kalau Melayu kahwin bersanding tu Hindu? Setahu saya, Melayu ni banyak budayanya copy dari Hindu. Nama "singgahsana" tu Hindu jugak. Habis kenapa nak diamalkan lagi?...pegang lilin tu simbolik, ada faham? Macam lah pakai baju kuning untuk Demonstrasi BERSIH, pakai hitam untuk berkabung. Ada dalam Quran atau Hadis Nabi pakai hitam dalam berkabung? Habis kenapa pakai? tu kan simbolik....ni kena hantar belajar agama dengan Tuk Guru ni....
dalam Islam bukan susah pon..tinggalkan yang mana dilarang Allah...buat yang mana Allah suruh...
tak tau baelajar..dah tau amalkan..panduan Al-Quran dan Hadis dah Allah bagi kata umatnya..
perkara yang khilaf banyak yang membuat umat Islam terkeliru..peranan ulamak sepatut mengabil tempat..
Assalamualaikum... perkara ni dah jadi polemik antara kite, bukan saja akan dijadikan senjata oleh musuh, jika silap cara kita menanganinya, ia akan digunakan oleh musuh dengan sebaik-baiknya, saya nak bagi satu pandangan ttg perkara ni, kita serahkan perkara ini kepada dewan ulama, biar mereka bincang, kaji ttg perkara ini dari sudut akidah dan syariatnya.. nnt jika apa2 keputusan yang dikeluarkan kita terimalah.
saya tegaskan, perkara ini perlu diserahkan pada dewan ulama, ia mesti dibahaskan semasak-masaknya, jangan diserahkan pada individu untuk menghukum, bagi mereka tempoh untuk mengkaji perkara ini dari perbagai sudut, setelah dipersetujui, printkan ketetapan tersebut dan dibawahnya disertai dengan tanda tangan semua ulama yg terlibat.
Saya percaya DS Nizar bukanlah orang keras kepala, dan sukar mengaku silap, sebelum inipun brp kali beliau meminta maaf atas beberapa perkara yang dia rasakan boleh menyinggung perasaan, jika dewan ulama sudah menegaskan tempat letaknya perkara ini, saya percaya DS Nizar bersedia untuk memohon maaf dan mengaku silap, Saidina Omar sendiri pun sedia ditegur, inikan pemimpin seperti DS Nizar.. Wal hasil kita serah perkara ini pada mereka yang ahlinya.
wassalam
abis le gambar nizar pegang lilin nanti leh jadi modal BN utk menghentam PR
Inilah bukti orang Melayu kalau sesama Melayu, sikitpun tak boleh nak bertolak ansur tak boleh nak berbincang, tapi kalau dengan bangsa lain tunduk dan mengikut dengan tanpa dipaksa. Itulah bukti orang Melayu ni amat lemah.
Salah seorang ADUN yang pegang lilin tersebut adalah ADUN Titi Serong Iaitu YB DR Idham Lim Sila rujuk kenyataan media beliau dilaman Blog beliau iaitu Cina Islam berkaitan perkara ini
wanpakawi
1. saya rasa ummi pun mcm blogger lain..tulis benda yg tak pasti dan suka kalau ramai yg respon. saya faham apa yg dia tulis..premis awalnya dia tak berapa arif pasal hukum tapi hatinya rasa tak sedap dgn tindkan nizar. dia sayang nizar.
2. saya tak setuju kalu marah2 pd ummi. setakat tegur takpelah.
3. bg saya, byk benda yg kita keliru bila melibatkan adat bbudaya dan agama. mana satu upacara ugama dan mana satu adat budaya. kekadang kita byk buat dalam kehidupan kita spt bersanding dll.
4. kita perlu berhati2 dalam memahami dan mendalami sesuatu perkara terutama melibatkan hukum agama. Islam bukan hanya pd melyu shj. Yang pasti Islam adalah agama yg amat adil, toleran, sesuai kpd semua.
bagus gak cdgn tu....maknanya rakyat nampak hanya PAS sbg satu wadah nak menegakkan Islam
tp dlm masa yg sama
org islam cuma pandai kritik jer
sokongnya tak mahu kepada penubuhan negara islam
menyentuh hal vigil tu
sebenarnya dlm malaysia ni
bukan vigil jer yg bukan budaya islam
tp duk pi letak bunga kat tugu pun bukan ajaran islam gak
pasang lilin mlm tujuh likur pun bukan gak
pesta budaya dan sure heboh pun bukan budaya islam gak
valentines day pun bukan budaya islam gak
tiup lilin masa hari jadi pun bukan budaya islam gak
tp mufti2 takda citer apapun2
senyap jer
haram pun dak
halal pun dak
apa citer ni
sampai ke alfatihah yang disedekahkan?
mengapa didekati perkara yang "syubahat"?.. sesungguhnya harus diketahui bahawa perkara syubhah ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram. Biasanya ia disebabkan oleh faktor pertentangan dua dalil ataupun kerana tiada dalil/nas yang terang/sorih.
Kaedah menjaga diri daripada terlibat dengan syubhah adalah kaedah wara’.
Contoh zaman nabi: Kisah ketika Nabi s.a.w. bersama dengan isterinya Safiyyah di tempat awam. Ketika itu, 2 lelaki yang berlalu di situ ditahan oleh nabi untuk memberi penjelasan bahawa baginda bersama isterinya Safiyyah bagi mengelakkan sangkaan buruk.
Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram...
“ Dan barangsiapa yang terjerumus dalam syubhah, ia terjerumus dalam perkara haram”
Hadis ini membawa dua pengertian:
Pertama , seseorang melakukan perkara haram tetapi ia menyangkanya halal.
Kedua, seseorang melakukan perkara yang dekat dengan perkara haram. Umpamanya lelaki dan wanita yang bukan mahram berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan dikira melakukan perkara haram kerana ia boleh membawa kepada zina.
Contoh yang diberikan dalam hadis ialah penggembala yang menggembala ternakan berhampiran dengan tanah orang/kawasan larangan. Walaupun ternakan itu belum masuk secara terangan ke dalam kawasan itu, ia dikira syubhah dan sebagaimana dalam hadis, sesiapa yang melakukan syubhah , maka ia melakukan yang HARAM.
Janganlah semua perkara kita nak tunggu Fatwa. Kalau tidak ada fatwa yang melarang pun yang haram tetap haram.. dalilnya hati.
Nabi bersabda; “Tidak lurus iman seseorang hamba sehinggalah lurus hatinya.”
Ulama’ fiqh merumuskan satu kaedah berdasarkan kepada hadis ini iaitu:
“ Apa-apa yang membawa kepada haram, maka ianya juga adalah haram.”
maka itu, banyak lagi yang haram kat Malaysia nih.......kerajaan UMNO pun haram....
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, melaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;
Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)
salam semua
terima kasih atas buah fikiran dan pandangan semua...walaupun ada yang pro dan kontranya ummi ucapkan terima kasih kerana mengambil bahagian..
dalam perkara yang seperti ini..masih lagi peranan ulamak tidak berfungsi dengan sepenuhnya..kenapa dewan ulamak dan para ulama tidak ke hadapan menjelaskan dan memberi pencerahan dalam isu ini..kita taknak ianya diambil alih oleh orang2 yang bukan ahli/arif kerana ianya tidak akan selesai..maka banyak la andaian yang akan timbul...dan perasaan was2 akan terus di hati..kita nak bila buat sesuatu itu dengan yakin..yakin ianya tidak bersalahan dengan agama..
ummi suka pada komen yg menerangkan bab syubahah..banyak juga kemusykilan org2 muslim dalam kehidupan sehari2an..bab ekonomi..bab cara hidup..bab makan..banyak yang tidak jelas tapi para ulama tidak pernah memainkan peranan dengan tegas..membiarkan umat Islam terkontang kanting mencari penjelasan sendiri untuk menghilangkan rasa ragu2..apa peranan ulama di Malaysia ini..takkan jadi macam pahat dengan pemukul..diketuk baru nak bergerak..takut dengan manusia melebihi dari takut pada Allah..
harap para ulamak..yang rasa diri dia ulamak...tolong bantu umat Islam dari hidup meraba2 kepada hidup dalam terang..
wallahualam..
saya respect ummi sb dapat memberi pandangan yg tulus dan ikhlas, ini lah yg perlu pada umat islam..jgn jadikan matlamat utk menghalalkan cara..
kepada penyokong pas, berfikirlah secara rasional bila berhujah dan menyokong sesuatu..
Tuan Guru Nik Aziz diam je ker? kOmen la sikit Tuan Guru...
pasai lilin ....mai kita pi lawat alamat ni.....http://ajijoi.blogspot.com/2009/07/isu-lilin-tidak-salah-di-sisi-agama.html.....timbalan mufti kedah cakap.....abis cerita....pada aku la takkan la nizar tu bodoh dan biul nak buat kerja yang x sepatutnya...aku kenal la Nizar tu sapa...
Suka hati korang lah.buat apa berbalah
Apa komen anda tentang gambar nie...
http://ketayapputih.com/umum/lilin-haram-lilin-halal
Post a Comment