Followers

Friday, January 09, 2009

Pak Lah pelik dgn Farid...aku lagi pelik tengok Pak Lah..!!

http://bincang.com.my/wp-content/uploads/2007/06/pak-lah.jpg

semalam ummi dapat sms dari si matcomot yang mengembirakan..sms dia berbunyi begini...

"aku kt k.trg dgn puak sb.kita menang dah 80%.Farid bnyk mslh.gerak gempur ambik duit lari.hahaha"

masa dapat sms ni ummi memang dah jangka dah..pasal banyak sangat cerita yg tak best tentang calon BN ni...menguatkan lagi keyakinan ummi tentang akan kemenangan calon PAS bila keluar pulak kenyataan dari Pok Lah sendiri...

Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau pelik kerana orang Umno yang lebih banyak bercakap mengenai yang tidak elok terhadap calon BN bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berbanding dengan pihak pembangkang.

Abdullah berkata, beliau tidak tahu yang calon BN bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu, sombong.

“Orang kata dia sombong, saya tidak tahu. Kalau saya tahu dia sombong, saya tidak ambil dia jadi setiausaha politik saya,” katanya.

Beliau menegaskan demikian di majlis bersama pemimpin Wanita Umno di Kuala Terengganu malam tadi.
baca selanjutnya kat sini --> Malaysiakini

heran ke tak heran kalau Pok Lah kata'pelik' kat calon pilihannya sendiri..?? maka Farid ni setiausaha politik Pok Lah lagi tu...ummi lagi pelik tengok Pok Lah dari si Farid ni...

ishh...ishh..ishh...

6 comments:

Tambak Bunga said...

ummi,
pak lah tu mamai dah agaknya.
kemaruk nak kekalkan proksi kat dalam kabinet.
dam tempoh 3 bulan nie dok target nak sapu abih apa yang ada.

Anak Jati Kedah

Suhaimi Said said...

Ummi, hari ni aku berada dua tiga buah rumah dari rumah Wan Farid. Aku tanya dia tentang Wan Farid.

Dia jawab Wan Farid ni orang kaya, kalau dia kenduri, tak pernah jemput kami-kami ni.

Wan Farid ni adalah Burung Pitawali. Tahu apa burung pitawali?

Kalau tau, tu lah dia Wan Farid. Kalau tak tau gi selongkar lagi character burung tu. Nanti bila dapat tau, senyum-senyumlah sendiri!

muraisenja said...

mmg pelik.... setiausaha sendiri pun x tahu macam mana perangai.... main amik gitu jer ker..... tapis-tapis ler dulu.... pelik tapi benar... jangan biarkan diri anda diselubungi kepelikan yg pelik-pelik....

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam tambak bunga..

dia baru nak jaga dari tido..tu pasai baru la perasan SetPol dia bnyak problem..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam suhaimi said..

burung pitawali tak kenai...sapa boleh cerita camana karakter burung tu..tapi kalau dari cerita kelaku Wan Farid ni dengan jiran2 dia..nampak gaya boleh agak la macamana jenis manusia yg bernama Wan Farid ni..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam muraisenja..Pak Lah baru terjaga dari lena..hehe

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil