‘‘Simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu disayangi oleh rakyat. Simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor 1 yang dimasukkan dengan bendera Malaysia.Simbol apa yang nak disayangi ni..??
‘‘Gagasan 1Malaysia akan dilaksanakan berlandaskan Perlembagaan Negara serta permuafakatan antara kaum kerana dengan itu sahaja membolehkan kerajaan berlaku adil kepada semua sejajar dengan tuntutan agama Islam.
Apakah hala tuju gagasan 1 Malaysia ni..?
Apakah selama ini rakyat Malaysia tidak cukup bersatu padu..?? siapa penyebabnya..?? kenapa jadi begini di bumi Malaysia..?
yang menyebabkan perpecahan anatara kaum di Malaysia ini adalah disebabkan mulut jahat yang menjadi batu api diantara kaum2 di Malaysia ini...ramai sangat hati2 yang busuk penyebab hilangnya keharmonian hidup antara kaum di Malaysia ini..
Sekarang ini kita lihat fenomena tidak sihat ini cukup cepat menular dalam jiwa2 manusia..mengejar kuasa menyebabkan manusia hilang pedoman hidup..adakah manusia sedar mereka sedang diuji dengan kurniaan kuasa dan harta..?
Kalau semua pimpinan kembali merujuk kepada Al-Quran dan Hadis sebagai panduan hidup..perpecahan perpaduan antara rakyat Malaysia tidak akan menjadi tajuk utama..kita boleh tumpukan kepada pembangunan dan kemajuan negara...
kenapa kita masih perlu mensia-siakan masa dan tenaga dengan membicarakan masalah yang sudah ada jalan menyelesaiannya...balik pi buka Al-Quran dan gunalah ia sebaik mungkin sebagai sumber rujukkan untuk memerintah 1 Malaysia ni....
ummi pun bukan lah pandai sangat..tetapi Allah dah banyak membantu kita dalam urusan dunia ..kenapa kita nak susah2kan kepala nak cari formula itu..kaedah ini..cipta pulak gagasan yang pelik2...apasalahnya kita mencari semua jawapan dalam setiap permasalahan pentadbiran negara dengan membuka dan mengkaji isi Al-Quran dan Hadis..
punyalah penyayang Allah tu kepada hambanya..Dia tidak melepaskan hambanya sebagai khalifah di bumi ini tanpa panduan..Allah tidak membiarkan hambanya berjalan sendiri tanpa dipandu..tetapi manusia terlalu ego dan bongkak tidak mahu mengiktiraf anugerah yang Allah beri percuma..rugilah kamu membelakangkan Al-Quran dan Hadis..
Nabi Muhammad S.A.W telah menyempurnakan ISLAM dan ISLAM itu adalah sebaik-baik CARA HIDUP di dunia ini dan sesama ISLAM itu bersaudara dan berkasih-sayang dan tidak berpecah-belah. Ini semua bukan salah kita ia merupakan JANJI IBLIS untuk menyesatkan umat manusia. Dan IBLIS ini tak pernah tidur dari menyesatkan kita. Maka jomlah kembali kepada Al Quran dan Sunah.
Hidupkan kembali dan kuatkan kembali amalan asas Islam kita:
1) Rukun Iman
2) Rukun Islam
3) Ihsan
Hayati rukun Iman sepenuh hati dan lakukan rukun Islam sebaik mungkin dan sentiasa IKHLAS kepada Allah dalam segala sesuatu.
Perintah Berpegang Teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata” (QS. Al-Ahzab : 36)
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (QS. An Nisaa’, 4:59)
banyak lagi perintah2 yang telah ditetapkan kepada semua hambanya khusus kepada khalifah2 di muka bumi ini untuk menguatkan bahawa Al-Quran dan Hadis adalah sebaik2 rujukkan..
Fikir2kan lah...
kamu berhak memilih antara perintah Allah atau perintah Iblis/Syaitan..kamau berhak memilih ingin mengejar habuan Syurga atau habuan Neraka..
Tepuk dada tanya Iman...
Wallahua'lam..
6 comments:
kalu betul ikut sunah dalam alquran..penyokong pakatan jahanam tidak akan leka oleh syaitan yang sentiasa bikin huru hara,,memfitnah,melemparkan kata kata kesat..inikah cara parti islam menyampaikan masej islam kepada lain lain kaum dengan keganasan..PAS telah jauh terpesong dari landasan,bertaubatlah sebelum allah turunkan bala
sikap penyokong yang terlampau dan sentiasa mencetuskan ketegangan adalah permainan pakatan jahanam yang menakutkan rakyat.selama ini malaysia aman damai berbeza situasi sekarang yang sudah ada demontrasi jalanan.syukur dibawah pentadbiran umnoBN kerana malaysia tak jadi seperti indonesia dan thailand..umat islam pun bergaduh sesama sendiri berbeza dari malaysia yang aman makmur,cuma pakatan jahanam sahaja yang selalu bikin huru hara
salam kelambuharimau
terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen..
tapi berpandu pada pengalaman ummi sendiri dengan mata kepala ummi sendiri di bagan pinang..tingkah laku dan provokasi pemuda UBN sangat menakutkan... kalau ini ditanam dalam jiwa anak muda generasi muda skarang hasilnya nanti merugikan anak bangsa kita..UBN seperti menjauhkan nilai Islam dalam diri anak muda skrg..
mana ada huru hara dalam malaysia sekarang ni..hanya yg huru hara adalah BN terutama UMNO. Siapa yg mula2 menelanjangi sikap pemimpin2 UMNO kalau bukan Anwar? Kalau dulu boleh lah pemimpin nak buta kan rakyat sbb tak ada internet . Kerajaan memegang tampuk media dan hidangkan berita2 palsu utk mengaburi mata rakyat..tapi masa dah berubah. Rakyat sekarang makin berpelajaran.
Bah kan ramai rakyat yg lebih cerdik dari pemimpin2 kerajaan sendiri. Pendidikan mereka jauh lebih tinggi. Kerana itulah maka dilihat seolah olah telah berlaku satu fenomena baru dalam politik tanahair bilamana rakyat mula bangkit..Bukan salah PAS, PKR atau DAP. Salahnya ialah UMNO masih mengekalkan tradisi pemimpin yg tak berkualiti maka sekarang rakyat dengan sendirinya mula bangkit menentang.
Semakin kerajaan BN cuba mengekang kehendak rakyat semakin BN akan di tolak. Pemimpin BN kena faham. bila rakyat makin pandai, sepatutnya pemimpin BN perlu lebih berhati hati..mereka perlu lebih bijak utk mentadbir kerajaan bukan ikut tradisi 50an dulu..rakyat dulu tak sama dgn rakyat sekarang.
salam kak umi,
gagasan tu sama dengan gagasan yang ada di pautan ini. Klik untuk baca
http://www.aijac.org.au/review/1999/244/oneisrael.html
Salam,betul5...
ana begitu setuju sekali dengan tulisan ummi kali ni.Memang betul dah,Apa yang Allah tunjukkan dan dibawa oleh KekasihNya Nabi s.a.w.Baginda dapat menyatukan dua puak yang berpecah sewaktu memerintah Madinah dengan dasar Islam yang sebenar.Yang pada mulanya dua puak yang bertelagah itu iaitu Aus & Khazraj kembali bersatu di bawah pimpinan Islam dan menjadi pula kaum Muhajirin & Ansor berstau.Hinggakan masing2 rela berkorban harta & nyawa masing2 demi menegakkan Islam yang tercinta. Xgaduh pun Baginda s.a.w nak gunakan kempen 1Malaysia.Kempen Baginda s.a.w hanyalah dengan ajaran Al-quran bimbingan dari Allah s.w.t
Post a Comment