Followers

Sunday, August 10, 2008

Untukmu agamamu dan untukku agamaku!

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360


Ertinya:
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah : “ Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah ( pula ) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku.“

1. Say : O ye that reject Faith!

2 . I worship not that which ye worship,

3. Nor will ye worship that which I worship.

4. And I will not worship that which ye have been wont to worship,

5. Nor will ye worship that which I worship.

6. To you be your Way, and to me mine.


Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Surah ini mengenai sebuah peristiwa ketika beberapa orang kafir berusaha mengadakan dialog dengan Nabi dalam rangka menjatuhkan beliau agar kaum muslim kembali ke kebiasaan lamanya menyembah berhala. Mereka mengusulkan untuk menyembah Allah selama satu tahun, mengikuti ajaran Nabi, dan tahun berikutnya mereka semua, termasuk Nabi dan kaum muslim, menyembah berhala-berhala tradisional mereka. Dengan demikian mereka akan berganti-ganti praktik ibadat sampai salah satu cara terbukti benar pada salah satu pihak. Maka, menurut jalan pikiran kaum kafir, jika ajaran Nabi benar, mereka akan memperoleh keuntungan dari mengikuti ajaran Nabi; tapi, jika praktik kaum kafir benar, maka mereka dan kaum muslim akan mendapat keuntungan dari menyembah berhala-berhala. Surah ini mempakan jawaban dari mereka yang percaya dan beriman kepada mereka yang tidak beriman.

1. Katakanlah: Wahai orang-orang yang menyangkal kebenaran (kafir)!

2. Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah,

Ini adalah ungkapan penegasan dari orang beriman, yang percaya bahwa ia akan menerima dan merasakan rahmat dari Pencipta Yang Mahaesa. Oleh karena itu ia memberitahu orang kafir, 'Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah.' Orang yang beriman, malahan, menyembah langsung sumber makanan batinnya, yang menjaga agar selamat dari kegelapan yang melingkupi orang lain dan yang memberinya cahaya dan pencerahan. Sumber tersebut menambah keimanannya melalui ' ubudiyah (ibadah)nya dan melindunginya dari segala bahaya. Ibadah menjadikan perjalanannya mu'abbad (mudah, lancar, tidak ada perlawanan). Dengan kerendahan hatinya ia diangkat semakin lama semakin dekat kepada sumber mata air.

3. Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah.

Dengan kata lain: Engkau tidak punya jalan menuju sumber yang aku sembah, karena engkau tidak menyembah energi halus yang memancarkan semua Sifat.

4. Dan aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,

Tidak pernah akan, dan tidak pernah bisa, setelah tercerahkan, setelah dibukakan, setelah mengetahui Allah, menghormati atau memuja apa yang engkau sembah.

5. Dan kamu pun tidak akan menyembah apa yang akn sembah

Di masa akan datang, engkau pun tidak akan pernah menyembah kebenaran yang aku sembah. Ini merupakan ramalan yang menunjukkan bahwa orang-orang yang dalam kekufuran akan tetap dalam kekufuran. Ada orang yang telah diciptakan sebagai bahan bakar neraka, sebagaimana berulang kali dikatakan dalam Alquran, dan fakta ini tidak dapat diubah. Mereka akan tetap begitu meskipun kita meminta agar mereka tidak melakukan itu, meskipun segala upaya dilakukan untuk menarik mereka ke dalam cahaya din.

6. Untukmu agamamu dan untukku agamaku!

Orang yang beriman berada dalam ketenangan hati yang sempuma dan orang yang tahu bahwa segala sesuatu berada dalam genggaman Allah menyimpulkan, 'Engkau mempunyai jalan sendiri, jalan yang kau pilih untuk melengkapi lagi dirimu dan berinteraksi dengan orang lain, dengan wujud apa pun yang kau anggap mutlak, dan aku punya jalan sendiri!' Kemudian orang-orang yang beriman dan berkeyakinan teguh bergandengan tangan mengikuti metoda yang telah disempumakan dari model Muhammad. Mereka tidak diterangi dari luar; penerangan mereka ber-asal dari dalam. Mereka berjalan sepanjang pantai lautan cahaya, dan pantai ini ada batas-batasnya. Inilah jalan orang mukmin, j'alan keyakinan yang sempurna.[]


"Tajuk forum yang akan dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia, "Memeluk Islam" mempunyai implikasi seolah-olah Islam sebuah agama baru dan penuh dengan masalah bagi sesiapa yang berminat untuk menganutnya sehingga ia seolah-olah perlu diberikan amaran.

Barangkali Majlis Peguam hanya benar-benar mahu membincangkan soal teknikal bersabit implikasi undang-undang kesan apabila seseorang ahli keluarga atau pasangan bukan Islam memeluk agama Islam.

Jika hanya mahu membincangkan soal teknikal perundangan, tidak perlulah Majlis Peguam menggunakan tajuk seperti itu kerana tajuknya sahaja sudah seolah-olah membawa niat tidak betul dan mengundang pelbagai reaksi negatif dari pemimpin kerajaan dan pembangkang serta pemimpin-pemimpin pelbagai pertubuhan NGO Islam.

Dalam lain perkataan, tajuk forum ini sahaja sudah terbukti provokatif sehigga mengundang kemarahan umat Islam Malaysia.

Pandangan rasmi kerajaan itu turut dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kata beliau, "Saya tidak faham mengapa dia (Majlis Peguam) nak anjurkan forum ini, apa tujuannya kerana telah berjuta-juta manusia di dunia ini memeluk Islam sekian lama, jadi kenapa pula mereka perlu bising sekarang.

"Saya lebih setuju jika dibuat satu forum khas tentang mana yang lebih baik dan logik antara agama Islam dan agama lain. Ini lebih baik dan bermanfaat,�

Bagi Presiden Persatuan Peguam Muslim Tan Sri Abu Zahar Ujang, beliau mengingatkan bahawa negara mempunyai Akta Hasutan yang masih diguna pakai dan jika berlaku kemaharahan kaum dan penganut agama Islam maka Majlis Peguam perlu memikul tanggungjawab.

Tentulah tidak sepatutnya Setiausaha majlis berkenaan Lim Chee Wee menyelar Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak difahaminya.

Nampaknya Lim Chee Wee terlupa bahawa Syed Hamid adalah Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab secara langsung tentang ketenteraman awam dan keselamatan dalam negera dan juga merupakan seorang peguam.~harakah~"

5 comments:

kulatlapok said...

salam Ummi...

Orang bukan Islam tidak berhak mempersoalkan segala isi kandung agama Islam tetapi mereka boleh berdialog "Apa itu ISLAM"..sejak merdeka (50 tahun sudah) orang Isslam tidak pernah mempersoalkan agama lain.. apa yang pasti kerukunan dalam sesebuah negara perlu ada agar masing-masing (kaum) memelihara agama mereka sendiri tanpa menyentuh agama lain...seperti yang diterjemahkan oleh post Che Eduardo (walaupun bukan muslim) tapi punyai niat yang satu untuk keharmonian bangsa negara Malaysia...Wallahualam

PS*Tabik hasrat Che Eduardo..

Unfiltered-Madness said...

Assalamualaikum UmnniAnni,

bertuah singgah blog ni dapat belajar tafsir al-quran.

harap dapat singgah lagi di lain waktu

Admin said...

Tindakan mereka hampir-hampir boleh mencetuskan pertumpahan darah...

Islam agama suci, perlu di jaga dan dihormati...

Anak melayu pula pantang di cabar...

Bila kedua-duanya bergabung dan dicabar...huh..tak bernai nak bayangkan la!

Cikgu Makmal said...

Ummi...camner nak kibarkan bendera tu...ajar la skit!

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam,

mr.kulat,Des -

mereka kena faham ayat akhir dalm surah ni "Untukmu agamamu dan untukku agamaku!"

anakmalaysia -

ilmu tu ada di mana2..kita cuma perlu rajin mencari kerana ia takkan dtg sendiri

guru malaysia -

kalau nak kibarkan bendera gi la ke sini --> http://photobucket.com/images/jalur%20gemilang%20/ pilihlah bendera mana yg berkenan kemudian copy html code dia..pastu tampe je kat blog..guna HTML/JavaScript page element..

wallahualam

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil