Followers

Sunday, January 11, 2009

undilah calon BN ...!!

10 DALIL MENGAPA WAN AHMAD FARID TIDAK BOLEH MENJADI YB KUALA TERENGGANU

1. Wan Farid adalah 'anjing suruhan' (running dog) Khairy Jamaluddin. Sebab itulah dia terlebih dahulu dilantik sebagai Setiausaha Politik Pak Lah supaya dia sebagai proksi Pak Lah, seperti yang disahkan oleh Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, dapat merobek dana negeri Terengganu.

2. Abang Wan Farid, Wan Hisham pula telah dilantik sebagai Exco Negeri Terengganu bagi Perlancongan untuk memastikan rakan perniagaan Khairy, Patrick Lim dapat memonopoli semua projek perlancongan di negeri Terengganu.

3. Wang Ehsan negeri Terengganu dari hasil Petroleum yang berjumlah berbilion ringgit tidak diagihkan kepada rakyat Terengganu tetapi disimpan oleh Si Pengkhianat Wan Farid untuk bosnya Pak Lah.

4. Dengan Wang Ehsan, Wan Farid, Wan Hisham, Khairy dan Patrick Lim telah membina 30 buah rumah dengan nilai RM 1 juta sebuah di sebuah pulau di Sungai Terengganu. Keuntungan Wan Farid dan gengnya bertambah berlipat kali ganda dengan penganjuran Monsoon Cup yang memakan belanja RM 300 Juta setahun.

5. Wan Farid bertanggung jawab dalam mengarahkan Polis bertindak ke atas rakyat Terengganu dalam‘Insiden 8 September Peristiwa Berdarah Batu Burok'. Wan Farid telah dilihat berada bersama Polis sebelum Polis bertindak ganas terhadap Rakyat.

6. Perlantikan Wan Farid adalah hadiah Pak Lah kepadanya kerana dia memainkan peranan dibawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan polis menembak rakyat.

7. Menteri Besar Terengganu Ahmad Said telah memaksa Kumpulan Giant, sebuah syarikat milik kaum Cina, untuk ‘menderma’ beberapa juta ringgit kepada 'Tabung Peperangan' Umno Terengganu sebagai syarat membuka perniagaan walaupun syarat yang sama tidak dikenakan kepada syarikat milik Melayu. Tindakan Ahamad Said ini yang bersifat perkauman sudah pasti akan menyebabkan pengundi Cina di Kuala Terengganu marah dan memberi undi mereka kepada PAS. Wan Farid telah kehilanggan lebih daripada 8,000 undi Cina kepada PAS sebelum bertanding.

8. Wan Farid yang merupakan proksi Pak Lah tidak disenangi oleh Menteri Besar Ahmad Said, mantan Menteri Besar Idris Jusoh and Najib Razak. Wan Farid pasti kalah disabotaj dari tiga penjuru.

9. Wan Farid terlibat langsung dalam penahanan YM Raja Petra, Sheik Kickdefella, YB Teresa Kok dan pemberita Sin Chew dibawah ISA.

10. Wan Farid telah bersifat biadap dengan memperlekeh dan mempersendakan Fatwa yang dikeluarkan oleh seorang tokoh Ulama yang disanjung dan dihormati bukan sahaja dikalangan orang Islam tetapi juga dikalangan orang bukan Islam.
Ulama yang saya maksudkan di sini adalah YAB Tok Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat.

sumber PKR Pahang

jom pakat undi BN..!!

ummi nak berehat sementara waktu mengutuk si Israel laknatullah..

sekarang time ummi nak jenguk PRK Kuala Terengganu..apa cite sekarang ekk...intai sana intai sini..ada cerita pasal mat kotak(Mat Ezam) dah ada di sana..dia dah keluar dari kotaknya..tak laku2 lagi ke kotak hang Mat Ezam..?

bersemangat betol Mat Ezam berceramah..tapi sayang hang jejak aje kaki ke Kuala Terengganu maka mencerahkan lagi kekalahan BN...tak caya..kita lihat.. sapa yang kenaaa...!!

Najib pulak sibuk warning pengundi cina jangan termakan gula-gula parti luar...parti luar mana..?? ooo..selain parti BN tu kira parti luar rupanya...
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan masyarakat Cina di kawasan Parlimen Kuala Terengganu agar tidak terpengaruh dengan 'gula-gula' parti politik luar yang hanya datang menunjukkan muka di musim kempen pilihan raya ini.

uikk...Najib merapu meraban lagi...sapa yang suka bagi gula-gula kat pengundi selama ini..bukan BN ke...? gula-gula projek...gula-gula rasuah..gula-gula hiburan....cuma gula-gula getah aje BN tak kasi...
''Tak payahlah orang lain nak gula-gulakan satu dua hari ini. Tapi bila puak satu lagi perintah masa tahun 1999, mereka tak bagi tempat pun kepada kaum Cina.

''Hanya BN sahaja yang berikan. Waktu pilihan raya ini ada orang datang bagi buah limau tapi janganlah kita terpedaya, tertipu kerana inilah mainan politik parti lawan sedangkan selepas pilihan raya, kita sendiri yang perlu jalani kehidupan," katanya.
iya betol kata Najib...jangan terpedaya..jangan tertipu dengan kata2 manis BN itu...warga Kuala Terengganu yang akan menjalani kehidupan..BN ibarat habis madu sepah dibuang...!! jaga-jaga..

Najib berkata, sejak daripada seseorang itu “lahir sehingga ke liang lahad”, kerajaan BN menjadi pembela rakyat.

“Di Malaysia daripada kita lahir sampai masuk ke liang lahad boleh dikatakan setiap detik dalam kehidupan kita banyak pertolongan dan bantuan yang diberi kerajaan,” katanya
uishh...takburnya Najib...!! memang BN banyak bagi pertolongan..pertolongan cepat ke liang lahad...buat perumahan di lereng2 bukit...rakyat beli lepas tu runtuh...

ni ada surat untuk pengundi Kuala Terengganu dari warga Bukit Antarabangsa...baca jangan tak baca..!!

menolong mempercepatkan anak2 remaja melahirkan anak sebelum nikah...memang semua itu bantuan dari kerajaan BN..terima kasih dan tahniah buat kerajaan BN..

UNDILAH BN...!!

kalau nak hancusss....

BloggersNetwork@Malaysia bersama Husam Musa...



Satu wawancara Khas telah diadakan oleh para bloggers dengan Exco Kerajan Negeri YB.Dato Husam Musa yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan.Pelbagi isu dan soalan berkaitan dengan Rakyat,Negeri,dan Kerajaan Pakatan Rakyat diajukan.Didalam Wawancara ini juga Dato Husam telah merasmikan Konvensyen BloggersNetwork@Malaysia yang buat pertama kali diadakan di Pasir Puteh Kelantan.

Didalam Wawancara itu YB.Dato Husam yang mewakili Kerajaan Negeri menyokong dengan sepenuhnya penubuhan BloggerNetwork@Malaysia ini.Pihak Kerajaan Negeri juga akan memberikan Sokongan penuh dan juga akan menyalurkan Maklumat kepada Rakyat melalui BloggersNetwork@Malaysia dengan lebih terperinci.





sumber sya-reformis

Saturday, January 10, 2009

kutukan ku untukmu ISRAEL.....!!

CELAKA ISRAEL....!!
kau kumpul orang Palestin dalam satu rumah..lepas tu bedil....CELAKA kau..!!

baca sini


SIAL KAU ISRAEL...!!
kau bunuh pekerja PBB kerana kau nak halang bantuan maknan kepada penduduk Gaza....SIAL kau...!!!

baca sini

SETAN KAU ISRAEL....!!
PBB dah arahkan genjatan senjata..tapi kau makin menjadi2 membedil rakyat Palestin...SETAN kau..!!

baca sini

LAKNAT KAU ISRAEL..!!
dah kau tembak baru nak ngaku tersilap..kau memang LAKNAT....!!

baca sini

HARAM JADAH KAU ISRAEL...!!

sesuka hati sesedap rasa kau bedil masjid alasan itu tempat sebagai pusat keganasan....HARAM JADAH kau..!!

baca sini


kau tak renti2 bedil rakyat Palestin...tak kira tua...muda..kanak2..bayi...wanita..lelaki...
aku pon rasa tak nak berenti membedil kau dengan kutukan...laknatan...makian..itu yang selayak utk bangsa kau ISRAEL LAKNATULLAH...!!

Image
ISRAEL TERUS MENGGANAS... Kekejaman Israel terus memuncak apabila
serangan udara yang dilancarkan sejak minggu lalu mengorbankan lebih
ramai orang awam dan kanak-kanak tidak berdosa. Dalam serangan terbaru
Israel di bandar Gaza semalam, seorang komander Hamas, nizar rayyan
bersama empat isteri dan lapan anak mereka terkorban (gambar kanan).

BERJIHAD dengan memboikot produk israel laknatullah..!!

ummi ada terbaca satu artikel mengenai hukum urusan jual beli dengan yahudi di Tranungkite..korang baca kat sini disebabkan huraiannya panjang sangat.. jadi ummi buh sikit aje la..nak baca habis gi masuk tranungkite...
Hukum Urusniaga dengan yahudi..HARUS??

a) Allah SWT menghalalkan umat Islam memakan sembelihan ahli kitab yang di antara mereka adalah Yahudi. Ini bermakna berurusan dengan Yahudi dan barangan yang dihasilkannya selagi menepati kehendak Allah adalah diharuskan.

b) Allah SWT juga menghalalkan lelaki Islam untuk berkahwin dengan wanita Ahli Kitab yang suci dan baik dengan syarat ia bertujuan kebaikan kepada wanita tersebut. Perihal halal berkahwin dan makan sembelihan ahli Kitab termasuk Yahudi ini disebut dengan jelas dalam ayat berikut : -

الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلُّ لَّهُمْ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ وَلاَ مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ

Ertinya : "Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik.." ( Al-Maidah : 5 ) Jika perkahwinan dibenarkan, sudah tentu jual beli lebih lagi akan termasuk dalam kategori dibenarkan oleh Islam (selagi mana menurut syarat jual beli Islam).


c) Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ
Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)


Hukum asal ini(HARUS) hanya akan bertukar kepada HARAM berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-

- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam. Ia adalah kerana Allah SWT memerintahkan umat Islam agar mentaati pemerintah dalam hal ehwal yang tidak bercanggah dengan Islam. Peirntah ini tercatat di dalam Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam tindakan Khalifah Umar al-Khattab yang mengarahkan seorang sahabat agar menceraikan isterinya dari kalangan Ahli Kitab dari negara Rome atas dasar 'maslahat' iaitu untuk menjaga kepentingan wanita Muslimat di ketika itu.

‏قوله : ( باب الشراء والبيع مع المشركين وأهل الحرب ) ‏
‏قال ابن بطال : معاملة الكفار جائزة , إلا بيع ما يستعين به أهل الحرب على المسلمين .
Berkata Ibn Bathol: Muamalah dengan Kuffar adalah dibenarkan kecuali apa-apa jual beli yang membantu baginya Musuh Islam memerangi umat Islam.

Jelas sekali pandangan Ibn Hajar ini tidak membenarkan muamalah dengan musuh Islam sekiranya memperkuatkan mereka memerangi umat Islam.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyatakan bahawa boikot seperti ini adalah bertujuan memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam. Ia juga dijangka dapat memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada negara mereka sekaligus membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan kejahatan dan serangan terhadap Islam.
kita lihat pulak salah satu pengomen tentang artikel di atas...pengomen ni dari warga Indonesia

Boikot Produk Amerika-Zionist

McDonald's, KFC, A&W, dan produk lainnya masih tenang mengeruk uang rakyat Indonesia. Bagaimana di negara lain?

Para ulama Hamas, Al Ikhwanul Muslimin dan berbagai organisasi perjuangan Muslimin di Timur Tengah telah menyerukan boikot terhadap produk-produk yang mendukung negara Zionis Israel. Syeikh Yusuf Qardhawi telah mengeluarkan fatwa yang sangat rinci mengenai seruan ini.

Qardhawi mengatakan, haram hukumnya ummat Islam membeli produk dan barang dagangan Yahudi dan Amerika, dan menganggapnya itu sebagai salah satu dosa besar. Dia menambahkan, bahwa jihad sekarang ini hukum fardhu `ain (wajib) karena Yahudi menghalalkan segala apa yang diharamkan dan tidak mengindahkan norma-norma moral dan nilai-nilai kemanusiaan serta hukuman internasional.

Produk-produk Amerika perlu diboikot, karena negara ini ikut membiayai negara Israel, berupa bantuan keuangan tiap tahun. Bahkan sebagian anggota Kongres Amerika kini sedang berusaha agar Presiden George W Bush menaikkan bantuan kepada Israel. Program bantuan luar negeri tahun 2002 yang telah disetujui Presiden Bush adalah US$ 2,04 miliar untuk bantuan militer dan US$ 730 juta bantuan keuangan, adalah hampir 20% dari total bantuan luar negeri Amerika ke seluruh dunia.

Bentuk gerakan boikot yang paling sederhana adalah dengan tidak membeli produk-produk buatan Amerika dan Israel, atau produk dari negara manapun yang berhubungan baik dengan Israel. Hubungan itu bisa berbentuk kerja sama dagang, investasi, maupun pengembangan produk. Setiap Muslim bisa menahan diri untuk tidak membeli kebutuhan sehari-hari berupa makanan, minuman, atau pakaian yang bertanda "made in Israel" atau "made in USA" atau merek-merek yang memang dikenal berasal dari jaringan kedua negara itu.

Misalnya, boikot terhadap perusahaan retail multinasional Marks & Spencer, asal Inggris, segera terjadi begitu perusahaan itu diketahui melakukan perdagangan dalam jumlah yang sangat besar dengan Israel. M&S juga secara sengaja mempromosikan perdagangan antara Inggris dan Israel. Bahkan di markasnya di London, secara terang-terangan M&S mengumumkan bahwa sebagian besar keuntungan yang didapat dari ribuan outletnya di seluruh dunia pada hari Sabtu Minggu, akan disumbangkan bagi Israel.

Philip Morris, pabrik rokok terbesar di Amerika juga melakukan hal yang sama. CIA, Badan Intelejen Pusat Amerika Serikat berhasil mengungkap bahwa Philip Morris menyumbangkan 12% dari keuntungan bersihnya ke Israel. Jumlah perokok di seluruh dunia mencapai angka 1,15 milyar orang, 400 juta diantaranya adalah perokok Muslim, berarti 35% dari jumlah perokok dunia. Laba yang diraih oleh produsen rokok bermerek Marlboro, Merit, Benson, L&M itu setiap bungkusnya mencapai 10%.

Amerika menjadi sasaran boikot, juga karena negara itu secara `istiqamah' menjalankan kebijakan membantu Israel mati-matian. Baik dari segi keuangan, militer, politik dan lain-lain. Boikot ini bisa dilakukan dengan tidak membeli produk-produk dari restoran fast-food Amerika yang memang terkenal di seluruh dunia. Misalnya McDonald's, Kentucky Fried Chicken, A&W dan lain-lain. Tingkat efektivitas boikot seperti ini baru akan terasa bila dilakuan selama beberapa tahun, dan tersedia cukup alternatif agar orang tak mudah tergoda untuk membeli produk-produk Amerika itu.

Ada beberapa keberhasilan yang dicatat. Supermarket Sainsbury's asal Inggris terpaksa menutup semua outletnya di Mesir, sesudah beberapa bulan diboikot, meskipun perusahaan itu membantah bahwa mereka didukung negara Zionis.

Maskapai penerbangan American Airlines yang hendak mengambil alih TWA (Trans World America) disarankan untuk menutup jalur penerbangannya ke Tel Aviv, meskipun jalur itu termasuk jalur yang laris. Lobi Zionis meyakini hal itu disebabkan meluasnya gerakan boikot terhadap semua perusahaan Amerika yang berhubungan dengan Israel.


kalau kita lihat pada pemerintah negara kita ni..payah la kalau nak sarankan rakyat ni memboikot produk israel laknatullah..sedangkan hukum hudud pon depa kata payah nak laksanakan...apatah lagi bab yg bersangkutan dgn keuntungan yg boleh masuk poket depa...

sekarang kita berharap sangat pemerintah negara ini mengishtiharkan JIHAD dengan memboikot produk si haram jadah....kita tak mengharamkan makanan di KFC..McD dan sebagainya..cuma kita boikot supaya si haram jadah tu tidak dapat menambah sumber kewangan dorang...kita mahu lumpuhkan ekonomi mereka dengan memboikot barangan dorang..masalahnya sekarang..kerajaan Malaysia berani ke..??

kita tak mampu nak ke Palestin untuk berjihad..cukuplah berjihad yang sedikit ini...takkan itu pon kita tak mampu nk buat..?? takkan iman kita selemah itu..kalah dengan produk2 si haram jadah...

pagi ini dapat sms dari seorang sahabat ummi..smsnya berbunyi...

"Pemimpin Hizbullah Libanon,Syed Hasan Nasrallah meminta seluruh muslim untuk melafazkan Quran,surah Al-Fath ayat 26-27,surah Yunus ayat 85,86 & 88..mlm ini.Tlg sebarkan,agar Israel hancur...fwd slruh umat Islam..Dsana sdra seagama telah di kepong tunggu masa tu d sembelih..Keadaan amat dahsyat..tu saja jihad kita -mntk tlg sgt2 kpd sahabat2 sebarkan seramai mngkn..."

Friday, January 09, 2009

ayuh kita solat hajat sampai israel lanatullah hancur..!!

ImageMenteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat membakar replika patung George W Bush dan Presiden Israel, Shimon Peres serta bendera Amerika Syarikat dan Israel dalam demonstrasi secara aman membantah kekejaman rejim haram Yahudi terhadap penduduk Islam di Palestin.

Sementara itu, ribuan umat Islam mengerjakan solat hajat di Masjid Muhammadi selepas menunaikan solat Jumaat memohon keselamatan kepada umat Islam di Palestin.

Selepas itu mereka memijak gambar Bush dan Shimon beramai-ramai, yang diletak di pintu masjid masjid.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan orang ramai memijak gambar kedua-dua pemimpin yang diletak di atas jalan. Demonstrasi itu dianjurkan Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri diadakan sebaik sahaja selesai kuliah mingguan Menteri Besar di Medan Ilmu.Image

Kebencian orang ramai begitu membuak terhadap kekejaman Yahudi yang merantah tubuh-tubuh tidak berdosa di Palestin melalui serangan tidak berperikemannusiaan, dilancarkan tentera Israel sejak akhir Disember lalu.

Demonstrasi itu diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut sama disertai timbalannya, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud; Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim dan anggota Exco, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.

ummi...

aku cukup geram kalau dengar cerita pasal palestin di tv...aku tak sanggup nak tengok bila pemberita laporkan kebanyakkan mangsa adalah budak2 dan wanita..yg dibom adalah penempatan awam...

aku percaya israel si haram jadah tu mesti menggunakan peralatan yg paling canggih dalam dunia ni...takkan tak boleh trace penempatan awam atau kubu hamas...tang sini terbitnya kezaliman yg terlampau israel laknatullah...

ayuh semua umat Islam...jangan kita berhenti membuat solat hajat untuk rakyat Palestin...jadikan ianya progarm mingguan kalau boleh harian sehingga israel haram jadah laknatullah tu hancurrr....!!!

Pak Lah pelik dgn Farid...aku lagi pelik tengok Pak Lah..!!

http://bincang.com.my/wp-content/uploads/2007/06/pak-lah.jpg

semalam ummi dapat sms dari si matcomot yang mengembirakan..sms dia berbunyi begini...

"aku kt k.trg dgn puak sb.kita menang dah 80%.Farid bnyk mslh.gerak gempur ambik duit lari.hahaha"

masa dapat sms ni ummi memang dah jangka dah..pasal banyak sangat cerita yg tak best tentang calon BN ni...menguatkan lagi keyakinan ummi tentang akan kemenangan calon PAS bila keluar pulak kenyataan dari Pok Lah sendiri...

Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau pelik kerana orang Umno yang lebih banyak bercakap mengenai yang tidak elok terhadap calon BN bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berbanding dengan pihak pembangkang.

Abdullah berkata, beliau tidak tahu yang calon BN bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu, sombong.

“Orang kata dia sombong, saya tidak tahu. Kalau saya tahu dia sombong, saya tidak ambil dia jadi setiausaha politik saya,” katanya.

Beliau menegaskan demikian di majlis bersama pemimpin Wanita Umno di Kuala Terengganu malam tadi.
baca selanjutnya kat sini --> Malaysiakini

heran ke tak heran kalau Pok Lah kata'pelik' kat calon pilihannya sendiri..?? maka Farid ni setiausaha politik Pok Lah lagi tu...ummi lagi pelik tengok Pok Lah dari si Farid ni...

ishh...ishh..ishh...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil