Followers

Monday, May 14, 2012

Rampasan Kuasa Perak (3)


Oleh: MSK
Krisis Fasa 3 (a)
Separuh pertama bulan September 2008 menyaksikan Umno kelam kabut berikutan agenda 16 September yang diumumkan oleh DSAI beberapa bulan sebelum itu. Ahli-ahli Parlimen BN saling meragui antara satu sama lain. DS Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak berulang alik ke Sabah dan Sarawak dengan tawaran dan ugutan yang bermacam-macam. Komedi kekalutan itu membawa Malaysia mencipta sejarah sebagai negara pertama didunia menghantar rombongan besar ahli-ahli Parlimen mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiwan dan Hongkong kerana bimbang mereka akan melompat menyertai parti lawan. Mereka berangkat pada 7 September dan dijadualkan pulang ke Malaysia pada 19 September.
16 September 2008 berakhir dengan tiada peristiwa peralihan kerajaan yang diura-urakan. DSAI memberikan tarikh baru iaitu sekitar tarikh Hari Raya Aidil Adha yang dijangkakan pada 8 Disember 2008.
Kegagalan peralihan kerajaan pusat pada 16 September itu memberikan nafas baru kepada Umno. Semua media massa perdana memomokkan kegagalan itu sebagai bukti pembohongan berterusan DSAI. PAS dan DAP diejek sebagai Pak Pandir dan Lebai Malang yang sentiasa saja diperbodohkan oleh DSAI. Isu itu juga digunakan untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin Pas. Ketika itulah timbul istilah Erdogan, merujuk kepada beberapa pemimpin muda PAS yang dilihat sangat akrab dengan DSAI.
Veteran Pas turut diheret oleh kontroversi 16 September itu sehingga membawa kepada semacam sidang damai antara Dato Mustafa Ali dan TG Nik Aziz di JKR 10 pada 18 septemebr 2008.
Oktober 2008 dimulai dengan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Pada 8 Oktober, Pak Lah mengumumkan keputusanya tidak mempertahankan jawatan Presiden dalam Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan pada bulan Mac 2009. Pengumuman tarikh pengunduran yang lebih awal dari jadual asal itu, telah membentuk momentum baru ‘semangat Umno berwajah Najib’. Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian bermula pada 9 Oktober dan dijadualkan berlangsung sehingga 9 November.
Najib tidak dicabar bagi pertandingan jawatan Presiden Umno.
Altantuya masih belum dapat mengalahkan Najib dipentas politik Malaysia. Pada 31 Oktober, Razak Baginda meninggalkan Sirul dan Azilah untuk meneruskan perjuangan sebagai ‘kambing hitam’ dikandang tertuduh. Najib semakin yakin boleh melepaskan diri daripada bayangan Altantuya. Peristiwa yang saling berkait itu menampakkan cengkaman Najib yang semakin kukuh. “saya tidak bersalah” kata Najib.
Waktu itu jugalah Zahid Hamidi mula mengambil alih tugas mencatur politik Umno Perak daripada DS Tajol Rosli yang dianggap lembik dan kurang jantan. Laluan Zahid sebenarnya bermula lebih awal lagi apabila kuasa menentukan agihan peruntukan kerajaan Persekutuan untuk pembangunan negeri Perak dimandatkan kepadanya. Kedudukan sebagai calon popular bagi pertandingan Naib Presiden Umno dan hubungan rapat dengan Najib menjadikan Zahid sebagai individu paling berkuasa dalam Umno Perak.
Disember 2008 dan Januari 2009 adalah detik tempur sebenar diantara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Tarikh perbicaraan kes rasuah pada 10 Februari 2009 dijadikan modal mengugut Jamaludin dan Osman. Sepanjang dua bulan itu, SPRM memainkan peranan penting bagi pihak Umno Perak untuk mengambil alih kuasa kerajaan negeri. Ugutan dan tawaran bersilih ganti datang kepada dua EXCO yang sedang menunggu tarikh perbicaraan itu. Kalau tak sokong BN, sabitan bersalah sedang menunggu dimahkamah dan mereka akan hilang segala-galanya. Kalau sanggup ikut BN, kes mahkamah boleh dirundingkan penyelesaiannnya. Kalau Razak Baginda boleh selamat daripada sebarang pertuduhan dalam kes pembunuhan Altantuya, apalah sangat kes rasuah Jamaludin-Osman yang tidak seberapa itu.
Sebagai tambahan, Jamaludin dan Osman cuma perlu buka akaun di Singapura atau dimana-mana saja asalkan luar negara. Beres. Akhirnya, dua Exco itu ghaib tak dapat dikesan mulai 25 Januari 2009.
Kejayaan SPRM menyorong-tarik ugutan dan tawaran terhadap dua mangsa perangkap itu telah dapat mengubah nisbah agihan kerusi DUN Perak diantara Barisan nasional dan Pakatan Rakyat daripada 28:31 kepada 30:29. Kedudukan itu sudah cukup untuk BN menubuhkan kerajaan denagn kelebihan satu kerusi. Hee Yit Foong, ADUN Jelapang yang juga timbalan Speaker DUN telah menyediakan dirinya untuk menjadi sasaran BN sejak awal lagi, apabila dia memprotes partinya dalam banyak perkara. Diawal penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat, Hee lantang menuntut satu kerusi Exco untuk ADUN wanita tetapi tidak dipersetujui oleh jawatankuasa tertinggi ketiga-tiga parti. Pada pertengahan Disember, Hee memberontak lagi apabila mesyuarat Exco tidak meluluskan pembelian Toyota Camry 2.4 kepada Timbalan Speaker DUN. Kisah pertembungan pendapat yang berlarutan antara Hee dengan /Ngeh Koh Ham menambahkan leleh liur BN terhadap ADUN itu. BN tidak pernah berhenti mengasak dengan pujuk dan ancam sehinggalah ADUN Jelapang itu kemudiannya ghaib tak dapat dikesan oleh keluarga dan rakan-rakan.
Umno sememangnya memiliki kepakaran tinggi dalam urusan menghilangkan orang, sepertimana mereka menghilangkan Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang membuat perakuan bersumpah mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya. Kehilangan itu berlaku hanya 4 hari selepas tarikh akuan bersumpahnya.
Kehilangan Hee Yit Foong memberi petanda awal bagi kemungkinan nisbah baru agihan kerusi DUN Perak yang akan melebar ke angkaa 31:28. Jalinan adegan bagi episod itu berlaku dalam senyap dan penuh kerahsiaan. Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Ming selaku Pengerusi dan Setiausaha DAP Perak, berjaya diyakinkan bahawa Hee tidak hilang dan tak akan melompat seperti dihebohkan. Panggilan telefon yang tidak disambut hanyalah kerana Hee mematikan telefon bimbitnya disebabkan tidak sihat. Hee tidak pernah berniat melompat menyertai BN atau meninggalkan DAP tetapi “Tetap Bersama DAP”. Begitulah skrip mantap yang disusun oleh BN dan dilakonkan oleh Hee Yit Foong.
Dalam riuh rendah misteri kehilangan tiga ADUN Pakatan Rakyat itu, tiba-tiba Dato’ Nasarudin Hashim (ADUN bota) muncul mengejut menyertai PKR pada 25 Januari 2009. Kedudukan nisbah agihan kerusi kembali ke angka 30:29. Namun Umno masih memiliki kelebihan satu kerusi.
Gempita lompatan Dato Nasaruddin menyertai PKR umpama dentuman guruh dilangit. Pakatan rakyat menterbalikkan tempayan, mencurah buang baki air yang tersimpan. Malangnya angin yang kuat telah membawa awan menurunkan hujan ditempat lain. Pakatan Rakyat bergembira dengan angka 32 meninggalkan BN dengan hanya 27 kerusi, walhal Jamaludin, Osman dan Hee telah hilang.
Ada maklumat yang menyatakan bahawa adegan double-hopped Dato Nasaruddin juga adalah sebahagian daripada skrip Najib Tun Razak untuk merampas Perak dari Pakatan Rakyat. Keterujaan menyambut hijrah Dato Nasa itu telah mengalih perhatian Pakatan Rakyat daripada tiga sejoli yang sedang diandam oleh jin beragas Umno. Satu teori lain mengaitkan lompatan ulang-alik Dato Nasa itu dengan peranan SPRM. SPRM bertindak pantas mengacah untuk membuka semua fail siasatan bagi memasung Dato Nasa dengan tuduhan rasuah. Langkah itu telah menyelamatkan keadaan cemas yang dihadapi Umno. Ketika hadir ke pejabat DS Nizar pada 29 Januari 2009, Dato Nasa masih ceria. Keesokannya dia berceramah di khalayak 15 ribu hadirin di Stadium Mini Bakri rais, Pekan Bota Kanan bersama Anwar dan Nizar.
bersambung….
Sumber MediaPerak

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil