Followers

Wednesday, May 16, 2012

Rampasan Kuasa Perak (4)


Oleh: MSK
Krisis Fasa 3(b)
Pada tengah malam 1 Februari 2009, Dato Nasarudin hilang setelah dijemput secara tipu daya oleh Dato Hamdi Abu Bakar (ADUN Pengkalan Baru) dan Dato Ahmad Pakeh Adam (ADUN Lintang). Dua ADUN tersebut memaklumkan kepada dato’ Nasa kononnya DYM Raja Muda menitahkan dia mengadap. Sebaik menaiki kenderaan pacuan empat roda yang datang menjemput. Dato Nasa terus dibawa ke Kuala Lumpur untuk merundingkan kedudukan politiknya sebagai ADUN Bota.
Akhirnya, Dato Nasa menyerah kepada gabungan tawaran dan ugutan Umno, tanpa memperdulikan kekecewaan keluarga tersayang yang telah bertekad untuk setia bersama PR. Score board agihan kerusi bertukar kembali ke angka 31:28 dengan kelebihan selesa memihak kepada BN, walaupun belum ada pengumuman rasmi.
Pad 2 Februari 2009, DS Nizar mengadap Sultan mengemukakan sembah maklum berhubung kekosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering berdasarkan surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN itu yang bertarikh 30 Januari 2009. Pada hari yang sama, Speaker DUN telah memaklumkan kekosongan itu kepada SPR. Surat perletakan jawatan yang telah ditandatangani semasa pembentukan kerajaan pada Mac 2008 disertakan bersama tetapi Pengerusi SPR terpaksa akur dengan Boss politiknya iaitu Umno, lalu pada 3 Februari 2009, Pengerusi SPR mengumumkan tiada pilihanraya kecil di dua kawasan itu atas alasan “wujud keraguan” pada surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN tersebut. Pakatan Rakyat terjerat lagi.
Pilihan terakhir ialah membubarkan DUN dan mengembalikan kepada rakyat untuk menentukan mandat baru yang lebih jelas, sama ada kepada Pakatan Rakyat atau kepada Barisan Nasional. Pada 4 Februari 2009, DS Nizar mengadap mohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN. Sultan Perak bertempoh hingga esok hari. Pada jam 4.40 petang yang sama, Najib mengumumkan BN mempunyai majority untuk menubuhkan kerajaan negeri Perak. Sidang media itu turut disertai oleh tiga sejoli, (Jamaludin, Osman dan Hee) serta Dato Nasarudin Hashim kembali kepangkuan Umno.
11.45 pagi, 5 Februari 2009, Ds Nizar menerima titah Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Sebaik saja tiba di istana, Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-Undang Negeri (LA), Dato Kamal Md. Shahid.
Sultan Perak telah menyatakan kepada Nizar.
1. Semua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan mengaku bersetuju terus bersama BN.
2. ADUN Bota telah setuju kembali kepada Umno-BN.
3. ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan mengaku bersetuju keluar dari Pakatan Rakyat. Mereka mengaku menjadi ADUN bebas yang menyokong BN. Kedudukan itu menjadikan jumlah ADUN yang menyokong BN seramai 31 orang. (28+3).
4. Maka kedudukan terkini DUN Perak ialah BN memiliki majority dengan 3 kerusi berbanding hanya 28 kerusi Pakatan Rakyat.
DS Nizar telah memohon mencelah dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah tersebut.
1. Saya hanya memohon perkenan DYMMM Tuanku untuk membubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan kepada saya sebagai Menteri Besar dan Ketua DUN.
2. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.
3. Saya mahu mendaulatkan dan memartabatkan institusi istana sebagai institusi terulung dan teragung dikacamata rakyat.
4. Jika DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, sekaligus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini adalah keadilan yang kita laungkan.
5. Saya mengajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur atas anugerah Ilahi bersempena sambuatn Jubli Perak pemerintahan Tuanku, dalam keadaan Allah SWT memanjangkan usia Tuanku sehingga ke usia 82 tahun. Saya menyeru agar Tuanku merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta memohon pengampunan daripada Allah SWT.
6. Saya menyatakan dengan jelas, jika Tuanku perkenan membubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi istana sepenuh jiwa dan raga.
7. Sebaliknya saya menyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi DiRaja dan Tuanku sendiri.
8. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku, dimanakah maruah kerajaan Umno-BN yang mengambil 3 ADUN Pakatan Rakyat (Janmaludin, Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka sedangkan 2 daripada mereka telah dituduh oleh pimpinan Umno sendiri, sebagai mengambil rasuah untuk menerima habuan serta sedekah seks. Kedua-dua mereka akan menghadapi perbicaraan mahkamah seksyen Ipoh pada 10 Februari 2009. Saya juga memaklumkan kepada DYMM Sultan, seandainya pertuduhan keatas mereka disabitkan oleh mahkamah sebagai bersalah, maka apa yang akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat ianya sebagai campurtangan istana dan ini akan mencemarkan imej serta kedaulatan istana.
9. Saya memaklumkan bahawa jika dibubarkan Dun Perak, seluruh institusi di Malaysia pasti akan memberi penghormatan tertinggi di mata rakyat jelata, bahkan masyarakat dalam dan luar negeri akan turun menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan DiRaja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh Umno sewaktu dibawah pemerintahan Dr. Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej yang baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.
10. Saya nyatakan secara verbatim, kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu mula menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku itu berjudul “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance”. Saya bacakan kepada Tuanku petikan ucapan Tuanku sendiri seperti yang terkandung didalam buku itu, yang berbunyi, “under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang Di Pertuan Agong would not withhold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal.”
11. Selepas saya bacakan ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkapan, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya nyatakan bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku didalamnya, adalah menjadi rujukan penghakiman semua Negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.
12. Saya mengingatkan kepada DYMM tuanku bahawa banyak Negara seperti Singapura, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi DiRaja, namun apabila keputusan istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan hasrat serta hak rakyat, maka kini institusi di Raja di negara-negara itu telah hilang.
13. Saya merayu dengan merujuk kepda ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar dimana ucapan Tuanku, Ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya, telah menitikberatkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Ucapan-ucapan tersebut telah disiarkan secara langsung oleh TV Bernama.
14. Akhirnya, saya dengan penuh rendah diri, dengan nama Allah, memohon kepada DYMM tuanku agar dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.
Sebaik saja habis saya menyebut perkara diatas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah” Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan.”
Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.
DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku dan beredar bersama Penasihat Undang-Undang Negeri.
Sumber Media Perak

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil