sumber PerakDaily
IPOH: Teori 31 Ogos yang direkacipta Tajol Rosli untuk mengambil alih Kerajaan Negeri Perak jelas sekali menjadi mimpi kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terus tegap berdiri, walaupun dilemparkan dengan pelbagai ceritera negatif.
Buktinya, Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin semalam terus mengetuai kabinet negerinya menyambut hari kemerdekaan ke 51 di Dataran DBI bersama-sama ribuan rakyat. Satu perbarisan kehormat diadakan dan paduka seri Tuanku Sultan Perak berkenaan memeriksanya.
Pada hari pertama Ramadhan ini pula beliau mengadakan majlis berbuka puasa di kediaman rasminya.
Jelaslah teori penglipurlara Dato Seri Tajol tidak diakhiri mimpi indah sebaliknya mengusamkan lagi harapannya yang jelas kini menjadi bahan ketawa rakyat Perak terutamanya. Semnetara itu, saya menerima beberapa pesanan ringkas bertanyakan sama ada kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih berdiri kekal ?
Sepertimana pernah saya paparkan sebelum ini, teori 31 Ogos Tajol itu, tidak lebih daripada cubaan nakal untuk mempengaruhi minda rakyat bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak akan bertahan lama. Lantaran itu mantan Menteri Besar itu menaruh harapan agar keteguhan kabinet Nizar akan tercalar ataupun terus tumbang.
Secara asasnya, ia mungkin sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan rakyat, kegusaran maupun mempetikaikan kebenarannya. Dan kebenarannya ialah ide yang dilemparkan Tajol itu tidak berkesan dan berasas sama sakali.
Konspirasi penahanan dua exco kerana dakwaan sogokan $$$ dan seksual oleh Badan Pencegahan Rasuah pada pertengahan Ogos juga seakan-akan ada iras-iras ke arah kebenaran perancangan 31 Ogos peralihan kuasa kerajaan negeri. Bagaimanapun pastinya ia juga tidak meninggalkan kesan.
Kes itu akan dibicarakan tetapi pokoknya ia juga melepasi waktu 31 Ogos. Apapun 31 Ogos telah lepas dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat turut bebas meraikan kemerdekaan negara. Kesemua 31 anggota Dewan undangan negeri Pakatan Rakyat terus kekal bersama meskipun diduga sebegitu rupa.
Kesemua 31 adun termasuk Menteri Besar sentiasa berikrar bersatu teguh mempertahankan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, meskipun dengan satu majoriti. Nizar pernah berkata Kelantan pernah menghadapi situasi majoriti satu kerusi, tetapi mereka terus kekal sehingga hari ini.
Pakatan Rakyat sesungguhnya bukan hanya menghadapi karenah Umno, tetapi juga seluruh jentera kerajaan persekutuan yang terus berusaha merendah-rendahkan martabat kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Selain itu media arus perdana juga sentiasa mencari ruang untuk mendedahkan sebarang perkara yang dianggap menjadi bahan negatif.
Sesungguhnya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat bukan setakat memerlukan 100 hari untuk membuktikan segala perancangannya, malahan lebih daripada waktu itu. Apalah sangat 100 atau 200 hari berbanding dengan 50 tahun lamanya negeri Perak diperintah BN.
Mursyidil Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika dikunjungi Mei lepas berkata, 100 hari tidak memberi apa-apa makna dalam pemerintahan, malahan beliau mengambil masa setahun untuk memperbetulkan kaedah dan corak pentadbiran negeri Kelantan semasa diambil alih daripada BN dulu ke landasan yang benar.
Serangan terbaru pada kerajaan negeri Pakatan Rakyat ialah pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah menengah persendirian Cina di Perak. Pastilah akhbar berbahasa Cina semuanya melaporkan berita itu, manakala media arus perdana cuba mempertikaikannya secara halus.
Utusan Malaysia secara halus cuba mengambarkan unsur betapa Menteri Besar memberi ruang besar pada sekolah menengah persendirian Cina melalui tajuk beritanya, dan seolah-olah mengenepikan sekolah-sekolah agama Islam .
Secara jujur Nizar berkata, pemberian itu bagi membolehkan sekolah berkenaan dapat mengusahakan tanah berkenaan dan mereka dapat menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk membiayai kos pentadbiran sekolah, kerana peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah pada masa ini tidak memadai.
Nizar memberi jaminan akan memastikan kepentingan hak SAR terpelihara dan beliau sendiri memberi tumpuan penuh pada perkembangan pembangunan SAR. Sesungguhnnya dalam MMK, exco DAP sendiri tidak pernah campur tangan dalam urusan agama Islam di negeri Perak, malahan meminta ia ditangani dengan bijaksana dan diberi nafas untuk berkembang maju sepertimana sekolah-sekolah bantuan kerajaan yang lain. END
2 comments:
buat semua
selamat menyambut ulang tahun gerakan reformasi yang ke 10. ( 20998-200908 )
ada buat majlis berbuka puasa ke untuk meraikan ulangtahun ni..??
Post a Comment