Followers

Sunday, February 15, 2009

Fakta atau Auta..??


Pelacur? Ni ha pelacur yang melacur sampai hampir binasa orang-orang Melayu: Bukan setakat tanah sahaja yang telah diberikan kepada tauke-tauke Cina oleh Umno demi mengambil hati kaum itu (termasuk 22,000 ekar - ya! dua puluh dua ribu ekar - tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung; 5,000 ekar di Bruas; 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR); 12,000 ekar kepada semua petani Cina di Coldstream, Bikam, Bidor; 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong - sekarang milik YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! - dan banyak lagi jumlah yang kecil di seluruh negeri Perak) dan tak pernah didengar ada bangsawan yang sebak dan mengeluarkan air mata buaya. Porrahhh!)

Malah, kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh Umno kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka. Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi tujuh kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi. Sepatutnya, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan. Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Umno tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.

p/s: FAKTA atau AUTA? Harap ada yang sudi beri ulasan....terutama yang hebat ilmu dan pengetahuannya...sila-silalah yer...-perfectwater

jawapan ummi...

ianya FAKTA..


komen seorang komenter..

Ini memang fakta..didedahkan sendiri oleh MB Nizar.

UMNO
22000+5000+1500+12000+200= 40,700 ekar yang digadaikan UMNO kpd taikun Cina. 'Taikun Cina' ye bukan 'cina miskin' tau..

PR
anugerahkan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru(kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli)= hanya 3000 ekar sahaja. Berapa? 3000 ekar sahaja totalnya. Untuk penduduk miskin. Siapa? Untuk penduduk miskin..

wallahualam

4 comments:

Anonymous said...

ummi..ini penang, ipoh, dll sudah menjadi kawasan cina majoriti dan menteri besar telah ditetapkan sbg cina....
tanah melayu luas dan indah, silalah meneroka tempat lain, jika boleh, macam kelantan, tganu, dsb.
langkawi pun ada sekarang.
jika nak hantam cina yg konon dapat tanah, silalah juga ulas mengenai org Indon yg semakin menakluki Malaysia dan overtake "local" Malays, iaitu pendatang Indonesia yg lebih awal, dll.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

hai jed yoong..

kita tak pertikaikan hak kaum cina di penempatan cina..yang dipertikaikan kenapa ianya diberi hanya kepada yang ada kepentingan politik...

apa yang PR buat bila memberi hak milik kekal kepada warga yang sah kerakyatannya tapi dinafikan haknya selama menjadi warganegara...

itu yang PR cuba perjuangkan..dan yang penting kepada semua bangsa janji ia adalah rakyat Malaysia..tetapi umno hanya membela taukeh2 besar dan lupakan rakyat yang betul2 memerlukan...kita kena paham yang menmbulkan ketidakseimbangan ini adalah umno yang berkempentingan dalam politik...

azreen said...

fakta pun berat sebelah..apsal exco perak masa kjaan pkr majoritinya cina ek?

azreen said...

pakcik saya pesara tentera tiada kepentingan politik. tapi kenapa pemohonannya utk hak milik kekal tak diluluskan?

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil