Followers

Sunday, February 15, 2009

ada hati nak Nizar dibuang daerah...pirraahhh

Jika Nizar menderhaka kepada Sultan Perak, beliau perlu dibuang negeri dan beliau tidak layak tinggal di Perak kerana Perak adalah negeri yang beraja. Mungkin beliau boleh ke negeri-negeri yang mana Raja Negeri berkenaan mahu menerima beliau atau ke negeri yang tidak mempunyai raja seperti Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka.setuju dengan pindaan..... kerajaan Malaysia kenalah membuang mereka2 yang terlebih dahulu telah menderhaka kepada raja2 melayu di Malaysia ini..


kata2 ini lantang keluar dari mulut2 pimpinan dan ahli2 UMNO/BN...senang sungguh menjatuhkan hukum untuk buang daerah dan menggunakan akta ISA...kalau nak juga Nizar dibuang daerah atau ditahan..maka jangan lupa mereka2 yang pernah menghina dan menderhaka kepada sultan dan raja sebelum ini.....

meh...baca kat bawah ni...

Mingguan Malaysia, 11 November 1991
1. UMNO pernah meminta disiasat Harta Raja-raja.
















Berita Harian 1993
2. Shahidan yang pernah dakwa tahu asal-usul Raja & sedia mendedahkan bukti takhta Sultan Kelantan masa tu.




3. 4 Resolusi mengenai Istana yang telah dikemukakan oleh UMNO Selangor iaitu a) Tubuh satu jawatankuasa siasat harta/projek/tanah yang diluluskan kepada Raja secara langsung @ 'kopitian cina'.





5. Tuanku pernah tengok memorandum di atas tak? carilah tuanku yek? Patik pun pinjam kat otai pencinta sejarah, dia kerabat juga Tuanku, tapi digulingkan British sebab Datuk Nenek dia melawan British lalu Selangor diperintah keturunan yang lain yang tunduk dengan British Tuanku. ~Labun Kulup Sakah

6. Paling kesian mantan Yam Tuan Negeri Sembilan. Allahyarham Tuanku Jaafar yang disaman bank Standard Chartered sebanyak RM1 juta. Ini boleh dianggap derhaka dan UMNO tidak berbuat apa-apa untuk membantu Allahyarham Tuanku Jaafar. Tok nak peringatkan orang Melayu semua jangan simpan duit kat bank penderhaka ini. biar terlingkup habis
bank ini.

7. Di
Terengganu, penyokong Idris Jusoh berang dan melakukan demo yang terpapar kami mahukan Deris, "natang" (binatang). Kata-kata kesat itu ditujukan kepada penghulu Raja-Raja Melayu tak lain dan tak bukan Sultan Mizan yang juga Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Bukankah ini juga derhaka kelas yang tertinggi.


8. Anuar Musa ketika jadi timbalan pengerusi perhubungan UMNO Kelantan pernah menabalkan sendiri sepupu Sultan Kelantan sebagai Sultan Kelantan sedangkan Sultan Kelantan masih lagi bersemayam di istana. Pada 29 April 1993, Anuar ketika itu sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan menabal Tengku Ibrahim Petra di majlis pemasyhuran Anugerah Kecemerlangan Indera Petra. Tengku Ibrahim pula disebutnya sebagai orang yang paling layak menduduki takhta kesultanan Kelantan disambut kira-kira 4000 orang penyokong UMNO di padang sebuah sekolah di Ketereh.



9. Satu Malaya tahu Mat Taib@Mat Tyson, bekas MB Selangor larikan Ku Yah (adik Sultan Selangor sekarang) ke Siam dan berkahwin di sana. Punyalah samseng Ketua Penerangan UMNO sekarang, tak lain tak bukan Mat Tyson. tapi heran kenapa Sultan Selangor tak tarik balik pingat kebesarannya dan usir keluar Mat Tyson dari Selangor. Melarikan adik Sultan dah kira tahap derhaka paling teratas dan sukar dimaafkan.

“Mereka tidak hormat kuasa dan budi bicara yang ada pada raja. Kita tidak boleh melampaui batas Perlembagaan kerana kekebalan raja termaktub dalam Perlembagaan,” kata mat tyson baru2 ni....

citt bercakap macam tak pernah buat salah dengan raja2..pirraahhhh


10. Jangan dilupakan bagaimana UMNO merobek kekebalan Raja-raja Melayu suatu ketika dulu ....
tunjuk perasaan ahli UMNO apabila Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengkudungkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993 diluluskan.

(tahniah dan terima kasih tidak terhingga, Tun! dan terima kasih tidak terhingga kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba yang mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.

11. MB UMNO PERAK sebenarnya lebih dahulu adalah PENDERHAKA



(Petikan & gambar ehsan & diubahsuai dari kulupsakah.blogspot.com & perisik-rakyat.com&kerbaubersuara)

ni nak tanya..depa2 yang diatas ni taknak kasi buang daerah sama ka...masuk ISA ka...?? kalau hangpa kata depa patut kena..so baru lah Nizar pun boleh kena..kalau tak boleh..maka Nizar pun tak boleh kena...adil la kan...!! jangan dok nampak kuman kat seberang laut aje....bapak gajah depan mata tak nampak...

ada sapa2 nak komen..??? (soalan khas buat UMNO/BN)

semua yg ditahan bebas..

Baru je selesai semua urusan yang sepatutnya dengan pihak polis.4 sahabat reformis telah dibebaskan dengan jaminan polis.Sekarang berada di bandar Kuala Kangsar dengan semua yang terlibat tadi dok layan bihun sup.

caiyo...!!!

sumber perisikrakyat


Kesemua mereka yang ditahan didakwa dibawah akta mesin cetak dan dibebaskan dengan jaminan polis. Keempat-empat mereka diperintahkan hadir kebalai polis Kuala Kangsar pada 2 March 2009.-ABO


ummi...

Alhamdulillah..semuanya selamat...korang makan bihun sup tu..jangan lupa bungkuskan untuk ummi sekali tauuu....

selamat kembali....!!

masanya tolak UMNO/BN....

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg
-bicara tok iskandar


Tok baru je belek sepintas lalu media-media totok UMNO,nampak tajuk utama Pakatan Rakyat berpecah! Dalam agensi berita nasional,Bernama yang dikuasai Anuar Zaini juga melaporkan krisis dalaman Pakatan Rakyat.

Jahat dan licik sungguh si Anuar Zaini ni,eloklah kalau penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang meniaga di pasar,mini market dan bisnes sendiri bila jumpa manusia bernama Anuar Zaini ni,korang bagi dia harga yang mahal-mahal sebagai upah kepada Bapa Peruntuh Demokrasi di Perak.Gelaran tu kau kena kongsi dengan Najib dan Zahid.

Realitinya,UMNO-BN semakin ditolak rakyat,kaum India memang dah lama makan hati dengan sikap angkuh UMNO-BN ini.Banyak isu melibatkan kaum India seperti HINDRAF,Kugan dan macam-macam lagi yang tak diambil peduli oleh UMNO-BN.Kalau MIC bijak,eloklah bawak 3 MP korang tu join Pakatan Rakyat.

Kaum Cina lebih 90% pengundinya menolak UMNO-BN ketika PRU12 dan PRK Permatang Pauh.PRK Kuala Terengganu tak boleh dijadikan uguran kerana kapasiti mereka sebagai minoriti serta berdepan dengan tekanan kerajaan negeri Terengganu yang dikuasai UMNO.

Kaum Melayu pula berbelah-bahagi tetapi senario politik mutakhir seperti rampasan kuasa di Perak oleh UMNO-BN menjadi penanda aras kebangkitan Melayu menolak UMNO-BN.Tidak ramai Melayu yang tahu UMNO-BN telah merampas 1 juta hektar tanah rizab Melayu atas alasan pembangunan.Bela Melayu hanyalah pembohongan besar UMNO yang dibuat untuk mendapatkan undi mereka.

Melayu sekarang bukan bodoh.....Kenaikan harga barang runcit,PLUS pula menambah beban rakyat dengan pengumuman kenaikan tol sebanyak 5% dan gula pula naik 20 sen sekilo.

Apa yang najib buat untuk memulihkan ekonomi negara.Beli 3 DUN Pakatan Rakyat lompat parti retilah dia.Ketika ini 10 ribu orang menganggur.pelabur asing ramai yang berkira-kira nak tutup kilang.Prestasi najib sebagai menteri kewangan lebih teruk daripada Pak Lah.Eloklah dia dipecat atau dipotong gaji seperti yang dicadangkan oleh MTUC.Cadangan potongan gaji ke atas menteri kabinet dibuat MTUC baru-baru ini jika ekonomi masih meleset.

Earl Longford ke 7,seorang bangsawan politik terkenal di England pernah berkata,hanya ikan-ikan yang mati mengikut arus sungai.

Siapa nak jadi ikan mati boleh join UMNO-BN.Ingatlah semua Pakatan Rakyat adalah alternatif terbaik buat rakyat Malaysia untuk menumbangkan rejim UMNO-BN yang memerintah negara melalui kaedah penipuan,ugutan dan jual beli.

Tok nak peringatkan kepada MB Pakatan Rakyat yang lain agar mencontohi tindakan terbaru kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap little napolean dalam jentera kerajaannya.Mereka inilah ibarat duri dalam daging dan musuh dalam selimut.Jangan dibiarkan mereka bermaharajalela serta merosakkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

2 bloggersnetwork@Perak ditahan...

Dua member Bloggers Network adalah diantara yang ditahan di Kuala Kangsar tadi kerana mengedar risalah.

Mereka ialah Alfa Berlian dan Bikir Perak. Seorang lagi wanita yang ditahan ialah Ketua Wanita PKR Bahagian Kuala Kangsar, Puan Rosmina Hamdan dan Meor Johari bin Meor Abu Bakar, Bekas Ketua AMK Bahagian Kuala Kangsar.

Sya-reformis dan Perisik Rakyat kini berada di Balai Polis Kuala Kangsar untuk mendapatkan berita lanjut.

Dari kiri: Meor Johari, Alfa Berlian dan Sya-reformis

Dari kiri: Meor Johari, Alfa Berlian dan Sya-reformis

dari kiri: Sya, Rosmina dan Bikir Perak diBalai Polis Kuala Kangsar

From: Topengperak_Xinwugi(R) <poji2ya@gmail.com>
Date: Sun, 15 Feb 2009 14:37:13 +0800

Aku dekat IPD Kuala Kangsar mai jengok geng kita yang kena tahan pagi tadi.

Semua sekali yang kena tahan 4 orang. 2 lelaki (blogger Alfa Berlian &
blogger Bikir Perak) dan 2 wanita (ketua wanita PKR Kuala Kangsar -
Rosmina bt Hamdan & ahli PKR - Norbariah bt Mohd Ali).

Buat masa ni 2 wanita PKR baru je lepas beri kenyataan & tengah tunggu
sessi soal-siasat dengan OCPD pulak.

2 blogger yang kena tahan pulak masih dalam bilik tengah bagi
kenyataan pada pihak polis.

Untuk laporan seterusnya sila layari blog matsamankati di link -
http://bloggersnetworkmalaysia.com/.


ummi...

kepada alfa_berlian dan kak bikir_perak...kami sentiasa menyokong anda...

Lawan Tetap Lawan...!!

Fakta atau Auta..??


Pelacur? Ni ha pelacur yang melacur sampai hampir binasa orang-orang Melayu: Bukan setakat tanah sahaja yang telah diberikan kepada tauke-tauke Cina oleh Umno demi mengambil hati kaum itu (termasuk 22,000 ekar - ya! dua puluh dua ribu ekar - tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung; 5,000 ekar di Bruas; 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR); 12,000 ekar kepada semua petani Cina di Coldstream, Bikam, Bidor; 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong - sekarang milik YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! - dan banyak lagi jumlah yang kecil di seluruh negeri Perak) dan tak pernah didengar ada bangsawan yang sebak dan mengeluarkan air mata buaya. Porrahhh!)

Malah, kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh Umno kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka. Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi tujuh kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi. Sepatutnya, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan. Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Umno tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.

p/s: FAKTA atau AUTA? Harap ada yang sudi beri ulasan....terutama yang hebat ilmu dan pengetahuannya...sila-silalah yer...-perfectwater

jawapan ummi...

ianya FAKTA..


komen seorang komenter..

Ini memang fakta..didedahkan sendiri oleh MB Nizar.

UMNO
22000+5000+1500+12000+200= 40,700 ekar yang digadaikan UMNO kpd taikun Cina. 'Taikun Cina' ye bukan 'cina miskin' tau..

PR
anugerahkan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru(kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli)= hanya 3000 ekar sahaja. Berapa? 3000 ekar sahaja totalnya. Untuk penduduk miskin. Siapa? Untuk penduduk miskin..

wallahualam

nasib barisan zambry...."bagai telur di hujung tanduk"


Zambry dan barisan Exconya

Menteri Besar(haram) Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lepas akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar.

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata, notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Katanya, keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Wong Kah Woh pada Khamis lepas yang meminta supaya ketujuh-tujuh ADUN Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina Dewan.

Sivakumar enggan untuk mendedahkan namun beberapa akhbar hari ini melaporkan Wong di dalam suratnya telah mendakwa proses perlantikan Zamby sebagai menteri besar dan barisan exconya bertentangan dengan Undang-undang Negeri Perak.

Sementara itu Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, pada sidang akhar di sini, hari ini menyatakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap kepada Menteri Besar baru Perak dan enam Exco jika mereka tidak hadir perbicaraan khas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, Rabu ini.

Beberapa orang peguam turut berpendapat bahawa Speaker boleh mengambil tindakan ke atas Zambry dan barisan exconya seperti menggantung keahlian dewan kesemua yang terlibat tanpa gaji seperti mana yang pernah berlaku ke atas Teng Chang Khim pada April 25, 2005, dimana beliau telah digantung dari Dewan Undangan Selangor setelah dituduh bersikap biadab kepada Speaker Datuk Seri Onn Ismail waktu itu.

Sementara itu penganalisis politik menyatakan bahawa kerajaan haram BN Perak tidak akan berkekal lama. "Easy come easy go" - satu kata-kata hikmat yang digunakan yang bermaksud "sedang dapat senang terlepas" bagi menggambarkan keadaan Menteri Besar dan barisan exco BN yang dinaikkan melalui kaedah tidak bermoral oleh Najib dan pihak istana yang kedudukan mereka kini "bagai telur di hujung tanduk".-greenboc

zambry....hang nak buat lagu mana..???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpqmVCfOTWl1bJJl3NlHU-Xo-29MRURlrhnT6z6ah2EIWgWr-i0e27wxSpcVStbGLqiyI1GetjQNTZdcd5tI4i-NW23zWO2Xwk2rGhwXyJG1p_iPf6fwj95KpYIZQqvjk1XkJWU44lSGLm/s1600/mb_perak_baru_new.jpg

Masalah pertama di hari persidangan dewan undangan negeri yang bakal menyaksikan Menteri Besar dan exco kerajaan Perak yang baru dinobatkan akan berdepan dengan satu masalah besar: Speaker Dewan Undangan Negeri Perak masih lagi ADUN DAP dari Tronoh, V. Sivakumar.

Sekalipun jumlah ADUN BN pada masa itu ialah 28 mengatasi 1 kerusi ADUN Pakatan Rakyat yang tinggal 27 (tak termasuk 1 lagi kerusi Speaker), namun jawatan Speaker tidak boleh dilucutkan sekalipun dengan usul undi tidak percaya. Demikian kata Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim yang juga seorang peguam.

Jawatan Sepaker kosong hanyalah jika V.Sivakumar meletakkan jawatannya sebagai ADUN atau dia sudah tidak layak dari memegang jawatannya atau meletakkan jawatannya secara sukarela.

Sivakumar dibolehkan, jika beliau mahu, menghalang bekas ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang melompat, iaitu yang telah "meletakkan jawatannya" dari menghadiri persidangan, dan ia sepastinya akan mengurangkan majoriti BN di dewan undangan negeri berkenaan.

Speaker Negeri sebelum ini telah mengisytiharkan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Osman Jailu dan Jelapang Hee Yit Foong telah mengosongkan kerusinya selepas beliau menerima surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Sekiranya Sivakumar meletakkan jawatannya kerana apa-apa sebab, Dewan Undangan Negeri akan dikira "badan perundangan yang tergantung" kerana Undang-undang batang tubuh negeri Perak memperuntukkan dewan tidak boleh bersidang sewaktu kekosongan speaker kecuali untuk tujuan perlantikan seorang speaker.

Dengan tidak mempunyai suara majoriti yang jelas, Menteri Besar kerajaan BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tiada pilihan lain selain memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenan pihak Istana untuk satu pilihanraya baru bagi negeri Perak.

Namun dengan sentimen rakyat Perak yang kini jelas menolak BN, mereka pasti cuba mengelakkan pilihanraya diadakan dengan apa cara sekalipun.

"Saya percaya mereka terpaksa memilih untuk mengekalkan Sivakumar," tambah Teng.

Namun Speaker pula mempunyai bidangkuasa yang luas di dalam dewan dan kehadiran Sivakumar sepastinya menjadi duri yang memeritkan untuk kerajaan haram BN dan Zambry selaku Menteri Besarnya.

"Sesuatu keputusan Speaker terhadap sesuatu Arahan Tetap tidak boleh dicabar kecuali dengan jalan mengemukakan satu usul (yang terpaksa melalui satu proses yang panjang termasuklah perbahasan di dewan berkenaan)."-greenboc

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil