Followers

Sunday, October 12, 2008

lagi kenapa Najib tak boleh jadi PM..!!

sumber PerakExpress


4 comments:

kulatlapok said...

salam Ummi....

Sesorang mesti bawa hal ini diketengahkan kalau kita mahu melihat pemimpin yg bersih yg menjamin membela untuk rakyat Malaysia yg dicintai..

Anonymous said...

Mustahil ada surat mcm ni. Kalau hal ni btl2 t'jd, msg2 dpt duit. Takkan la nak buat surat kononnya dia jujur sgt. Kwn sama kwn buat deal, tentulah msg2 dpt 'mkn'.

Kalau org tu btl2 ada, tentu lps ni dia pun menyorok spt semua yg prnh buat dedahkan surat dlm internet. Maklumlah, dah dilatih begitu...

YG MEMBEZAKAN ANTARA MANUSIA DGN HAIWAN ADALAH AKAL. Jika anda manusia, sila buktikan dgn menggunakan akal dgn sebaik2nya spt yg dikehendaki Allah swt...

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam mr.kulat

demi menjaga dan menjamin nasib generasi akan dtg..kita kena memastikan pemimpin yg akan menjaga rakyat Malaysia adalah dari kalangan yg baik akhlaknya..kesian kat anak cucu kita kelak...wallahualam..

Anonymous October 13, 2008 9:38 AM

saya sebagai anak bekas tentera..sedikit sebnyak cerita dlaman ni tau la sikit2..

kalau mengikut kata org tua saya..perkara ni dah lama berlaku dlm unit tentera kita..tetapi yg menjalankan kerja2 yg tak bermoral ni adalah 'org awam' yg kebanyakkannya terdiri dari ahli politik...

keperluan tentera selalu dibeli tidak sesuai dgn kegunaan tentera kita..dah dibeli tapi tak boleh digunapakai..kan membazir duit rakyat namanya..

apa yg tertera dalam surat ini adalah salah satu bukti apa yg telah berlaku dlam tentera..sebenarnya bnyk lagi kejadian rasuah berlaku dlm pembelian kelengkapan utk tentera..cuma tak dihebohkan saje..

wallahualam..

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Apabila ternampak surat berunsur skandal rasuah pembelian Eurocopter KEMENTAH maka pehak yang bertanggungjawab terutamanya bahagian Logistik perlu bangun menjelaskan kepada umum tentang prosedur pembelian alat pertahanan negara

Nampaknya unsur rasuah adalah cerita lama di kementerian ini kekal dari dulu hingga sekarang, pehak logistik KEMENTAH mesti di pertanggungjawabkan sepenuhnya walaupun Timbalan Perdana Menteri Najib Razak di sebut sebagai orang yang terlibat

Lazimnya orang politik yang paling kenyang dengan pembelian alat kelengkapan ATM sementara orang tentera hanya dapat tempias sahaja, saya yang memahami dalam procedur urusan cara pembelian barang dalam ATM kerana di situlah tempat saya bekerja dahulu dan di situlah saya mendapat banyak maklumat,tapi tak boleh nak buat apa

Cara apa yang terdapat pada surat ini menunjukkan benar-benar berlaku muslihat dan unsur rasuah yang jelas sama seperti dahulu, sementara tentera hanya tahu pakai dan ada sahaja,apabila berlaku kerosakan maka di tuduh pula tentera tidak tahu menjaga, pada hal barang yang di beli tiada kualiti

Harga memang terlalu tinggi kerana orang ni dapat sikit, orang sana dapat sikit, bahagian tu dapat sikit, bahagian ni dapat sikit, orang atas tu dapat sikit dan orang atas ni dapat sikit, dan yang kenyang orang yang pegang kuasa MOU

Adapun cara pembelian yang di tetapkan ialah BARANG MAHU BAIK HARGA MAHU RENDAH, namun apa yang terjadi ? Barang harga tinggi dan berkualiti rendah, pehak pengguna (tentera) menjadi mangsa menggunakannya

Dalam tentera mereka tidak boleh buat apa-apa sebab nanti akan timbul banyak masalah, nanti kena tukar, nanti documen pribadi jadi hitam, nanti pangkat kena tahan, nanti macam-macam akan berlaku, dan ini jangan sesiapa yang hendak nafikan

Di sebabkan cerita ini adalah cerita lama maka nampaknya ia adalah kekal di amalkan sehingga sekarang, sebab apa ? BELAKANG ADA CERITA oleh yang demikian BPR kena siasat logistik KEMENTAH ini dan ambil tindakan, tak kira mereka ini siapa termasuklah menteri atau jendral-jendral yang berkaitan, termasuk juga kakitangan awam kat logistik KEMENTAH

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil