Followers

Sunday, January 11, 2009

jom pakat undi BN..!!

ummi nak berehat sementara waktu mengutuk si Israel laknatullah..

sekarang time ummi nak jenguk PRK Kuala Terengganu..apa cite sekarang ekk...intai sana intai sini..ada cerita pasal mat kotak(Mat Ezam) dah ada di sana..dia dah keluar dari kotaknya..tak laku2 lagi ke kotak hang Mat Ezam..?

bersemangat betol Mat Ezam berceramah..tapi sayang hang jejak aje kaki ke Kuala Terengganu maka mencerahkan lagi kekalahan BN...tak caya..kita lihat.. sapa yang kenaaa...!!

Najib pulak sibuk warning pengundi cina jangan termakan gula-gula parti luar...parti luar mana..?? ooo..selain parti BN tu kira parti luar rupanya...
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan masyarakat Cina di kawasan Parlimen Kuala Terengganu agar tidak terpengaruh dengan 'gula-gula' parti politik luar yang hanya datang menunjukkan muka di musim kempen pilihan raya ini.

uikk...Najib merapu meraban lagi...sapa yang suka bagi gula-gula kat pengundi selama ini..bukan BN ke...? gula-gula projek...gula-gula rasuah..gula-gula hiburan....cuma gula-gula getah aje BN tak kasi...
''Tak payahlah orang lain nak gula-gulakan satu dua hari ini. Tapi bila puak satu lagi perintah masa tahun 1999, mereka tak bagi tempat pun kepada kaum Cina.

''Hanya BN sahaja yang berikan. Waktu pilihan raya ini ada orang datang bagi buah limau tapi janganlah kita terpedaya, tertipu kerana inilah mainan politik parti lawan sedangkan selepas pilihan raya, kita sendiri yang perlu jalani kehidupan," katanya.
iya betol kata Najib...jangan terpedaya..jangan tertipu dengan kata2 manis BN itu...warga Kuala Terengganu yang akan menjalani kehidupan..BN ibarat habis madu sepah dibuang...!! jaga-jaga..

Najib berkata, sejak daripada seseorang itu “lahir sehingga ke liang lahad”, kerajaan BN menjadi pembela rakyat.

“Di Malaysia daripada kita lahir sampai masuk ke liang lahad boleh dikatakan setiap detik dalam kehidupan kita banyak pertolongan dan bantuan yang diberi kerajaan,” katanya
uishh...takburnya Najib...!! memang BN banyak bagi pertolongan..pertolongan cepat ke liang lahad...buat perumahan di lereng2 bukit...rakyat beli lepas tu runtuh...

ni ada surat untuk pengundi Kuala Terengganu dari warga Bukit Antarabangsa...baca jangan tak baca..!!

menolong mempercepatkan anak2 remaja melahirkan anak sebelum nikah...memang semua itu bantuan dari kerajaan BN..terima kasih dan tahniah buat kerajaan BN..

UNDILAH BN...!!

kalau nak hancusss....

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil