alhamdulillah..ada jugak golongan alim ulama yang mahu memberi penjelasan...tetapi korang kena faham ayat yang menjadi tajuk artikel diatas..."SERTAI PERHIMPUNAN NYALAAN LILIN TIDAK SALAH"..cuma tuan mufti tak terangkan bab memegang lilin tu...kita mahu apabila kita lakukan sesuatu dalam keadaan YAKIN...yakin perbuatan kita tidak menyalahi dan melanggari hukum..
seperti yang ummi sebut dalam artikel yang lepas..kita boleh menunjukkan simpati kita dengan menghadiri majlis itu tetapi tak perlu bersama menyalakan dan memegang lilin..ummi pun tak kata tak boleh sertai..cuma ummi mintak jangan ikut memegang lilin..itu saje..nak hadir bersama hang pi la takde sapa larang...
ummi setuju dengan menyatakan lilin bukan alat keagamaan...yang ummi musykilkan apakah perbuatan itu tidak menyerupai dengan ajaran kristian..? mungkin pada ugama Budha ianya bukan acara keagamaan..tapi pada agama kristian..bagaimana pula..?? kerana kita telah difahamkan kalau kita melakukan perbuatan yang 'menyerupai' pun sudah boleh dipertikaikan...
Sebenarnya dalam kita hidup di dalam suasana yang berbilang bangsa dan agama..adat dan budaya ini..banyak perkara yang tidak dijelaskan oleh pihak pemerintah.. pencerahan/penjelasan yang sewajarnya tidak pernah dititikberatkan... kekeliruan selalu terjadi pada umat Islam yang kurang faham ..sedangkan para alim ulama dan cerdik pandai pun selalu terkhliaf dalam menjatuhkan hukum..bagaimana nasib mereka yang benar2 jahil ilmu..
pada entri yang lepas ummi tulis dengan niat untuk perbincangan dan berkongsi pendapat dengan para pembaca agar boleh menemukan satu bayangan yang lebih jelas dalam hal ini supaya kita terkeluar dari perkara yang syubahah...dalam banyak2 komen dan pendapat ..yang ummi suka pandangan beberapa orang komenter ini..
- bagus gak cdgn tu....maknanya rakyat nampak hanya PAS sbg satu wadah nak menegakkan Islam tp dlm masa yg sama org islam cuma pandai kritik jer sokongnya tak mahu kepada penubuhan negara islam menyentuh hal vigil tu sebenarnya dlm malaysia ni bukan vigil jer yg bukan budaya islam tp duk pi letak bunga kat tugu pun bukan ajaran islam gak pasang lilin mlm tujuh likur pun bukan gak pesta budaya dan sure heboh pun bukan budaya islam gak valentines day pun bukan budaya islam gak tiup lilin masa hari jadi pun bukan budaya islam gak tp mufti2 takda citer apapun2 senyap jer haram pun dak halal pun dak apa citer ni
- mengapa didekati perkara yang "syubahat"?.. sesungguhnya harus diketahui bahawa perkara syubhah ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram. Biasanya ia disebabkan oleh faktor pertentangan dua dalil ataupun kerana tiada dalil/nas yang terang/sorih. Kaedah menjaga diri daripada terlibat dengan syubhah adalah kaedah wara’. Contoh zaman nabi: Kisah ketika Nabi s.a.w. bersama dengan isterinya Safiyyah di tempat awam. Ketika itu, 2 lelaki yang berlalu di situ ditahan oleh nabi untuk memberi penjelasan bahawa baginda bersama isterinya Safiyyah bagi mengelakkan sangkaan buruk. Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram... “ Dan barangsiapa yang terjerumus dalam syubhah, ia terjerumus dalam perkara haram” Hadis ini membawa dua pengertian: Pertama , seseorang melakukan perkara haram tetapi ia menyangkanya halal. Kedua, seseorang melakukan perkara yang dekat dengan perkara haram. Umpamanya lelaki dan wanita yang bukan mahram berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan dikira melakukan perkara haram kerana ia boleh membawa kepada zina. Contoh yang diberikan dalam hadis ialah penggembala yang menggembala ternakan berhampiran dengan tanah orang/kawasan larangan. Walaupun ternakan itu belum masuk secara terangan ke dalam kawasan itu, ia dikira syubhah dan sebagaimana dalam hadis, sesiapa yang melakukan syubhah , maka ia melakukan yang HARAM. Janganlah semua perkara kita nak tunggu Fatwa. Kalau tidak ada fatwa yang melarang pun yang haram tetap haram.. dalilnya hati. Nabi bersabda; “Tidak lurus iman seseorang hamba sehinggalah lurus hatinya.” Ulama’ fiqh merumuskan satu kaedah berdasarkan kepada hadis ini iaitu: “ Apa-apa yang membawa kepada haram, maka ianya juga adalah haram.”
seperti yang ummi kata tadi..sebenarnya banyak perkara syubahah dalam kehidupan kita sehari2an tetapi tidak pernah diperjelaskan dengan sebaik2nya..kita mahu hidup dalam keadaan yang pasti dan yakin..dari segi perbuatan mahupun makanan dan segalanya..sekarang hidup kita penuh dengan was2...antara boleh dan tak boleh..halal atau haram..kita hidup dalam kesamaran ..dilema ini sudah lama berlaku sehingga berlanjutan la ke sekarang..tidak ada kata yang sepakat..kalau sorang kata HARAM..semua pakat jelas kenapa dia HALAL..kalau HARUS semua pakat faham..begitu juga dengan hukum2 yang lain yang MAKRUH macamana..yang HARAM macamana...
kita lihat perkara ini seperti kecil sedangkan kita tak tahu ramai lagi yang tak kurang mengerti akan hukum yang asas ini..jangan kita samakan tahap kefahaman kita dengan orang lain...bukan semua orang diberi hidayah...dan bukan semua orang bernasib baik...teringat satu cerita mengenai kawan ummi masa dia di zaman jahiliah..keluar dengan kawan nak tengok wayang..sebelum masuk panggung pakat gi solat dulu..selepas selesai solat,kawanya hairan kenapa cepat sungguh dia bersiap..siap bermake-up lagi..kawannya tegur...
"cepat u berhias ye...bukan nak kenakan make-up lama ke...?"
"ala make-up i waterproof la...cepat la jadinya.."
disini kita lihat perkara asas wudhuk pun ada orang Islam yang tak paham...jadi kita tidak boleh pukul rata semua orang tahu bab2 hukum hakam yang asas...pentarbiyyahan memang penting untuk mendidik jiwa kita..berpolitik pulak untuk membentuk siasah kita...jangan kita malu untuk bertanya kalau tak faham..seperti juga dengan isu upacara lilin ini..bila kita was2..antara boleh dengan tak boleh..ada baiknya kita minta kepastian...dari membuat andaian yang bukan2..nak kritik biarlah dengan cara yang berhemah..cuma kalau dikritik kenalah berlapang dada untuk penambahbaikan diri kita yang lemah..
peringatan ini adalah untuk semua dan ummi juga...kerana kita ni tidak sempurna mana..banyak perkara yang kita masih jahil dan perlu belajar...kerana dalam Islam menyarankan kita menimba ilmu hingga ke liang lahat..ummi mengharapkan para ilmuan untuk mengadakan sessi pencerahan minda ni...ini perlu untuk memantapkan umat Islam..
wallahualam..
2 comments:
Assalamualaikum Ummi;
Dalam hal sebegini, sempadan kepartian perlu diasingkan. Orang Jahil seperti saya nampak bervigil-vigilan adalah salah diLAKUkan oleh orang Islam. Bab SERTAI, kurang molek. Boleh menimbulkan fitnah.
Bukanke banyak cara lain untuk mengingati mana-mana individu. Mengapa memilih yang mirip upacara keugamaan ye?
Wallahualam.
bak kata tuan timb.mufti kedah..kalau perkara yang mendatangkan fitnah..baik tinggalkan..
Post a Comment