Followers

Monday, February 16, 2009

sepetang di manjung bersama DS Nizar

Berita Update jam 5.30 Ptg…

Dalam Program MB DS Ir Nizar petang ini ialah pertemuan dengan Penghulu, Ketua Kampong, JKKK dan Kelab Penyokong yang diadakan di Hotel Lake View Seri Manjung. Program yang dirancangkan pada jam 3.30 ptg telah terlewat dalam 10 minit kerana MB Nizar dikatakan ada bertemu dengan kerabat Diraja di Marina Cove Teluk yang mana ini luar dari program yang dirancang.

Dalam masa aku dok menunggu di Hotel tersebut rupa-rupanya pihak hotel siap menyediakan red carpet untuk MB kita.. satu perhormatan lagi.. pada beliau..

Dalam pada itu penunggu semakin ramai yang datang termasuk dari golongan Cina dan India…aku ingat kut kat Jelapang ja Cina ramai.. kat Manjung pun kaum Cina dan India sama-sama mari..


Kedatangan Nizar bersama dengan EXCO Agama YB Zainudin pada jam 3.45 ptg disambut oleh dua lelaki Cina iaitu Mr Wong wakil kepada YB Nga Ko Meng dan Mr Lim wakil kepada YB Dato Ngeh Khoo Ham kerana kedua-dua YB berada dalam Sidang pembukaan Parlimen.

Smart dan masih bersemangat lagi MB aku nii.. walaupun dalam kerajaan buangan

Smart dan masih bersemangat lagi MB aku nii.. walaupun dalam kerajaan buangan

Ucapan selepas pengerusi majlis dimulakan oleh YB Zainudin yang menceritakan mengenai undang-undang yang telah dpermainkan oleh UMNO dan disamping itu YB juga mencadang DS IR NIZAR dicalonkan untuk PRK Bukit Gantang.. Aku stuju YB.. 100 % aku setuju.. lepas warga DUN Pasir Panjang akan berkampong di Bukit Gantang kalau DS IR Nizar dapat perkenan dari Pimpinan PAS.

Warga India yangmenjadi Anggota kelab penyokong PAS

Warga India yangmenjadi Anggota kelab penyokong PAS

Kemudian MB IR Nizar pula memberi ucapan dengan panjang lebar fokus utama mencerita senario dari mula sehingga terjadinya peristiwa rampasan kuasa yang diketuai oleh Najib Altantunya.. bila didengar gelaran tersebut penonton terus memekik mengiakan apa yang dikatakan oleh IR Nizar.. cuma aku nak tergelak sikit bila Nizar mempertikai.. waktu ia memerintah selama 10 bulan tak ada pun ia memerlukan Polis peronda mengiringinya.. tetapi bila waktu Zamri 786 ni 2 biji kereta peronda dan 5-6 biji all rider yang mengiringinya.. seolah-olah bapaknya yang mebayar gaji polis tersebut.. sekali lagi di boo oleh penonton.. mampus kau Zamrii.. aku tak dapat nak nolongnya…. kemudia Nizar memaklumkan ada 4 SB yang sentiasa mengikuti nya ke merata tempat.. seorang darinya bertudung.. Nasib baik aku tak kenai.. kalu aku kenai hahas,,,, dan akhir sekali Nizar berpesan kepada yang hadir supaya kita memaklumkan kepda semua saudara adik beradik mengingatkan betapa jahatnya UMNo yang menjadi perompak dan perogol kerajaan dan undang-undang di negeri Perak.

Dalam susana sedih macam ni pun sempat lagi MB kita ni berkelakar buat joke mengenakankan UMNO

Dalam susana sedih macam ni pun sempat lagi MB kita ni berkelakar buat joke mengenakankan UMNO

Majlis disudahi dengan acara dailog.. tapi aku tak tunggu samapi habis bab dailog.. sebab ni aku nak update bagi tau kat hampa dengan cepat.. yang problem rumah aku broadband lembap banyak.. tu yang problem..

Peserta pertama yang mengambil peluang berdailog iaitu Cikgu Ali dari Sg Wangi Setiawan.

Peserta pertama yang mengambil peluang berdailog iaitu Cikgu Ali dari Sg Wangi Setiawan.

Insyallah panjang umur kalau ada idea malam nanti aku laporkan pulak mengenai cermaha penerangan di Pasir Panjang.. Chaoo dulu aku nak pi Pasar malam kat Kpg DSK.. ration kat rumah dah kering semalam dua hari aku pun kat rumah MB.. tak sempat lagi nak pi lagi Pasar malam.. dak nak maghrib…

sumber manjungmari

sumber malam ini...ceramah penerangan kerajaan pakatan rakyat yang diadakan di markas PAS Pasir Panjang mendapat sambutan..lebih 2 ribu yang hadir di ceramah tersebut..tiada gangguan dari pihak berkuasa kerana ceramah tersebut mendapat permit...laporan dari perisikrakyat...laporan lengkap akan menyusul lagi..

laporan dari sya-reformis pula

Sya sekarang berada dalam majlis Menteri Besar bersama Rakyat di Pasir Panjang.majlis dihadiri oleh beberapa Pimpinan Pakatan Rakyat.Antara yang dilihat hadir ialah Saudara Mustafa Kamil Ayub,Misbahul Munir,Adun Cangkat Jong,Ustaz Zulkifli Ibrahim dan ramai lagi.

Dato Seri Nizar tiba kira-kira jam 9.00 malam.Dato seri disambut dengan paluan gendang oleh masyarakat India.Memenuhi program ini ialah masyarakat dari kaum cina,india melayu dan ramai lagi...Mereka yang datang bukan sahaja dari kawasan sekitar namun ia datang dari seluruh pelusuk negeri.

gambar dan rumusan ceramah akan diupdate kemudian....

kenyataan media magsa bolen UMNO/BN.. Eli....!!

Saya telah dimaklumkan pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 oleh wartawan-wartawan Malay Mail bahawa mereka memiliki foto-foto intim saya dan akhbar tersebut ingin menyiarkan berita mengenai foto-foto tersebut.

Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang cuba menyebarkan foto/video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim.

Penyebaran dan penerbitan foto/video tersebut satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi saya dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya. Ia juga perbuatan mereka yang tidak berakhlak untuk memalukan saya dan mencemar nama baik saya.

Saya menjadi mangsa perbuatan tersebut.

Saya telah membuat laporan polis semalam berhubung perkara itu dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka. Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka tentang siapakah mereka yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadi saya.

Saya telah menerima banyak sokongan daripada penyokong saya, rakan dan penduduk di kawasan pilihanraya saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan galakan mereka.

Anggota keluarga saya juga berdiri teguh di belakang saya. Saya ingin merayu kepada pihak media supaya memberi saya dan anggota keluarga saya ruang keselesaan dalam menghadapi keadaan mencabar ini supaya saya boleh memikul cabaran berat ini.

Buat masa ini, saya akan menjalankan tugas seperti biasa, terus berkhidmat dengan jujur kepada rakyat Selangor.

Elizabeth Wong Keat Ping
Adun Bukit Lanjan
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna
Kerajan Negeri Selangor

sumber siasah

Eli...jangan mengalah..!!!

elizabeth



FEB 16
– Inilah kenyataan demi kenyataan yang dibuat kepada YB Elizabeth Wong, Adun Bukit Lanjan, berikutan tersebarnya gambar beliau sedang tidur dalam keadaan kurang sopan.

Media mulai beberapa hari lalu menerima gambar-gambar ini. Yang menariknya, hanya media yang ada kaitan dengan parti-parti dalam BN yang menerima gambar ini.

Malam tadi, 15 Februari, Elizabeth membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya. Mengikut Datuk Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Selangor, kenyataan itu ringkas sahaja dan pihaknya akan mendapatkan kenyataan lebih lanjut dari Eli selepas ini.

Sebelum akhbar The Sun menyiarkan kisah ini, orang ramai tidak mengetahuinya. Namun selepas disiarkan muka depan hari ini dan laporan polis Eli pada malam tadi, semua pihak mula memperkatakannya.

Sebagaimana dijangka (mungkin sudah ada dalam skripnya), bekas MB Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo membuat kenyataan mendesak Eli meletakkan jawatan.

“Ini adalah isu moral, samada gambar itu diambil dengan kehendaknya atau tidak, itu soal lain.

“Saya tidak boleh menerima seorang Adun yang dipertikaikan moralnya,” kata Khir sebagaimana yang dilaporkan laman web ini.

Di pejabat kerajaan negeri Selangor, Eli resah menerima tekanan ini. Beliau terkejut dan tidak sangka sampai begitu sekali usaha akan dibuat untuk menjatuhkan kerajaan negeri beliau. Eli adalah salah seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Sebagaimana yang diketahui banyak pihak, selepas Perak, BN sedang menggoncang beberapa kerajaan negeri Pakatan yang lain termasuklah Selangor dan Kedah.

“Tetapi beliau tidak sangka sampai begitu rendah sekali moral pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan negerinya,” kata sumber yang rapat dengan beliau.

Persoalannya senang sahaja. Gambar yang disebarkan itu adalah gambar Eli sedang tidur. Beliau tidak tahu dan tidak membenarkan gambar itu diambil apatahlagi diedarkan. Menurut sumber, bekas teman lelaki beliau yang mengambil gambar itu.

Komen-komen dalam blog (termasuk laman ini) menyifatkan tindakan Khir Toyo mendesak Eli meletakkan jawatan atas isu moral sesuatu yang sangat tidak wajar dibuat.

* Sejak bila, sesaorang yang telanjang dalam bilik tidur sendiri dianggap salah.

* Dia bukan ada suami, lainlah kalau dia seorang Muslim.

* Membandingkan dengan Chua Soo Lek tidak masuk akal langsung kerana Eli tidak berbuat apa-apa berbanding video Chua.

* Saya yakin, Khir akan menyalahkan anaknya jika anaknya dirogol nanti.

* Usahanya untuk menunjukkan dialah jaguh menjelang perhimpunan agung Umno.

Inilah komen-komen terhadap Khir Toyo apabila beliau membuat kenyataan yang mendesak agar Eli meletakkan jawatannya.

Persoalannya, apakah Khir sedar dengan komen-komen ini? Atau kalau dia membacanya, apakah dia akan insaf dan memperbetulkan kenyataannya?

Saya yakin, sebagaimana pemimpin BN di Perak, Khir tidak akan sedar dan tidak akan menghentikan cara berpolitik yang diambilnya kini. Selepas ini, Khir akan berarak lagi (mungkin ke Bukit Lanjan) untuk menceritakan kepada orang ramai “Elizabeth Wong tidur telanjang dalam biliknya”.

Besar kemungkinan juga beliau akan memimpin Pemuda Umno yang menyokongnya berarak ke Istana Melawati sekali lagi mendesak Sultan Selangor agar menitahkan supaya Eli meletakkan jawatan kerana memalukan baginda Sultan.

Di samping Khir Toyo, saya yakin akan ada juga para penyokong Pakatan Rakyat sendiri akan digunakan untuk menekan Eli.

Untuk, saya suka menyebut di sini “Eli, jangan letak jawatan”.

sumber perakexpress


ummi..

eli...Lawan Tetap Lawan..berani kerana benar...!!

sekitar ceramah Dato' Husam di Sg.Nibung


Polis akan merekodkan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man berhubung ceramah politik yang diadakan tanpa permit malam tadi.

Ceramah itu diadakan bertentangan dengan Masjid Jamek Sungai Nibong di Pulau Pinang, lapor Bernama.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Ayub Yaakob berkata polis memantau ceramah politik kerana penceramah mungkin menyentuh mengenai isu sensitif yang boleh mencetuskan ketegangan atau menimbulkan kemarahan orang ramai.

Beliau berkata demikian kepada pemebrita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di Pulau Pinang hari ini.


ummi..

ewah..ewah..polis memantau dengan 5 buah trak fru serta 1 water canon....takut menimbulkan kemarahan orang ramai..?? hangpa buat lagu tu lagi buat orang ramai hangat hati...


program DS Nizar di Lumut dan Bagan Datoh

CERAMAH PENERANGAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

BAHAGIAN LUMUT

  1. TARIKH : 16 FEB 2009
  2. JAM : 9.30 MALAM
  3. TEMPAT : MARKAS PAS, PASIR PANJANG, SERI MANJONG, PERAK

  • PENCERAMAH:
  1. DATO’ SERI HAJI IR MOHD NIZAR BIN JAMALUDIN

MENTERI BESAR NEGERI PERAK/ADUN PASIR PANJANG

2. DATO NGEH KHOO HAM

EXCO KANAN NEGERI PERAK/ADUN SITIAWAN

3. UST HAJI SUWARDI BIN SAFUAN

KETUA KEADILAN BAHAGIAN LUMUT.

TUAN-TUAN SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI.




Program bersama DS Nizar di Bagan Datoh

Hari : Rabu

Tarikh : 18hb Feb 2009

tentatif program

- Hi-Tea bersama DS Nizar di Rumah Saudara Ariffin@Ramli Parit 1
- Solat Asar di Masjid Batu 20
- bersama penduduk di Bagan Sungai Tiang
- bersolat Maghrib dan tazkirah di Surau Sg.Betul,Rungkup
- bersama penduduk di Bagan Hutan Melintang

Turut hadir

DATO NGEH KHOO HAM -
EXCO KANAN NEGERI PERAK/ADUN SITIAWAN

Ustaz Misbahul Munir Masduki - SetPol DS Nizar

awasi tuan speaker kita...!!!!

Kerajaan negeri Perak yang kini dikuasai Barisan Nasional (BN) akan menukar Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi menerusi pendekatan yang berlandaskan undang-undang negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ini kerana penyandang jawatan itu, V. Sivakumar yang dipilih ketika pakatan pembangkang memerintah negeri tersebut, masih menganggap dirinya Speaker yang sah.

"Kita ada pendekatan-pendekatan yang akan diambil untuk menggantikan Speaker (dengan calon BN) nanti," katanya kepada pemberita


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhvPPLz8U6elA1qbQ4HptPRiLVIkS8LAs2EmBpeBPV5SNT0n0_G3_6DNQ_e_bn_0JgYGp5t0yOskBQCYVp22pu5erTn6v0R3kODocKEURFaWxD7o3ovG2p2gdKaTttlRs8qwGoqR-NXGLA/s1600/Jun+19+-+Sivakumar.jpg

ummi..

pendekatan yang PakLah sebut ni memang kita boleh agak apa depa nak buat...apa lagi kalau tak colik atau beli...lain jalan dah tak nampak.. kalau nak ikut perlembagaan tubuh negeri Perak..tak ada fasal yang boleh depa nak guna untuk menukar speaker DUN....

baca kat blog cyberboron dan cenangau kalau nak lagi paham..

bagi ummi keselamatan tuan speaker dan keluarganya ada lah sangat penting....kita takut depa menggunakan cara ala2 mafia terhadap sivakumar dan keluarganya....setakat menghilangkan manusia depa ada rekod..men'c4'kan manusia pun depa ada rekod...membeli manusia pun depa ada rekod...mengugut manusia pun depa ada rekod...makanya nyawa dan keselamatan sivakumar dan keluarganya amat2 penting dan berharga sekarang...umpamanya dia dikelilingi jerung2 yang sedang lapar...

kita berharap sangat kerjasma semua pihak untuk memastikan satu2 talian hayat PR untuk mendapat semula pemerintahan di Perak dari penyamun tarbus ini tidak sia2...jangan kalian leka barang sesaat...!!

penyokong dan pendokong PR juga tidak akan berhenti berdoa tidak kira apa ugama sekali pun.. kami akan memastikan kebenaran yang akan menang di bumi Perak ini....

Lawan Tetap Lawan..!!

Sunday, February 15, 2009

apa yg buat mereka takut...???

Semakin hari semakin banyak cerita pelik yang berlaku dalam Malaysia ni..khusus di Perak..

siang tadi member bloggers dan petugas PKR ditahan..sebentar tadi dapat masej mengenai larangan ceramah Dato' Husam Musa di Sg.Nibung Penang...Husam hanya boleh berceramah di dalam rumah dan tanpa mic...

sat nak tanya..hari tu ketua polis kata tak boleh ceramah di Perak saja ka atau di Penang sama..?? kan senang cakap satu Malaysia tak boleh ceramah..ni ada negeri boleh..ada negeri tak boleh...tapi yang nyata hanya Pakatan Rakyat saja yang tak boleh buat ceramah...walau ke mana negeri yang depa pergi...

apa barang ni beb..!! hangpa takut apa ni...macam nak lari dari malaikat maut aje lagaknya..hangpa dah terasa ajal dah dekat ka...Allah kata ajal maut takkan lewat sesaat atau cepat sesaat...bila Allah kata 'kun faya kun' maka hangpa tak boleh nak buat apa2 dah...kalau takut sangat baik taubat cepat2...sebelum terlambat...

Baru dapat maklumat dari Pulau Pinang mengkhabarkan bahawa program ceramah bersama Dato' Husam di Sungai Nibong (Rumah Pak Leh) telah dibatalkan. selepas diadakan perbincangan dengan pihak polis, pihak polis bagaimanapun memberi kebenaran untuk mengadakan ceramah didalam rumah dan tanpa menggunakan alat pembesar suara.

Sejak awal lagi pihak polis, SB dan juga FRU telah ditempatkan dikawasan sekitar dengan kekuatan anggota seramai lebih kurang 2 ratus orang, selain itu, 5 buah trak FRU termasuk 1 water canon juga ditempatkan dilokasi. lain-lain ialah 2 buah black maria & 2 buah land rover pihak PDRM.

Jumlah kehadiran mengjangkau 2000 orang dan orang ramai masih tidak putus-putus memasuki kawasan dimana program sepatutnya diadakan.

Nampaknya pihak KERAjaan pusat semakin takut dengan kebangkitan rakyat dan juga usaha-usaha menyekat program penerangan dari pihak Pakatan Rakyat berkaitan isu-isu politik terkini cuba disekat dengan pelbagai cara.

Tengok pada situasi sekarang, pihak KERAjaan mempunyai "sifar" peluang untuk bangkit semula dan harapan mereka untuk diterima rakyat semakin kabur dengan tindakan mereka ini.

Kenapa begitu sekali takut...???-perisikrakyat









Temubual bersama Bikir Perak



Temubual bersama Meor.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil