Apasal la sekarang emosi ahli2 PAS mudah terusik..ummi nampak bila ada saja komen pasal PAS..ramai yang melatah..kena kritik sikit dah naik tocang..bagi ummi komen dari Dr.Aziz Bari ni..sapa makan cili dia rasa pedas..pasal kalau dia mengata berapi2 kalau tak kena pada orangnya..takde sapa peduli...ummi tak rasa apa2 pun..sebab tak kena kat batang hidung ummi...mungkin sebab itu Ustaz Idris Ahmad melompat..
ummi suka bila kita selaku pimpinan dalam sesebuah parti punya tahap pemikiran yang tenang dan bernas..kena cerdik dalam menenangkan situasi dan mengawal isu2 yang menerjah dengan berhikmah..krisis pimpinan PAS kali ini mungkin nampak keruh tetapi insyaAllah akan selesai dengan cara yang berhemah..
kita selalu dengar orang berkata 'setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya'..adakah akan berlaku satu anjakan kepada parti PAS sedikit masa lagi..? yang pasti apa saja keputusan yang akan diputuskan adalah untuk pembaikkan pada PAS..seperti rumah lama bila dibaikpulih akan menjadikan satu tempat perlindungan yang lebih baik dan cantik...kita serahkan pimpinan membuat keputusan yang bijak..kena pastikan semua pihak berpuas hati..walaupun kita tahu untuk memenuhi kehendak semua pihak itu satu kerja yang mustahil..tetapi biarlah tidak sampai mengecewakan langsung ..
bagi ummi setiap antara kita ada peranan untuk memastikan PAS tidak bergelora dan tetap teguh lagi utuh..kepada pimpinan ambillah masa yang secukupnya untuk menjernihkan suasana..kerana kami telah dididik supaya bersabar..
kepada ahli kita harus yakin pimpinan yang telah kita angkat untuk memimpin adalah dari kalangan yang hebat antara yang terhebat...kepada pemerhati diluar PAS..walau dilhat PAS sekarang dalam keadaan sedikit kelam kabut yakinlah ianya hanyalah kocakan air yang kecil dan tidak sampai melimpah keluar dari takungannya...teristimewa kepada musuh2 PAS...jangan ada mimpi untuk melihat PAS akan hancur..kerana PAS berpegang kepada tali Allah dan Islam adalah panduan untuk PAS berpolitik..
kepada pengkritik2..jasa kritikan anda banyak mendewasakan perjuangan dan pejuang2 PAS...segala pandangan dan cadangan dilihat sebagai kasih sayang anda terhadap parti PAS..kepada blogwan isu krisis PAS kita ulas ala kadar kerana yang lebih penting kita tumpukan adalah musuh no 1 Pakatan Rakyat iaitu Barisan Nasional..jangan kita terlalu dibongkah sehingga kita hilang tujuan asal dan musuh kita yang nyata..kita tunggu dan biarkan mereka yang berkenaan untuk mengawal krisis dalaman PAS...
Sunday, October 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
translator..
by : BTF
Fakta Perak
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil
- 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR) - 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
- Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
- 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
- Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
- Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
- 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
- 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
- Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
- 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
- Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
- Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
- Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) - Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil
9 comments:
Dulu bila aziz bercakap pasal Perak tiap2 minggu harakah letak penulisan beliau tapi bila kene batang hidung sendiri..... sampahlah tak boleh pakai lah......
Jaga mulut di dalam bercakap tentang pemimpin kita. TGNA merupakan mursyidul am PAS.Siapa kita nak halang beliau daripada mengemukakan pandangan?
Cuba tanya,berapa banyak tahajud kita,istikharah kita berbanding tgna? Beradablah sikit.
Benda ni masih belum tamat.Jangan cepat-cepat buat kesimpulan TGNA tak betul,diperalatkan oleh orang lain. TGNA sebagai pemimpin tertinggi PAS yang wajib diberikan wala oleh ahli telah mendengar banyak pandangan dan aduan daripada ahli bawahan.Beliau mengetahui perkara yang kita tidak tahu.
TGNA sedang memberitahu ada bahaya dalam PAS yang terdiri daripada pemimpin tertinggi PAS sendiri. Sejarah PAS sendiri membuktikan berapa ramai pemimpin tertinggi PAS bahkan di kalangan ulama sendri yang belot daripada perjuangan. Dato Asri Muda, Nakhaei Ahmad, kesemuanya membelot daripada perjuangan. Siapa mereka? Mereka adalah Presiden dan Timb Presiden PAS. Adakah sejarah tidak boleh berulang?Adakah mustahil Timb Presiden PAS sekarang untuk mengambil langkah yang sama? Inilah bahaya yang hendak dikhabarkan oleh TGNA.
Kita sebagai ahli seharusnya mendengar dan meneliti pandangan TGNA, bukannya melompat dan menuduh beliau bukan-bukan.Siapakah yang mengajar ahli PAS berlaku biadap kepada Mursyidul Am/Pemimpin Tertinggi mereka sendri. Sehinggakan membakul sampahkan semua pandangan beliau bila sahaja PANDANGAN BELIAU BERTENTANGAN DENGAN PANDANGAN HASAN ALI DAN ROSLAN SMS. Mulia sangat ke Hasan Ali dan Roslan SMS sehinggakan kita membuang pemimpin tertinggi kita sendiri yang berjuang bersama-sama kita berpuluh tahun semata-mata untuk membela Hasan Ali. Siapa Hasan Ali tu? Tidak lebih bekas Timb Pengarah INTAN/BTN/PTD yang tugas mereka membrainwash orang lain agar mennyokong UMNO di atas nama Perpaduan Melayu.
Kalau Hasan Ali boleh bagi pandangan di Media tanpa melalui mesyuarat, kenapa pula Mursyidul Am kita sendiri, kita halang daripada memberikan pandangan di media.Adakah Hasan ALi lebih tinggi kedudukan dalam PAS dari TGNA? Adakah sudah sampai tahap biadap begitu ahli PAS sekarang semata-mata untuk mempertahankan orang (Hasan Ali dan Roslan SMS) yang mereka sendiri pun tidak tahu asal-usulnya.
Begitu teruk kekeliruan dan kebiadapan ahli PAS sekarang, sehingga ada yang mengatakan bahawa Mursyidul Am tidak layak untuk membuat komen tentang perkara-perkara tertentu. Tinggalkan kepada Presiden. Harus diingat,kedudukan Mursyidul Am dalam parti lebih tinggi daripada Presiden.PAS mewujudkan jawatan mursyidul ama adalah untuk mengawal kuasa Presiden sekiranya presiden yang dilantik menyeleweng daripada tugasnya. Nah, sekarang ini TGNA telah menjalankan amanahnya sebagai seorang Mursyidul Am.Kenapa kita harus melenting?
Dengar dan patuh kepada arahan pimpinan tertinggi, kerana di situ ada keberkatan perjuangan.
Dr Azhar mesti penyokong fanatik TGNA... TGNA tu tak pernah buat silap ker?? Ma'asum ker???
Otak dia okay lagi ker?? aku tgk macam dah nyanyuk jer....
ko nie sure PAS totok...
Ingat lagi ke tentang 16 sept. cadangan Anwar disambut dengan bersemangat oleh TG Nik Aziz hinggakan gegak gempita menyokong segala kenyataan beliau tentang pengambilan Pusat oleh PR..Tiba-tiba beliau dibisikkan oleh Pak Tapa bahawa 16 sept. tu Parlimen tak bersidang...Opp !!
Saudara Dr azhar,
Nik aziz juga adalah manusia biasa macam kita juga. Oleh itu tak slaah beliau ditegur. Sedangkan Nabi yang maksum pun ditegur Allah swt.
Menegur tak semestinya biadap. Menegur untuk kebaikan. Nik aziz pun suka tegur orang lain terutama UMNO.
Satu sikap Nik aziz yang pelik( bagi orang yang diiktiraf PAs sebagai ulamak) ialah Nik aziz begiti bencikan UMNO tetapi sanggup pula jadi hamba DAP.
Saya nampak Nik aziz dah jadi macam Pope zaman dulu kala yang giat ganakan ugama untuk paksa Raja Raja Kristian Eropah patuh pada nya.
Satu lagi saya nak tanya betulkah PAS perjuangkan Islam? Betulkah? Atau gunakan Islam untuk kepentingan politik?
Kalau baca Harakah, Masyaallah. Fitnah bermaharajalela. Orang fasik seperti Raja petra dianggap macam "Hadis Sahih Bukhari".
Saya tahu kerana saya nampak depan mata saya sendiri. Harakah beberapa tahun lalu fitnah UMNO bila JAIS ambil alih pengurusan Surau alZaharah Tmn Kosas.
Harakah fitnah kononnya UMNO zalim. walhal sebenarnya pengurusan surau sibuk memaki hamun sasama Islam dalam surau samada tazkirah atau khutbah jumaat.
Kalau Nik aziz sayangkan Islam, keluarlah dari Pakatan Jahanam. Tak perlu jadi hamba DAP .
mak aihh yong oi, hebat bebenor hujah miker nih. Beghapi2.
Teman dengo kisah, miker nyer keje muslimat terbengkalai duk asyik ngejorkan glemer nak jadik blogger nih.
Betoi ke?
Saudara Anuar tu Hamba rosmah kot..Bodek kot dapat projek belajawan ni..Cium dulu kaki rosmah tu. baru komen..
EGM Untuk Tahaluf Siyasi Sebenarnya...
Salam untuk saudara seperjuangan,
Kaji Balik “TAHALUF SIYASI” (TS) – itulah gesaan dalam pandangan aku apabila membaca betapa nekadnya Mursyidul Am PAS mengusulkan EGM untuk ‘restructure’ pimpinan tertinggi PAS . Apakah keberkesanan TS dalam usaha dakwah PAS dalam jangka panjang? Apakah tanpa TS usaha dakwah PAS akan terencat/terbantut? Apakah dengan TS, prinsip asas PAS tidak terusik pun walau sedikit? Apakah dengan TS juga pimpinan PAS dapat menegur atau mengkritik rakan pakatan dengan bebas? Atau dengan TS, PAS terpaksa menjaga hati rakan walau menggadai ketegasan prinsip? Ini semua berlegar kembali di fikiran aku sejak Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) mengusulkan EGM.
KELUARLAH DARI PAKATAN. Itulah EGM yang aku cadangkan. Jangan lah kita berfikir jika kita keluar dari Pakatan kita tidak berkawan lagi dengan rakan lama. Ini soal prinsip. Kita memegang prinsip apa? Mereka pula mendokong prinsip apa? Prinsip kita adalah yang terulung kerana cintakan Islam. Malah kita menjadi lebih dinamik dalam menghadapi cabaran. Hal-hal bersama seperti ISA, Kehakiman, Rasuah dan lain-lain kita masih lagi satu vokal walau tanpa di dalam Pakatan, malah menjadi pengimbang yang baik antara hal-hal sensitif tanpa fikir ‘jaga hati’ antara rakan. Dengan UMNO/Barisan Nasional kita berfungsi seperti sama masa di dalam Pakatan. Jika menguntungkan Islam dan rakyat kita sokong dan jika memperbodohkan Islam dan rakyat kita lawan habis-habisan.
Walaupun ada yang berpendapat wujudnya pro-UMNO dan pro-Anwar di dalam tubuh PAS. Inilah masanya kita mengenali mereka. Adakah mereka sanggup bersama-sama dalam perjuangan tanpa di dalam Pakatan. ATAU adakah mereka melihat jalan pintas mendapat kuasa itu yang utama jika di dalam Pakatan. Bukan sedikit mangsa dan masa yang terkorban akibat dari propaganda ini. Contohnya TGNA yang dituduh sebagai pro-Anwar dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH) dikatakan pula sebagai pencetus idea Kerajaan Perpaduan yang pro-UMNO. Sedangkan kedua-dua watak inilah sebahagian daripada penggerak PAS yang telah menempuhi onak duri dalam politik lama dan moden untuk melihat PAS berada di puncak. Tidak mudah mereka untuk tunduk kepada wadah yang jelas merosakkan Islam. Mereka telah menghabiskan sebahagian umur mereka untuk daulatkan Islam.
Memang diakui wujudnya dalang atau agen gerombolan dalam PAS. Tetapi mereka ini lambat laun akan menonjolkan diri dengan kuasa Allah. Yang peri pentingnya sekarang adalah “FITNAH”. Bagi aku selama mana wujudnya PAS di dalam Pakatan maka selama itulah fitnah di dalam PAS akan berpanjangan. Fitnah antara Pemimpin dengan Pemimpin. Fitnah antara ahli dengan pemimpin. Fitnah antara bukan Islam dengan agama Islam.
Kepada pimpinan PAS, muhasabah lah diri sebelum terlambat untuk menghadapi PRU 13. Walau pun dengan keluar Pakatan kita akan kurang sokongan, tetapi, percayalah usaha kita adalah untuk meletakkan keadilan Islam untuk semua kaum dan mengharap keredhaan ALLAH SWT. Mudahan-mudahan dengan usaha ini ALLAH SWT menunjukkan jalan yang mudah untuk mendapat sokongan dan mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. Wallahu’alam.
PaiPon ...bagus... lebih baik PAS kuar dari pakatan... dulu sebelim PAS join pakatan... tak pernah aku nampak TGNA gaduh ngan Haji Hadi....
Dulu aku salah sorang Dewan Pemuda Pas di tapah,, skang malas nak sokong PAS... malu tgk PAS join DAP...
Saya jadi orang tak berPARTI...
pangkah ikut suka jer...
Skarang saya nak kembali pada PAS...asalkan PAS keluar dari PAKATAN... PERJUANGKANLAH ISLAM.....
TOLONGLAH....
Post a Comment