Followers

Friday, April 13, 2012

Teluk Rubiah : Nizar vs Zambry bahagian 1

Oleh: MSK
Dalam sidang DUN yang lalu, Zambry telah ‘mendedahkan” bahawa Nizar yang meluluskan operasi Vale di Teluk Rubiah. Tapi apabila Ngeh meminta Zambry supaya mendedahkan semua dokumen yang berkaitan, Zambry enggan. Mengapa?
Bila Ngeh bertanya siapa pemilik Harta Makmur, Zambry enggan menjawab. Mengapa? Sebaliknya, Zambry memberitahu akan mendedahkan siapa pemilik Harta Makmur semasa penggulungan.
Semasa penggulungan di hari terakhir, Zambry langsung tidak menyentuh Vale dan Teluk Rubiah. Zambry senyap seribu bahasa. Mengapa?
Aku tau Zambry telah diarahkan oleh pihak atasan supaya jangan lagi menyentuh tentang Vale atau Harta Makmur. Tapi semalam, dalam NST, Zambry membuat kenyataan lagi tentang Vale dan Teluk Rubiah. (disini)
Hari tu, aku dah tulis..kalau Zambry tak mau mendedahkan semua dokumen yang berkaitan dengan Vale, aku akan londehkan satu persatu. (disini)
Hari ini, aku dedahkan satu perkara dulu, iaitu Ringkasan Eksekutif tentang laporan Terperinci Penilaian Kesan kepada  Alamsekitar (Detailed Environmental Impact Assesment – DEIA). Ringkasan Eksekutif ini disediakan oleh Konsultan bagi pihak Vale SA, Chemsain Konsultan Sdn Bhd – DHI Water & Environment (M) Sdn Bhd Joint Venture. Laporan ini bertarikh 31 March 2010.
Dan bagi mereka yang tak tau, Pakatan Rakyat memerintah Perak dari 8 March 2008 hingga 5 Februari 2009. Kemudianya, BN merampas Perak dan melantik Zambry sebagai Menteri Besar hingga ke hari ini. Bagaimana Nizar boleh meluluskan projek ini..sedangkan laporan DEIA dibuat pada 31 March 2010? Dan dalam laporan DEIA ini, ia masih lagi bertajuk  Proposed Iron Ore Project!
(Oleh kerana laporan ini dalam bentuk hardccopy, aku taip semula..manakala gambar rajah akan disiarkan dalam bentuk jpg)
Ringkasan Eksekutif
1. Pengenalan
Laporan ini mendokumentasikan hasil Kajian Terperinci Kesan kepada Alam Sekitar (DEIA) bagi projek Proposed Malaysia Iron Ore di Teluk Rubiah, Daerah Manjung, Perak, Malaysia.
Bijih besi akan diimpot masuk dalam kuantiti yang banyak dari Brazil dan seterusnya akan diproses dan diagihkan kepada pelanggan-pelanggan di asia Tenggara. Projek ini terdiri daripada dua proses utama, iaitu, mencampurkan bijih besi tersebut dan proses kedua ialah mempuat pellet bijih besi. Semua hasil impot yang terdiri dari bijih besi, bahan mentah untuk kilang pellet, dan hasil ekspot akan diangkut melalui jalan laut dan dikendalikan oleh jeti yang dibina khas untuk tujuan tersebut.
Projek yang diusulkan ini melibatkan industri besi dengan kapasiti bijih besi sebagai bahan mentah yang melebihi 100 tan sehari. Projek ini tersenarai diantara aktiviti yang ditetapkan oleh Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 1987 dan dengan itu, satu Kajian Terperinci Kesan kepada Alam Sekitar adalah diwajibkan.
Kajian ini telah dimulakan oleh Vale SA dan disempurnakan hasil kerjasama antara Chemsain Konsultan Sdn Bhd dan DHI Water and environment (M) Sdn Bhd dengan sekumpulan juruperunding EIA Consultants dan Subject Consultants.
2. Keperluan
Justifikasi untuk projek ini adalah berdasarkan statistik dan penelitian yang merumuskan bahawa negara-negara Asia merupakan pengeluar dan pengguna keluli yang utama didunia. Permintaan keluli yang tinggi di rantau Asia adalah berkait rapat dengan pembangunan pesat ekonomi dan industri. Bijij besi merupakan bahan mentah utama untuk pengeluaran keluli.
Langkah strategik untuk menempatkan projek ini disepanjang laluan perkapalan yang penting iaitu di Selat Melaka akan memudahkan pengagihan bijih besi dan pellet daripada lombong di Brazil dan seterusnya kepada pengguna di Asia Tenggara.
Projek yang diusulkan juga dapat memberi manfaat kepada ekonomi negara seperti yang disenaraikan.
  • Pelaburan kapital didalam projek ini akan membuka pintu untuk pelaburan asing kedalam negara.
  • Pembangunan tapak projek bakal mencipta peluang kerja dalam sektor pembinaan dan perkilangan.
  • Permintaan bahan mentah dan kakitangan tempatan untuk pengoperasian kilang tersebut.
  • Menyediakan bekalan terus dan tetap bijih besi mentah dan pellet kepada pengusaha keluli tempatan sekaligus dapat meningkatkan produktivit dan mengurangkan kos.
  • Kelebihan-kelebihan ini seterusnya dapat menarik lebih banyak pelabur asing mahupun tempatan didalam sektor ini di Malaysia.
3. Lokasi Projek
Beberapa tapak alternatif didalam mahupun dilur Malaysia telah dinilai untuk kesesuaian perlaksanaan projek ini. Pemilihan Malaysia berbanding negara-negara lain adalah berdasarkan lokasinya yang strategik di Selat Melaka. Infrastruktur yang baik, kemudahan untuk mendapatkan bahan tambahan tempatan dan juga situasi perniagaan yang baik dan kondusif.
Dalam pemilihan terakhir, perbandingan telah dijalankan diantara Teluk Rubiah dan sebuah tapak di Jimah, (Negeri Sembilan). Teluk Rubiah akhirnya terpilih kerana akses yang mudah bagi kapal-kapal bersaiz besar, kemudahan dalam pembelian tanah, geoteknikal tapak yang sesuai untuk timbunan bijih besi dalam jumlah yang banyak, persekitaran yang telah diusik oleh pembinaan padang golf sebelum ini, dimana ianya dikelilingi dan dilindungi oleh gunung ganang dan hutan, sokongan daripada pihak kerajaan dalam usaha pengezonan semula kawasan dan bantuan infrastruktur yang lain.
Tapak projek yang diusulkan di Teluk Rubiah terletak lebih kurang 8 km keselatan Lumut, pusat daerah yang terletak dalam negeri Perak (rujuk ES-1), selain terletak dipesisiran pantai Selat Melaka. Tapak projek yang dicadangkan juga terletak lebih kurang 5km kearah tenggara Pulau Pangkor dan lebih kurang 1.5 km dari Barat Laut pusat janakuasa Manjung. Jadual 1 memperincikan koordinate tapak projek, termasuk kawasan jeti seperti yang diajukan.
ES-1

Jadual 1
Jumlah keseluruhan kawasan (sempadan projek) yang dipertimbangkan buat masa sekarang ialah kira-kira seluas 1,285 ekar. Walaubagaimanapun, kawasan yang diperuntukan untuk pembinaan kilang bijih besi (sempadan kilang) pula ialah hanya seluas 450 ekar.
bersambung….

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil