dah lama ummi tak menulis tentang apa2 isu..bukan pasal takde isu..tapi terlampau banyak sangat isunya..lepas satu..satu isu yang sensasi terbit bagi memeriahkan bulan Ramadahan ni..agak2 ibadah kita ada tak semeriah kemelut dalam negara kita sekarang ini..??
ummi cuma boleh luahkan rasa kesian dan simpati terhadap UBN..macam2 depa usaha untuk menggamatkan suasana..tapi semedangnya tak menjadi..pasal kuil depa pi hangkut kepala lembu..duk pijak bangkai kepala lembu nak tunjuk ganeh..lepas itu kata la itu semua kerja PR..bila kata nak didakwa kepada mereka yang buat onar tu..siasat punya siasat...alih2 ahli UBN yang tersenarai..hambik kau..
Kenapa Umno dan Barisan Nasional yang kuat mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mahu menggunakan akta tersebut untuk menahan juak-juak yang cuma menimbulkan kekacauan kaum dan agama ini?
Adakah ISA itu hanya untuk pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sahaja?
Kenapa suatu ketika dulu apabila surau2 di sekitar selangor dirobohkan pembela agama yang tegar ini(kononnya la) tidak muncul..?? masa tu depa kat mana..? sedang buat apa..?
Di sini saya senaraikan beberapa masjid dan surau yang telah dirampas, di sita atau di roboh semasa pentadbiran Selangor di bawah Barisan Nasional dahulu.• Surau Ar Rahmah, Sekyen 8/A, Shah Alam
• Surau di Berembang, Ampang
• Surau Jubli Perak, Hulu Langat
• Surau Al-Ikhwan, Puchong Perdana
• Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas;
• Masjid Al Hidayah Kelana Jaya,
• Masjid Al Munawwarah Shah Alam,
• Masjid Darul Ehsan Subang Jaya
Tidakkah geng lembu ini tidak terfikir bahawa lembu itu merupakan haiwan suci bagi agama Hindu? Apa perasaan mereka jikalau orang-orang Hindu pula keluar di jalanraya dan membakar Al-Quran?
Kenapa Umno dan Barisan Nasional yang kuat mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mahu menggunakan akta tersebut untuk menahan juak-juak yang cuma menimbulkan kekacauan kaum dan agama ini?
Adakah ISA itu hanya untuk pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sahaja?
fakta diatas ummi ambik dari blog Lord Azaab..
pikir-pikirlah sikit bila membuat tindakan tu..kan dah kena dakwa..baca kat sini dan sini
No comments:
Post a Comment