Zahir berlian di sunyi hari
Harta rakyat dijadikan taruhan
Akhir kebencian menjadi api.
Gula dan santan diuli roti
Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua.
Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
ELOKLAH TUAN MENGUNDUR DIRI.Pergilah mandi di Titi Tinggi
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI.(sumber harakah)
Di atas ni adalah pantun nukilan Mufti Perlis Dr.Asri...hanya boleh menyalurkan ketidakpuasan hati terhadap pimpinan kerajaan sekarang ni dalam pantun saje..itu pun kira ok la...kalau tak gheti2 lagi tak tau la...sapa makan cili dia yg terasa pedas...
Api kemarahan rakyat lama-kelamaan membuahkan rasa benci kepada pemimpin negara dan arus perubahan mula berkocak menjadi satu gelombang.
Akibat keadaan ekonomi , sosial dan politik negara yang dilihat kurang stabil, maka pemimpin negara digesa untuk berundur....
Dan beliau juga mengharapkan supaya pengganti yg lebih bertanggungjawab..seperti baris terakhir "BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI." semua orang pun mengharapkan perkara yg serupa...
Ada sesiapa nak beli pantun mufti ni..?? atau sapa2 nak jual pantun pun boleh saje..sila lah..
6 comments:
2 - 3 Kucing Belari
Mana Nak Sama Kucing Belang
4 orang dah berlalu pergi
tak sama cam pak lah sorang
Sorong Papan Tarik Papan
Buah Keranji Dalam Perahu
Suruh Makan Engkau Makan
Suruh "Resign" engkau Tak Mahu
Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang
Rupanya Hujan Ditengah Hari
Tak ku sangka kaduk naik junjung
Rupanya PakLah Tido disiang Hari
tanam serai tanam halia,
tanam juga pokok sengkuang,
orang berbudi disanjung mulia,
orang yg kuat tido kita buang.
tenang-tenang air di laut,
sampan kolek mudik ke kuala,
hati terkenang mulut menyebut,
bila lah Pak Lah nak turun tahta.
Sirih junjung sirih pinang
Sirih kuning diberi nama
Kian Lama Kian Terkenang
Menantu sorang saja dijaga
Makan sirih di dalam puan
Puan datang dari Deli
Melayu, Cina, Keling juga Kadazan
Sudah bermimpi Perdana Menteri (baru)
Sayang sirih dari seberang,
Pokok mengkudu dahannya tinggi
Seorang menantu seorang sayang,
Scomi oh scomi lekat di hati.
Makan nasi dengan khinzir,
Khinzir diimpot dari Paris,
Apa perkembangan Projek Khinzir,
Dengar lebih canggih dari yang ada di Paris.
(Den hentam yo...tak pandai pantun ni, tu yang tak ada kena-mengena dengan tajuk tu)
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada Ummi dan Keluarga, dan mohon maaf jika ada terkasar bahasa dalam penulisan dalam blog Ummi.
Ikhlas
Harimau Menaip.
wah cantik blog ni....
salam
hashim habeed,too short,tok ghimau..
terima kasih sudi menjual pantun..hantam asaja lah tok ghimau..janji ada bunyi macam berpantun..
Slamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak juga pada tok ghimau dan keluarga serta pengunjung blog ni..mohon maaf zahir batin..
apisfires
terima kasih..
Post a Comment