Followers

Sunday, October 12, 2008

Najib tak layak jadi PM..!!



Dikatakan semasa jadi Menteri Besar Pahang beliau bersahabat baik dengan seorang ahli perniagaan muda dari Pekan sehingga boleh duduk sekereta resmi dan selalu berulang alik ke Singapura memburu perempuan. Ahli perniaan ini sentiasa mendapat kawasan balak dan sentiasa mendapat maklumat di atas segala keputusan EXCO bersabit dengan perkara-perkara untuk mencari rezeki dari Kerajaan Negeri. Sekarang ini beliau telah kaya raya. Apa betulkah atau hanya satu fitnah?

Dalam tahun-tahun 84-85 Datuk Najib juga dikatakan pernah dijumpai di Singapura di tempat-tempat yang sulit bersama-sama seorang datuk bekas orang kuat Promet dengan artis-artis perempuan. Katanya membincangkan hal-hal pembangunan Wilayah Janda Baik, Bentong. Dari laporan yang dipercayai satu raket korupsi di belakang pembangunan Wilayah Janda Baik, Bentong telah berlaku. Cuba siasat siapakah orang-orang yang banyak memiliki tanah-tanah di Janda Baik.

Kononnya beliau juga dikatakan dalam tahun-tahun 84-85 telah mengadakan banyak perhubungan sulit (seks) dengan seorang kerabat diraja salah sebuah negeri di Semenanjung. Datuk Najib dikatakan pernah pergi ke rumah Tengku itu pada waktu malam dihantar oleh salah seorang bekas Setiausaha Sulitnya yang dibawa dari Kuala Lumpur. Perkara ini bukan rahsia lagi bagi penduduk Kuantan, tidak dihebohkan kerana melibatkan keluarga raja.

Kononnya cerita ini diceritakan sendiri oleh orang istana yang paling hampir dengan Tengku itu. Jika ini betul ia tidak patut berlaku atau dilakukan oleh seorang pemimpin yang menjadi ketua pemerintah negeri dan melibatkan pula kerabat di Raja. Inilah dikatakan orang harapkan pagar, pagar makan padi. Apa dihairankan, kebuasan nafsu Najib memang amat diketahui sejak belum menjadi Menteri Besar lagi. Hubungan sulit dengan perempuan-perempuan dari segala bangsa dan artis-artis tempatan adalah cakapan harian orang di Kuala Lumpur.

Dikatakan orang juga, amalan “corruption” (rasuah) sangat hebat berlaku semasa Encik Hamid menjadi P.A. Datuk Najib. Semasa Encik Hamid berhenti, satu sijil ‘fixed deposit’ sebanyak $500,000.00 telah dijumpai oleh isteri Encik Hamid yang sekarang sudah dicerai. Fixed deposit itu dijumpai dalam beg “james bond” Encik Hamid. Ini kalau kita fikir adakah wang Encik Hamid atau wang Datuk Najib. Encik Hamid pernah berkata, Datuk Najib tak pernah menukar ceknya untuk berbelanja di rumah atau lain-lainnya, kerana cash (wang tunai) banyak terlonggok di rumahnya.

Encik Hamid pernah berkata yang hal dan rahsia Datuk Najib semua dalam poketnya. Ini mungkin fitnah orang yang iri hati pada Encik Hamid kerana dia sangat dipercayai oleh Najib. Sabarlah…

Datuk Najib sentiasa menggunakan ketua-ketua pejabat dan agensi-agensi Kerajaan (berkanun) untuk mendapatkan wang. Alasan kononnya untuk ‘political fund’, seperti LKNP, LKPP, ASPA dan Syarikat Permodalan Pahang. Kegiatan-kegiatan agensi tersebut perlu disiasat, terutama LKPP atas hal jual dan beli ladang dan kilang-kilang. Bekas Pengurus Besar Syarikat Permodalan Pahang, yang sebelum itu hanya seorang guru biasa lulusan maktab, rumahnya macam istana, selalu berulang-alik ke Jakarta dan luar negeri bersama seorang pembantu wanitanya, kononnya isteri orang. Hubungan mereka berdua dikatakan sangat rapat. Kerja-kerja beliau dikatakan sentiasa mendapat restu dari Datuk Najib. Maklumlah mereka berdua ni dalam perahu yang sama. Apa sudah jadi dengan syarikat itu sekarang? Beratus juta duit rakyat Pahang lesap Syarikat terpaksa ditutup kerana bengkrap. Bossnya senang lenang. Najib patut bertanggungjawab.

Kononnya di Kuala Lumpur sentiasa mengadakan parti-parti sulit, mabok dengan perempuan-perempuan artis yang selalu ada bersama boss Promet itu dan yang ada hubungan perniagaan rapat dengan seorang peniaga Cina bersama Andrew Leong dari Syarikat Johan Holding.

Datuk Najib juga dikatakan kononnya telah bersekedudukan dengan seorang yang berasal dari Kementeian Kewangan yapng mana ada hubungan dengan kontrek pembelian computer yang berharga di antara 3-4 juta ringgit semasa beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan sebagai Timbalan Menteri.

Encik Hamid bekas PAnya itu adalah salah seorang orang suruhan Datuk Najib untuk mengutip wang-wang korupsi di sana sini, maka itulah Datuk Najib membawa Hamid dari Kementerian Kewangan yang berasal dari seorang Kerani sahaja ke Kuantan. Encik Hamid dikatakan banyak menyimpan rahsia Datuk Najib dan tahu banyak tentang projek-projek yang Najib ada berkepentingan.


sumber Perak Express

6 comments:

kulatlapok said...

salam Ummi....

Fuhh.. ni betul2 sensasi punya story..? Sapa berani mengesahkannya tu.. Kalau benar bagai dikata, memang tepat manusia ini TIDAK LAYAK menjadi PM kerana penglibatan KEIBLISANnya.........

Pewaris Melayu said...

fitnah..
sapa yang pembawa fitnah.. hancur lah dia diazab allah..

saya nak habaq.. tak payah la sampaikan berita macam ni Ummi.. Dah banyak ke pahala?

salam..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam semua..

kalau takde angin takkan pokok bergoyang...

kalau fitnah..kenalah Najib menafikan tuduhan2 ini...

wallahualam

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

kita kena mencari kebenaran kerana Najib bakal PM Malaysia..sanggupkah kita brPM kan manusia dari latar belakang yg begini...

kalau org yg berkelakuan camni bukan bakal PM ummi pun takmau saje2 tambah dosa..kena faham situasi

mn said...

Assalamualaikum,

Kalau camtu orang cam saya ni boleh jadi PM kot no?

Terima kasih kerana datang melawat blog 3rd class saya.

Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin.

Sukj
12.10.08

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam SUKJ..,

terima kasih sudi singgah..Selamat Hari Raya juga utk anda sekeluarga..

nak jadi PM semua org boleh..layak atau tak layak je jadi persoalannya..

blog 3rd class bukan kerana penulisan atau pendapat tuan punya blog sebagai ukuran saya meletak nilai ..itu mengikut kekerapan saya menjengah ke blog2 blogawan semua..namun blog anda memang berkualiti dan blog anda menjadi bacaan suami saya..

wallahualam

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil