Followers

Monday, February 16, 2009

kenyataan media magsa bolen UMNO/BN.. Eli....!!

Saya telah dimaklumkan pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 oleh wartawan-wartawan Malay Mail bahawa mereka memiliki foto-foto intim saya dan akhbar tersebut ingin menyiarkan berita mengenai foto-foto tersebut.

Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang cuba menyebarkan foto/video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim.

Penyebaran dan penerbitan foto/video tersebut satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi saya dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya. Ia juga perbuatan mereka yang tidak berakhlak untuk memalukan saya dan mencemar nama baik saya.

Saya menjadi mangsa perbuatan tersebut.

Saya telah membuat laporan polis semalam berhubung perkara itu dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka. Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka tentang siapakah mereka yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadi saya.

Saya telah menerima banyak sokongan daripada penyokong saya, rakan dan penduduk di kawasan pilihanraya saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan galakan mereka.

Anggota keluarga saya juga berdiri teguh di belakang saya. Saya ingin merayu kepada pihak media supaya memberi saya dan anggota keluarga saya ruang keselesaan dalam menghadapi keadaan mencabar ini supaya saya boleh memikul cabaran berat ini.

Buat masa ini, saya akan menjalankan tugas seperti biasa, terus berkhidmat dengan jujur kepada rakyat Selangor.

Elizabeth Wong Keat Ping
Adun Bukit Lanjan
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna
Kerajan Negeri Selangor

sumber siasah
komen

14 comments:

Hasbullah Pit said...

Dah lama tak guna istilah bolen.

Tapi...

Dalam kenyataan itu tidak sebut pun UMNO atau BN.

Anonymous said...

Yang baik tu semuanya orang PR terutamanya PAS, yang buruk tu semuanya BN. Dah terang lagi bersuluh, kalau Ketua PR kaki Liwat anak buah kaki bogel tak apa, kalau tak percaya tanya Tuan Guru, tentu komennya menarik . PR memang Pakatan Rosak depan dan belakang. Untuk menutup malu kata itu kerja UMNO. Jangan terperanjat esok ada akuan bersumpah dari orang PKR. Kelau sekali-sekala bohong orang percaya, tetapi kalau selalu sangat, orang tak percaya. Lu pikir lah sendiri beb.

Anonymous said...

bertaubatlah melayu dan orang islam dalam PR…ini ker kerajaan yang di agungkan???…
mangsa keadaan??…alasan yang bodoh dan orang bodoh je percaya???

1. kenapa buat sex haram??…bf ko yang aniaya ko…bukan Nik Aziz, Bukan Hj Hadi, Bukan Najib dan Bukan Anuar Ibrahim..takkan ko x tahu???bodohnya ko alizabeth wong…atau ko x tahu lelaki mana satu yang amik gambar ni???sebab ko banyak laki yang ko tido..

jenabnab said...

betul tu tanpa nama..abu Hassan bekas MB selangor ada skandal dgn adik ipar tu dari PR, Jamaluddin Jarjis yg suka meraba pun dari PR, Najib dgn altantuya pun dari PR...hikhik..

boston said...

chua solek kaki video blue pun org PR.

Anonymous said...

Yang main buntut Saiful orang PR, Yang ada perempuan di kedah Orang PR, Hee, hee. Yang kena tangkap Khlawat orang PAS, he he,

Anonymous said...

Yang sedekah Sex kat Perak dah Bebas, he he

lann-b said...

orng ubn memang tak bermoral. tak hormat hak perbadi individu. jauhilah generasi akan datang dari badaya hidup tak bermoral pengikut ubn.

jenabnab said...

di pendek kan cerita, semakin lama BN memerintah semakin banyak maksiat dalam malaysia..hehe

GOMO said...

SALAM UMMI...

TAK BERMORAL....
DI KALANGAN BN JUGA ADA YANG TAK BERMORAL...
SEBAGAI CONTOH CHUA SOI LEK TU...
DAN ATAS DESAKAN OLEH PIHAK PEMBANGKAN MAKA CHUA LETAK JAWATAN...

JADI Elizabeth Wong Keat Ping
Adun Bukit Lanjan
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna
Kerajan Negeri Selangor

HARUS MELETAKKAN JAWATAN.

MORAL YANG TIDAK DAPAT DITERIMA OLEH RAKYAT!!!

INI KAH SIKAP SEORANG PEMIMPIN???

Perak Mari said...

Punya RAMAI ANAK ANAK MELAYU

KENE TANGKAP KHALWAT / MAKSIAT

WAKTU SAMBUT VALENTINE DAYS..



KORANG BUAT BODO JER…….



NI PASAL Eli… nak kecoh kecoh

Anonymous said...

Aku suka baca hat ni "Saya tidak boleh menerima seorang Adun yang dipertikaikan moralnya," kata Khir sebagaimana yang dilaporkan laman web ini."

kah kah kah kah kah ... gambo eliza klu ikut statement dlm media memaparkan eliza sedang tidur dalam keadaan yang "kurang sopan"...

aku nak tanya hangpa... hangpa tidoq macam mana? ada sapa-sapa yang boleh ajaq aku cara-cara tidoq yang bermoral"???

Anonymous said...

HMMMM....MUNGKIN KHIR NI TIDO BERBALUT KAIN KAPAN SIAP2....TU YG DIKATAKAN TIDO BERMORAL ALA PEMIMPIN

GOMO said...

MASAALAHNYA SIAPA YANG AMBIL GAMBAR BOGEL TERSEBUT???
GAMBAR BOGEL YANG DI DALAM POSISI YANG BERLAINAN.
MACAM MANA GAMBAR BOLEH DI AMBIL DARI KAMAR TIDOR???
TAKKAN LAH SI ELIZABETH NI TAK SEDAR ADA ORANG YANG TIDAK DI KENALI MASUK KE DALAM BILIK TIDOR DAN KEMUDIANNYA MENYURUH BERBOGEL DAN BERPOSING DAN KEMUDIANNYA MENGAMBIL GAMBAR BOGEL TERSEBUT. DAN SETELAH SELESAI MENGAMBIL GAMBAR BOGEL ITU ORANG YANG TAK DI KENALI BEREDAR DAN ELIZABETH MENYAMBUNG TIDORNYA SEMULA.
LOGIK KE KEJADIAN MACAM NI???

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil