Followers

Sunday, August 10, 2008

Forum berjaya - Ambiga ..??

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360

Forum berjaya - Ambiga

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Majlis Peguam menganggap Forum Memeluk Islam anjurannya telah mencapai kejayaan apabila dihadiri lebih 100 orang dan mahu program yang sama diteruskan pada masa depan.

Presidennya, Datuk S. Ambiga berkata, kejayaan forum sedemikian membuktikan konflik penjagaan anak dan perebutan jenazah yang berpunca daripada tindakan seorang daripada ahli keluarga yang memeluk Islam boleh dibincang secara terbuka tanpa sebarang masalah.

''Saya secara jujur berharap kita dapat belajar sesuatu daripada kejayaan kita mengadakan forum ini yang telah membuktikan isu ini boleh dibincangkan secara terbuka dan bukan semata-mata dianggap hal peribadi keluarga terbabit,'' katanya di sini hari ini. - UTUSAN-

---------------------------------------------------------------------------------

GUBAL UNDANG-UNDANG MEWAJIB ORANG ISLAM DIADILI DI BAWAH MAHKAMAH SYARIAH

Oleh sofiwahab6

Saya menyokong kenyataan seorang Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang berkata bahawa konflik penjagaan anak dan perebutan jenazah yang sering berlaku apabila seseorang memeluk agama Islam tiada kena mengena dengan agama itu tetapi berpunca daripada kelemahan pihak yang melaksanakan undang-undang.

Selain itu ia juga berpunca dari kegagalan kerajaan memperkukuhkan Mahkamah Syariah sehingga mahkamah ini menjadi mahkamah kelas kedua di Malaysial. Sepatutnya apa juga keputusan Mahkamah Syariah yang membabitkan orang Islam tidak boleh dicabar di Mahkamah Sivil. Ini kerana orang Islam atau kes yang membabitkan agama Islam sudah sewajibnya tidak boleh dibawa atau dicabar di Mahkamah Sivil.

Walaupun begitu orang Bukan Islam yang mempunyai kepentingan di dalam sesuatu kes di Mahkamah Syariah boleh dipanggil untuk membantu mahkamah memberikan keterangan atau mengemukakan bahan bukti walaupun mungkin tidak boleh menjadi saksi.

Jelas sekali selagi kerajaan gagal menyelesaikan masalah pertikaian dua sistem iaitu sistem syariah dan sivil selagi itulah akan datang pertentangan antaranya. Sehingga ke hari ini kerajaan Islam Hadhari masih berdolak dalik dalam hal ini.

Kerajaan sepatutnya sudah lama menggubal undang-undang untuk mewajibkan semua kes melibatkan orang Islam mesti diadili dengan mahkamah syariah iaitu menggunakan Undang-undang Islam. Kes-kes ini semestinya mencakupi semua, bukan hanya nikah kahwin, cerai-berai, harta pusaka, hak penjagaan baik malah kes jenayah dan sebagainya mesti diadili mengikut hukum Islam.

Malangnya sehingga ke hari ini mahkamah syariah hanya mempunyai kuasa untuk mengadili orang Islam untuk kes-kes nikah kahwin, cerai berai, harta pusaka dan hak penjagaan anak-anak dan beberapa kes lain tetapi kes-kes lain seperti bunuh, rogol, zina, liwat, rompak, samun, fitnah dan sebagainya diadili di mahkamah sivil yang tidak bertepatan dengan Islam.

Bagi saya orang Bukan Islam tidak patut takut dengan sistem Mahkamah Syariah kerana ianya hanyalah untuk mengadili orang Islam sahaja. Orang Bukan Islam bebas untuk diadili dibawah mahkamah sivil.

Malah sesiapa yang bukan penjenayah, perompak, penyamun, perasuah dan sebagainya tidak perlu takut untuk diadili di mahkamah mana sekalipun andainya mereka tidak melakukan kesalahan. Hanya orang yang bersalah sahaja yang takut untuk ke mahkamah.


Forum “MEMELUK ISLAM“ , Satu Lagi Projek Kerajaan UMNO/BARISAN NASIONAL

Oleh ulitmayang

"
Dalam masa dua [ 2 ] hari saja , selepas dituduh di mahkamah seksyen Jalan Duta , Projek Liwat 2’08 , senyap dan sunyi sepi. TV 1, 2, 3, dan media lain dan berkemas – kemas fail.

Tutup kata mereka.

Dah selesai satu projekSebelum itu , kes tangkapan DSAI , laku dalam dua [ 2 ] hari jugak , lepas tu senyap

Sebelum tu , soal harga minyak naik , ni lama sikit , kurang lebih dua jugak , tapi dua [ 2] minggu.

Dah selesai.
Tutup fail kata Shahril Samad. Huh , baru boleh tidur .
Rakyat Malaysia dah redha dan menerima penjelasan kerajaan UMNO/BN , memang rakyat harus berkorban untuk kelangsungan kerajaan yang sedia ada.

Sebelum tu , klip video lingam , karpal singh vs Sultan dan lain – lain ,, dan bungkus kemas – kemas belaka dah.

Melayu mudah lupa.

Betul jugak ya !!!
Hari ini mula satu lagi projek , namanya “MEMELUK ISLAM“ , untuk KAMBUS Projek Liwat 2’08 , kerana umno/bn dah mengaku kalah , semua skrip dah hancur. Budak ‘Rembau” dah pening kepala , Pak Lah tak boleh tido pulak dah , tapi orang kata dia kuat tido.

So, dalam dua [ 2 ] minggu ni , Projek “MEMELUK ISLAM“ akan ditayang , dibahas , dihidangkan untuk rakyat Malaysia ,setiap hari dalam semua media arus perdana , sehingga ke hari penamaan calon P-44 Permatang Pauh , 16 hb dan hari mengundi 26 hb.

Selamat aku sekejap , kata UMNO/BN

Tapi yang seronoknya polis begitu “LEMBUT” , “SOPAN” , tak nampak FRU pun , bagus betul , siapa kata polis kat Malaysia jahat , ganas dan kasar ?
Siap bagi laluan lagi.

Berpeluang lah Sdr YB Salahuddin Ayub [ kenapa acap kali keluar TV YB ni , ke dah kena kawtim oleh Bahagan Perang Saraf & Perisikan UMNO ?] , Sdr YB Zulkifli Nordin , TGHH , TGNA pun acap kali keluar media,

Alhamdulillah lah.

Soalan 1

Mengapa rumah Sharizat Jali kena lempar bom molotov ?Rumah siapa yang Sharizat Jalil beli ?
Apa kaitan , Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga, dengan rumah berkenaan ?
Apa kaitan Shahrizat Jalil , Datuk S. Ambiga , Forum “MEMELUK ISLAM” ?

Huh , …..aku dah kena tipu lagi ke ni ????????????????????????


Forum 'Memeluk Islam' tamat awal

KUALA LUMPUR: Forum kontroversi 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam, yang diteruskan juga hari ini walaupun menerima bantahan keras daripada pelbagai pihak dan pertubuhan, ditamatkan lebih awal daripada jadual.

Kira-kira setengah forum yang bermula pukul 9 pagi itu berlangsung, Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga memberitahu forum itu bahawa polis telah menasihatkan agar ia ditamatkan pada 10 pagi. Forum itu sepatutnya berakhir 1.30 tengah hari.

Pada pukul 10 pagi, Ambiga mengumumkan secara rasmi bahawa forum itu ditutup. "Kami menghormati pandangan semua pihak. Kami tidak bergaduh dengan sesiapa dan saya mengumumkan forum ini ditutup," katanya.

Di luar perkarangan pejabat Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar di sini, di mana forum itu berlangsung, lebih 1,000 orang berkumpul termasuk anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sebagai bantahan terhadap penganjuran forum itu.

Daripada hanya kira-kira 100 orang yang berkumpul pada awal pagi, jumlah yang mengambil bahagian dalam bantahan itu meningkat kepada lebih 1,000 orang pada pukul 9.30 pagi dan jumlah itu terus meningkat dari semasa ke semasa. Kira-kira 80 anggota polis ditempatkan bagi mengawal keadaan. - Bernam

Rumah Shahrizat dilontar molotov koktail

KUALA LUMPUR: Rumah Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Bukit Damansara di sini, dilontar dengan molotov koktail awal pagi tadi.

Tiada kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu. Laporan polis dibuat oleh pengawal keselamatan rumah itu kira-kira jam 7.15 pagi.

Sementara itu dua molotov koktail juga ditemui berhampiran pintu masuk bangunan Majlis Peguam di sini, pagi tadi.
"

~ tranungkite~

2 comments:

Anonymous said...

salamun'alaika

http://puncak-kefasihan.blogspot.com

'alaika wa 'alaihi al-salam
SALAM hanya kepada orang yang dirahmati ALLAH serta para mukmin dan mukminat yang bertakwa.

salam dari-NYA; salam hak-NYA; salam dikembalikan pada-NYA
wa alhamdulillahir Rabbil 'alamin

wasSalam

my said...

Mereka semua terlupa..siapa sebenarnya dalang forum tersebut..dan siapa pula yang memegang majlis peguam. Saya ada buat penulisan disini Majlis Peguam adalah Proksi DAP. Diharap semua ambil iktibar dan jangan terpedaya lagi...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil