Followers

Sunday, February 15, 2009

2 bloggersnetwork@Perak ditahan...

Dua member Bloggers Network adalah diantara yang ditahan di Kuala Kangsar tadi kerana mengedar risalah.

Mereka ialah Alfa Berlian dan Bikir Perak. Seorang lagi wanita yang ditahan ialah Ketua Wanita PKR Bahagian Kuala Kangsar, Puan Rosmina Hamdan dan Meor Johari bin Meor Abu Bakar, Bekas Ketua AMK Bahagian Kuala Kangsar.

Sya-reformis dan Perisik Rakyat kini berada di Balai Polis Kuala Kangsar untuk mendapatkan berita lanjut.

Dari kiri: Meor Johari, Alfa Berlian dan Sya-reformis

Dari kiri: Meor Johari, Alfa Berlian dan Sya-reformis

dari kiri: Sya, Rosmina dan Bikir Perak diBalai Polis Kuala Kangsar

From: Topengperak_Xinwugi(R) <poji2ya@gmail.com>
Date: Sun, 15 Feb 2009 14:37:13 +0800

Aku dekat IPD Kuala Kangsar mai jengok geng kita yang kena tahan pagi tadi.

Semua sekali yang kena tahan 4 orang. 2 lelaki (blogger Alfa Berlian &
blogger Bikir Perak) dan 2 wanita (ketua wanita PKR Kuala Kangsar -
Rosmina bt Hamdan & ahli PKR - Norbariah bt Mohd Ali).

Buat masa ni 2 wanita PKR baru je lepas beri kenyataan & tengah tunggu
sessi soal-siasat dengan OCPD pulak.

2 blogger yang kena tahan pulak masih dalam bilik tengah bagi
kenyataan pada pihak polis.

Untuk laporan seterusnya sila layari blog matsamankati di link -
http://bloggersnetworkmalaysia.com/.


ummi...

kepada alfa_berlian dan kak bikir_perak...kami sentiasa menyokong anda...

Lawan Tetap Lawan...!!

6 comments:

Anonymous said...

dah ok?

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

masih di IPD Kuala Kangsar..belum selesai lagi..

PAPA GOMO said...

SALAM UMMI...

ERRR
Lawan Tetap Lawan...!!

APA MAKNANYA???

BUKAH KAH INI HANYA SATU SIASATAN PIHAK POLIS SAHAJA???

MUNGKIR RISALAH YANG DIEDARKAN OLEH MEREKA INI BERBAUR HASUTAN.
INI LANGKAH BAGI MENJAGA KETENTERAMAN AWAM. BUKAN KERANA KEPENTINGAN POLITIK SEMATA-MATA.

PAS DAN RANCANGANNYA MENAKLUK MALAYSIA...http://gomo-no1.blogspot.com/2009/02/rancangan-sulit-pas.html

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

SALAM GOMO...

walau apa pun alasannya...ianye tetap bermotif politik...

Lawan Tetap Lawan..!! tu slogan kami..berani kerana benar..takut kerana salah...

kita akan memberi kerjasama yg baik kepada pihak berkuasa..janji ianya telus dan adil....

risalah untuk kebenaran bukan hasutan...yang kuat menghasut ni bila dia takut kesalahanya terbonkar...

wallahualam..

Unknown said...

betul tu kak umi.. kami berikan fakta,bukannya auta cam yg UMNO kasi..

Anonymous said...

Teruskan Perjuangan Anda...Salam Drp KTV04

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil