Followers

Saturday, September 12, 2009

Kesian BN....

KESIAN BN....

macam2 BN buat untuk me'releven'kan parti itu di mata rakyat..tapi apa saja yang dibuat serba tak kena..rakyat bertambah meluat dengan BN..apa saja kenyataan yang keluar dari parti BN..rakyat dengar kemudian mencebikkan bibir..kemudian disusuli dengan ayat.."eleh...cakap tak serupa bikin..asik nak kencing rakyat aje,..dulu boleh la orang caya..sekarang boleh blahhh.."

dulu BN begitu gah..apa saja keluarnya dari cop BN orang akan sanjung tinggi..kerana dulu BN pandai 'cover story' keburukan dan kepincangan dorang..media semua dalam tangan..sekarang dah tak jalan..media arus perdana nak cover hebat mana pun rakyat dapat hidu bau pekung BN..tapi jangan salahkan rakyat sebab pekung BN hanya BN yang pandai bukak..rakyat dengar dan pandang kemudian analisa..hasilnya rakyat mula kenal rupa sebenar pemimpin BN..

hari ini kita lihat Samy Velu  membidas Tun Mahathir member kamcing dulu ni...sekarang mintak mahap le nak cover2 member lagi..sekarang masanya meluahkan isi perut yang selama ini nak keluar tapi terpaksa ditahan2..apa yang to Samy ni marah kat Tok Madey..? korang boleh baca kat sini

Dan secara sekonyong-konyongnya PM 1Malaysia kata AMNOK parti Islam...aduiii nak tergelak bila ummi baca kat sini.. ada pulak soalan yang diutarakan oleh PM 1 Malaysia ni..?

''Apakah yang kita (kerajaan) lakukan sekarang tidak Islam? Siapa kata perjuangan kita tak selari dengan tuntutan Islam?

ni ummi lak nak tanya..apa benda yang dah korang(kerajaan) buat yang selari dengan tuntutan Islam..? 
  1. Bank Islam..
  2. sekolah agama..
  3. ?
  4. ?
  5. ?
apa lagi ye..tak dpat nak cari lagi la..tolong sapa2 senaraikan..ummi terlepas pandang ni..
tapi kalau bab tak mengikut tuntutan Islam memang senang saja ummi nak senaraikan..
  1. Isteri pemimpin tak tutup aurat
  2. arak duk berleluasa
  3. judi beroperasi dgn cara terbuka
  4. hiburan tak putus2..majlis ilmu tak banyak
  5. hukum syariah tak memenuhi tuntutan ajaran Islam..contoh kes Kartika
  6. perjuangkan semangat kebangsaan(assobiyah) dah terang2 bukan memperjuangkan Islam
  7. perlembagaan dicabuli
  8. rampasan kuasa berlaku secara terang2an
  9. tidak menghormati budaya dan agama lain
  10. rasuah dah jadi budaya/darah daging dalam amnok

lagi korang cari la...ni yang remeh temeh punya..yang besar lagi ada..cuma kalau yang sesimple ini pun tak boleh nak buat macamana boleh kata amnok parti Islam...mushkil betol la..

korang nampak tang mana Islamnya AMNOK ni..?? habaq maii...



1 comment:

Bikir Perak said...

Di dalam kesibukan dunia berhadapan serangan wabak Selsema Babi (SB@H1N1), Israel sekarang bertungkus lumus cuba menjalankan projek mega yang sudah direncanakan sejak 100 tahun dahulu. Projek tersebut ialah Projek RED-DEAD.


Projek RED-DEAD adalah salah satu intipati utama di dalam pelan Israel 2020 yang mula dilancarkan pada 1990 ketika zaman pemerintahan Yitzak Shamir dari parti Likud. Projek supermega ini mendapat tentangan hebat dari negara-negara jiran sekeliling Israel terutamanya Jordan dan Mesir. Ini disebabkan projek tersebut memerlukan Israel menceroboh sebahagian tanah negara-negara berkenaan.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil