Semua tak boleh baik tak payah buat pilihanraya..
Artikel 26 yang telah dipinda: Batasan pada hari mengundi ~ 26. (1) Tiada seorang pun boleh pada hari mengundi-
(a) mengadakan, memnaggil atau mengaturkan di mana-mana tempat apa-apa bentuk perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan atau memberikan apaapa bentuk ucapan atau syarahan sama ada atau tidak perjumpaan, perhimpuan, pertunjukan, hiburan, ucapan atau syarahan itu terbuka kepada atau melibatkan orang ramai atau selainnya;
(b) memberi atau membekalkan apa-apa alat muzik atau pembesar suara kepada mana-mana orang dengan tujuan supaya alat muzik atau pembesar suara itu digunakan oleh mana-mana orang dengan apa-apa cara atau digunakan didalam atau apa-apa vesel, binatang, motokar, trak, atau kenderaan lain mana-mana alat muzik atau pembesar suara itu;
(c) membuka atau menubuhkan atau menyenggarakan suatu pejabat atau barung di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding bagi apa-apa maksud yang berkaitan dengan sesuatu pilihan raya selain pejabat yang dibuka atau ditubuhkan atau disenggarakan menurut subseksyen 24B(2) atau bilik jawatankuasa yang disewa menurut perenggan 14(1)(b);
(d) menggunakan mana-mana rumah kediaman, rumah kedai, pondok, dewan atau mana-mana premis lain sebagai pejabat atau pusat mana-mana parti politik di dalam bahagian pilihan raya itu; (e) dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi-
(i) cuba menentukan identiti mana-mana orang yang memasuki sesuatu tempat mengundi;
(ii) menyemak dalam mana-mana senarai nama mana-mana orang yang memasuki atau meninggalkan sesuatu tempat mengundi;
(iii) merayu-rayu atau memujuk atau cuba memujuk mana-mana orang supaya tidak mengundi dalam pilihan raya itu, atau supaya mengundi atau tidak mengundi manamana calon dalam pilihan raya itu;
(iv) menunggu atau berdiri-diri kecuali bagi maksud membolehkannya masuk ke tempat mengundi untuk membuang undinya tetapi tiada apa-apa jua dalam perenggan ini boleh menghalang pegawai yang hak atau mana-mana orang yang dibenarkan oleh pegawai yang hak itu daripada menjalankan tugasnya berhubung
dengan penjalanan sesuatu pilihan raya;
(f) bagi pihak mana-mana calon, merayu undi pemilih di dalam mana-mana bahagian pilihan raya bagi menyokong atau menentang mana-mana calon atau parti politik dalam sesuatu pilihan raya dengan apa-apa cara jua termasuk melawat pemilih di rumah atau di tempat kerja mereka atau menemu ramah orang ramai; atau
(g) dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan dalam tempat mengundi, memakai, memegang, atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.
(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.
(3) Suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah. Pada PRU kali ini, PONDOK PANAS dihapuskan sama sekali. Jarak 50 meter juga dihapuskan sama sekali. Kita tidak lagi dibenarkan bertanya, soal dan menahan mereka yang kita curigai PENGUNDI HANTU, PEMEGANG IC PALSU, MAT BANGLA ATAU MAT INDON YANG MUNGKIN MENYAMAR SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA.
sumber RTP
Fakta Perak
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
- 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR) - 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
- Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
- 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
- Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
- Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
- 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
- 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
- Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
- 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
- Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
- Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
- Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) - Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil
No comments:
Post a Comment