Dalam Program MB DS Ir Nizar petang ini ialah pertemuan dengan Penghulu, Ketua Kampong, JKKK dan Kelab Penyokong yang diadakan di Hotel Lake View Seri Manjung. Program yang dirancangkan pada jam 3.30 ptg telah terlewat dalam 10 minit kerana MB Nizar dikatakan ada bertemu dengan kerabat Diraja di Marina Cove Teluk yang mana ini luar dari program yang dirancang.
Dalam masa aku dok menunggu di Hotel tersebut rupa-rupanya pihak hotel siap menyediakan red carpet untuk MB kita.. satu perhormatan lagi.. pada beliau..
Dalam pada itu penunggu semakin ramai yang datang termasuk dari golongan Cina dan India…aku ingat kut kat Jelapang ja Cina ramai.. kat Manjung pun kaum Cina dan India sama-sama mari..
Kedatangan Nizar bersama dengan EXCO Agama YB Zainudin pada jam 3.45 ptg disambut oleh dua lelaki Cina iaitu Mr Wong wakil kepada YB Nga Ko Meng dan Mr Lim wakil kepada YB Dato Ngeh Khoo Ham kerana kedua-dua YB berada dalam Sidang pembukaan Parlimen.
Ucapan selepas pengerusi majlis dimulakan oleh YB Zainudin yang menceritakan mengenai undang-undang yang telah dpermainkan oleh UMNO dan disamping itu YB juga mencadang DS IR NIZAR dicalonkan untuk PRK Bukit Gantang.. Aku stuju YB.. 100 % aku setuju.. lepas warga DUN Pasir Panjang akan berkampong di Bukit Gantang kalau DS IR Nizar dapat perkenan dari Pimpinan PAS.
Kemudian MB IR Nizar pula memberi ucapan dengan panjang lebar fokus utama mencerita senario dari mula sehingga terjadinya peristiwa rampasan kuasa yang diketuai oleh Najib Altantunya.. bila didengar gelaran tersebut penonton terus memekik mengiakan apa yang dikatakan oleh IR Nizar.. cuma aku nak tergelak sikit bila Nizar mempertikai.. waktu ia memerintah selama 10 bulan tak ada pun ia memerlukan Polis peronda mengiringinya.. tetapi bila waktu Zamri 786 ni 2 biji kereta peronda dan 5-6 biji all rider yang mengiringinya.. seolah-olah bapaknya yang mebayar gaji polis tersebut.. sekali lagi di boo oleh penonton.. mampus kau Zamrii.. aku tak dapat nak nolongnya…. kemudia Nizar memaklumkan ada 4 SB yang sentiasa mengikuti nya ke merata tempat.. seorang darinya bertudung.. Nasib baik aku tak kenai.. kalu aku kenai hahas,,,, dan akhir sekali Nizar berpesan kepada yang hadir supaya kita memaklumkan kepda semua saudara adik beradik mengingatkan betapa jahatnya UMNo yang menjadi perompak dan perogol kerajaan dan undang-undang di negeri Perak.
Majlis disudahi dengan acara dailog.. tapi aku tak tunggu samapi habis bab dailog.. sebab ni aku nak update bagi tau kat hampa dengan cepat.. yang problem rumah aku broadband lembap banyak.. tu yang problem..
Insyallah panjang umur kalau ada idea malam nanti aku laporkan pulak mengenai cermaha penerangan di Pasir Panjang.. Chaoo dulu aku nak pi Pasar malam kat Kpg DSK.. ration kat rumah dah kering semalam dua hari aku pun kat rumah MB.. tak sempat lagi nak pi lagi Pasar malam.. dak nak maghrib…
sumber manjungmari
sumber malam ini...ceramah penerangan kerajaan pakatan rakyat yang diadakan di markas PAS Pasir Panjang mendapat sambutan..lebih 2 ribu yang hadir di ceramah tersebut..tiada gangguan dari pihak berkuasa kerana ceramah tersebut mendapat permit...laporan dari perisikrakyat...laporan lengkap akan menyusul lagi..
laporan dari sya-reformis pula
Sya sekarang berada dalam majlis Menteri Besar bersama Rakyat di Pasir Panjang.majlis dihadiri oleh beberapa Pimpinan Pakatan Rakyat.Antara yang dilihat hadir ialah Saudara Mustafa Kamil Ayub,Misbahul Munir,Adun Cangkat Jong,Ustaz Zulkifli Ibrahim dan ramai lagi.
Dato Seri Nizar tiba kira-kira jam 9.00 malam.Dato seri disambut dengan paluan gendang oleh masyarakat India.Memenuhi program ini ialah masyarakat dari kaum cina,india melayu dan ramai lagi...Mereka yang datang bukan sahaja dari kawasan sekitar namun ia datang dari seluruh pelusuk negeri.
gambar dan rumusan ceramah akan diupdate kemudian....
No comments:
Post a Comment