Berjalan2 kat blog kengkawan tadi...ummi singgah blog tok ghimau baca entry dia mengenai 'Ikut Logik atau Ikut Agama?'..wah betul2 make my blood go upstair i tell u allz..bila baca makin lama makin hangat tinger ummi..tak tau la pasal apa..kalau lah sape2 bukak cite IFC dan SIS ni..otomatik tinger panas punye..sib baik tak sampai kena sampok atau histeria....
Tau niat dorang tu baik..tapi cara aje tak betol,kita kalau nak membantu golongan wanita2 yg terindas..kenala rujukkan dia Al-Quran dan Sunnah bukan pakai logik akal...sebab Al-Quran tu dah cukup sempurna tak kira zaman mana kita berada....apa dorang ingat Islam tak membela wanita ke..?
kita takut waris kita kemudian hari makin hari makin jauh dari ajaran dan fikrah Islamiah kalau puak2 ni terus diiktiraf....walaupun banyak faedah yg diutarakan untuk pembelaan nasib kaum wanita tapi tuntutan mereka2 ini jauh sgt meninggalkan apa yg dah termaktub di dalam Al-Quran....sehingga kita merasakan tindakan mereka seperti tajuk lagu 'tak tercapai akalku'...
kita kalau nak buat sesuatu hendaklah disertakan dengan redha Allah s.w.t...kena minta pandangan orang2 yang arif dan alim sebagai rujukan...demi tidak terusik maruah umat Islam...wallahualam
mari kita lihat apakah dia nya IFC dan tuntutan2 mereka..walaupun cerita ni dah lama..tapi disebabkan "melayu mudah lupa" meh ummi nak kasi ingat balik..terima kasih kat tok ghimau pasal mengingatkan ummi...
PENUBUHAN INTERFAITH COMMISSION
1. Apakah Interfaith Commission (IFC)? IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.
2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC? IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.
3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC? Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut: Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
Pada 8 Disember 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'. Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.
Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini di anjurkan oleh suatu badan yayasan Kristian yang beribupejabat di Negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).
4. Apakah matlamat penubuhan IFC? Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.
5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?
i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
vii. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya. viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam? Berdasarkan deraf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut: i. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam
IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa berselindung). Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan - Freedom of Religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan dalam urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.
ii. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah Norma-norma antarabangsa tersebut ialah: Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948,
Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995),
Konvensyen mengenai hak kanak-kanak,
Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama,
Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewarga negaraan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti,
Deklarasi Vienna dan pelan tindakan.
Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.
iii. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.
iv. Orang Islam bebas untuk murtad Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama... (Artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.
v. IFC berhak menentukan status agama seseorang Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang di antaranya adalah orang bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal Agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) deraf undang-undang IFC. Tiada sebarang agama yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Oleh yang demikian tidak pernah wujud badan seumpama IFC di mana-mana sahaja dalam dunia ini.
7. Apakah sikap kita sebagai Muslim? Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kerajaan awal tahun ini telah mengumumkan penangguhan penubuhan IFC. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC. Para pelopor IFC ini tidak akan berdiam diri dengan penangguhan ini dan akan terus melobi semua pihak untuk menerima cadangan mereka. Ini terbukti apabila mereka menyokong sepenuhnya pengikut-pengikut Ayah Pin yang ingin murtad dan menyediakan khidmat guaman untuk menyaman pihak berkuasa dan membawa kes ini ke peringkat tertinggi. Orang Islam perlu berwaspada dan jangan terpedaya dengan diayah bahawa tindakan mereka ini hanya satu dialog antara agama.
KAMI HARGAI KEPUTUSAN KERAJAAN MENANGGUHKAN SEBARANG TINDAKAN DALAM HAL INI. MALAH KAMI HARAP PENUBUHAN IFC DI TOLAK SAMA SEKALI. KAMI BERPENDAPAT PENUBUHAN IFC INI BOLEH MENIMBULKAN KETEGANGAN ANTARA AGAMA DAN MENGGUGAT KESELAMATAN NEGARA. JIKA ANDA MENCINTAI ISLAM DAN BERHASRAT MEMELIHARA HAK-HAK MUSLIM, ANDA SEPATUTNYA MENYEBARKAN RISALAH INI. ANDA JUGA DIMINTA MENYUARAKAN PROTES INI KEPADA WAKIL RAKYAT ANDA. ORANG ISLAM WAJIB SEDAR TENTANG ANCAMAN PENUBUHAN IFC. Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan sumbangan dari YADIM dan ahli-ahli individu yang prihatin.
Ahli-ahli ACCIN terdiri dari: Al-Hidayah, Belia PERKIM, GEPIMA, Islamic Information and Services, Islamic Outreach ABIM, JIM, MACMA, Persatuan Al-Hunafa, Persatuan Darul Fitrah Malaysia, Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darus Syifa), Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (Jam'iyah), Persatuan Ulamak Malaysia, RICOI, WAMY.16 Kerajaan didesak tidak teruskan IFC - Teras Pengupayaan Melaya
Kenyataan Bersama: Kerajaan Tidak Berhak Mengawasi Akhlak<-- (klik sini kalau nak baca abih)
Berdasarkan beberapa perkara yang berlaku semenjak kebelakangan ini, nyata sekali kita, sebagai rakyat Malaysia, tidak lagi boleh berdiam diri dan terus membiarkan penglibatan kerajaan yang semakin meningkat dalam mengawasi akhlak rakyatnya.
Penangkapan seorang mak nyah oleh pihak berkuasa agama di Taiping semasa dia berada di perkarangan rumah seorang kawannya (The Star, 2 Mac 2005, ms 12); kempen mengintip kelakuan anak-anak muda oleh Gerakan Belia 4-B Melaka dengan alasan mengawasi akhlak mereka (Malaysiakini.com, 22 Febuari 2005); dan penahanan dan tindakan yang memalukan ke atas lebih daripada 100 orang muda mudi beragama Islam oleh JAWI berikutan satu serbuan ke atas sebuah kelab malam di Kuala Lumpur - semua ini merupakan peristiwa-peristiwa malang yang membuktikan bagaimana tindakan mengawasi akhlak boleh mencabuli kehormatan seseorang manusia serta hak asasi mereka sebagai rakyat.
Kami mempersoalkan peranan kerajaan, serta penggunaan undang-undang agama dan undang-undang munisipal oleh pihak kerajaan, untuk mendefinasi dan mengawal akhlak rakyatnya. Memaksa dan menakut-nakutkan rakyat supaya mematuhi undang-undang tersebut tidak akan membawa kepada masyarakat yang lebih berakhlak; sebaliknya tindakan tersebut akan menghasilkan masyarakat yang berada dalam ketakutan serta rakyat yang bersifat submisif dan hipokrit.
nak baca abih gi klik kat tajuk dia kat atas tu..
Sisters in Islam "
ummi : sekarang pepatah "jangan jaga tepi kain orang" dah tak berapa boleh pakai...kerana dalam Islam suruh kita tegur menegur..ingat mengingati..nasihat menasihati..kalau kiat tak jaga tepi kain orang mana kita nak tau apa yg berlaku disekeliling kita...tapi jangan jaga sampai dalam kain orang...nak kena maki try selak kain orang..tak penampor dapat nanti...tepi kain saje tak salah...tu pun tgk aje,jangan pegang..kalau nampak carik ke hape...bagitahu boleh dibetolkan...
Kalau kita bezakan zaman dulu dengan sekarang jauh sungguh bezanya...kalau dulu anak kita anak satu kampung juga..."anak kamu anak aku..anak aku anak kamu jadi kalau ko nampak anak aku lain macam sikit ko tegur la,aku izinkan.."so anak2 kita tak berani nak buat tak tentu hala kat belakang kita..mata2 kita ramai....semua orang boleh tolong kita jaga anak kita..
sekarang...anak2 buat perangai belakang kita takda sape nak kasi report...jadi wartawan gosip ramai la...
wallahualam
No comments:
Post a Comment