"Lagi pun, satu kerusi tambahan, tidak memberikan kesan apa-apa," katanya kepada Malaysiakini.
Mahkamah Tinggi Alor Star hari ini membatalkan petisyen itu selepas keputusan mendadak calon BN itu.
Mengulas desas-desus wakil rakyat PKR kawasan itu Zulkifli Nordin akan menyertai Umno, Abdul Aziz berkata beliau tidak tahu tentang perkara tersebut.
"Tetapi saya juga ada mendengar khabar angin itu," katanya.
April lepas, Abdul Aziz menfailkan petisyen bantahan kepada Zulkifli atas alasan lawannya itu telah gagal mengemukakan kenyataan perbelanjaannya sewaktu kempen pilihanraya umum 2004.
Mengikut akta pilihanraya, setiap calon yang tidak mengemukakan kenyataan perbelanjaan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya seterusnya.
Pada 2004, Zulkifli bertanding kerusi parlimen Kuala Langat di Selangor tetapi kalah kepada calon BN dari Umno, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh.
Dalam petisyennya, Abdul Aziz juga mendakwa bahawa pegawai pengurus pilihanraya telah gagal bertindak terhadap Zulkifli walaupun mempunyai dokumen yang mengesahkan kegagalannya mengemukakan kenyataan perbelanjaannya.
ummi..,Tindakkan yang bijak..kalau pun tidak ditarikbalik...dan berpeluang diadakan pilihanraya kecil..rasa2nya belum tentu BN boleh dapat kerusi tu balik...
yg bestnya alasan beliau menarik balik petisyennya.."ingin memberikan lebih tumpuan kepada isu-isu ekonomi" dan "pilihanraya semula akan memakan banyak tenaga."
hahaha...macam tak yakin leh menang je bunyinya...ahaks2
wallahualam..









![[altantuya_logo2.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuVORg0WyoY7ynIzAUCvPofly-0dPaFcXRnZVmc_CkPaPH8vMAnpnx9uDWiVEO1ohrfPokVDn1f9zXP3fRrXV8Xe6H_liNpQzG1nKOF1FpGZz729cEQjj_mGlsiZV2fdBRteEr-gqGDWIs/s1600/altantuya_logo2.jpg)






