KUALA TERENGGANU, 3 Sept (Hrkh)- Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diramalkan semakin goyah menjelang 16 September 2008 ini.
Ahli-ahli Parlimen BN yang 'didakwa' akan menyertai kerajaan baru Pakatan Rakyat bukan lagi omong-omong kosong dan bakal menjadi kenyataan.
Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Fariz Musa yakin Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dapat merealisasikan peralihan kerajaan sebagaimana yang ditetapkan.
Ini kerana, katanya dengan penyertaan semula Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu ke dalam Parlimen setelah 10 tahun dinafikan lebih menyakinkan Pakatan Rakyat.
"Kita (KeADILan) yakin akan dapat realisasikan rancangan peralihan kerajaan kepada Pakatan Rakyat dengan kemasukkan semula Dato' Seri Anwar ke dalam Parlimen sekarang.
"Kita juga lebih yakin dengan senario itu kerana daripada sumber-sumber tidak rasmi kini sudah ada seramai 43 Ahli Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat termasuk di kalangan MP Terengganu," jelasnya ketika dihubungi (Gambar - Fariz Musa)
baca selanjut disini --> Harakah
Anwar temui AP dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung semalam
Oleh: G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK (MStar)
PETALING JAYA: Ketika tinggal kurang dua minggu untuk mencapai sasaran 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan minggu ini dengan ‘memburu’ wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pagi semalam, yang dipercaya akan membantu beliau membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
mStar Online difahamkan sebelah pagi semalam beliau telah menemui sekumpulan Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara.
Menurut sumber, antara perkara yang dibincangkan ialah format dan formula untuk pembelaan masyarakat Sabah dan Sarawak.
Sumber memberitahu mStar Online, pertemuan susulan diadakan selepas Anwar menemui wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat berhubung Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lalu.
Pertemuan kedua ini dikatakan memfokus kepada cara terbaik untuk membentuk kerajaan baru tanpa menyatakan sebarang komitmen penuh untuk menyokong pembentukan kerajaan barubaca selanjut disini -->PerakExpress
4 comments:
Eloklah sangat berhijrah dalam bulan baik ni.
:)
Semakin berdebar dah ni. Jangan tak jadi udahlah.
43 orang? fuh..ramai tu. Mahu gamat Parlimen nanti.
penantian satu penyeksaan
said...
makin hari makin banyak yg tak masuk akal yg berlaku..kita kena tunggu dan lihat...nak berandaian takut tersilap pulak...
lebih baik kita sama2 berdoa agar berlaku perkara yg baik2 saje..takut Allah murka..bahananya rakyat yg tak berdosa menjadi mangsa..
wallahualam
Post a Comment