Menteri Besar(haram) Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lepas akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar.
Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata, notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Sivakumar enggan untuk mendedahkan namun beberapa akhbar hari ini melaporkan Wong di dalam suratnya telah mendakwa proses perlantikan Zamby sebagai menteri besar dan barisan exconya bertentangan dengan Undang-undang Negeri Perak.
Sementara itu Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, pada sidang akhar di sini, hari ini menyatakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap kepada Menteri Besar baru Perak dan enam Exco jika mereka tidak hadir perbicaraan khas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, Rabu ini.
Beberapa orang peguam turut berpendapat bahawa Speaker boleh mengambil tindakan ke atas Zambry dan barisan exconya seperti menggantung keahlian dewan kesemua yang terlibat tanpa gaji seperti mana yang pernah berlaku ke atas Teng Chang Khim pada April 25, 2005, dimana beliau telah digantung dari Dewan Undangan Selangor setelah dituduh bersikap biadab kepada Speaker Datuk Seri Onn Ismail waktu itu.
Sementara itu penganalisis politik menyatakan bahawa kerajaan haram BN Perak tidak akan berkekal lama. "Easy come easy go" - satu kata-kata hikmat yang digunakan yang bermaksud "sedang dapat senang terlepas" bagi menggambarkan keadaan Menteri Besar dan barisan exco BN yang dinaikkan melalui kaedah tidak bermoral oleh Najib dan pihak istana yang kedudukan mereka kini "bagai telur di hujung tanduk".-greenboc
4 comments:
WOW BOLEH TANGKAP KE???
PEH...SILAKAN TANGKAP...
EMMM SPEAKER MANA NI???
BEKAS SPEAKER KE???
DASYAT BETUL LAH PAKATAN NI...SEKARANG NAK TANGKAP PULAK. MACAM POLIS...
kah..kah..kah...balik meniaga nasi kandaq lagi bagus laaa....
td si mamak tu keluar kat tv kata speaker tak tahu undang2...sapa yang sebenarnya tak tahu undang2 ni...nak kata bodoh blaja sampai phd...phd beli kot..speaker tahu laa keje dia..kalau speaker tak tahu undang2 buat dia panggil dr bodoh ngan penyamun mengadap...
mampuih laa hang anak kadiaq oii..buat malu jaa...tapi memang ang muka tak malu pun...kah..kah.
gomo ni otak udang ikot je kerbau pendek sondol....
kenapa tak boleh tangkap plak...kuasa speaker masih pada pr.. speaker hanya boleh di lucutkan melalui dewan saja...bukan main sondol mcm najib n babi2 dia...
abang gomo,
muahahahaha sian kat mike ni. beka speaker muaahahahahahha
teman cakap gini je la tunggu sidang dun bermula april nanti muahahahaha
jgn amno tambah perenggan baru dlm perlembagaan perak sudah le muahahahahha
Post a Comment