jangan diganggu singa yg kelaparan...
bukan maksud tidak mempedulikan anak bangsa dan agama..tapi kenyataan dari seorang penipu/penyamun sukar untuk kita percayai lagi...
sudah2 la..lebih baik tumpukan amal ibadah di bulan yg barakah ini ...jangan dibuka jalan perpecahan perpaduan bangsa ...seperti yg dilaung2kan di hari kemerdekaan yg lepas...." Perpaduan Teras Kejayaan. " kalau perpaduan teras kejayaan kenapa nak dikotori perpaduan itu ... kenapa nak dimusnahkan perpaduan yang dah terbina hanya untuk menjaga kepentingan kuasa dan pangkat...jangan diulang sejarah hitam 13 Mei...
sebagai manusia kita kena redha dengan peraturan dunia...ada kala kita di atas bukan untuk memijak dan menghina orang yg dibawah...dan bukan untuk selama2nya puncak yg tinggi milik kita....
dan jangan terlupa..bahawasanya suatu hari nanti mereka yg di bawah akan dapat mendaki dan duduk dipuncak..ketika itu sudah terlambat untuk kita menyesali diri...melainkan dengan perasaan redha kita melepaskan apa yg pernah jadi milik kita...dan muhasabah lah diri kita untuk memperbaiki kelemahan dan kelalian diri..
."sumber dari-perakExpress
Perang mulut mengenai ucapan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera semakin panas. Dipanaskan lagi dengan penyertaan MCA. Tapi jangan lupa, tentang apa yang berlaku pada tahun 1987 diantara Najib dan Lee Kim Sai.
Kedua-duanya berperang dengan menggunakan hujah-hujah rasis yang menaikkan kemarahan Melayu dan Cina. Dan akhirnya, ketegangan kaum ini digunakan sebagai asas untuk melancarkan Ops Lallang. Najib lari ke Jakarta dan Lee Kim Sai lari ke Australia, manakala tokoh-tokoh pembangkang ditangkap dan dihumban kedalam Kem Tahanan Kamunting.
Drama yang sama cuba dilakonkan semula dan selepas isu Melayu-Cina, sekarang ditimbulkan pula isu India. Satu surat telah disebarkan untuk menaikkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap orang-orang India. Surat yang menghina orang-orang Melayu ini dikatakan datang dari orang India, dengan harapan orang-orang Melayu akan marah. "
kita tak boleh cepat melatah dalam waktu2 yg terdekat ni…macam2 boleh berlaku bagi menggagalkan projek 16 sept..harap jangan ada yg termakan provokasi BN ni…dah bnyak contoh kita ada untuk tidak percaya dengan apa yg diterbitkan oleh pihak mereka.
wallahualam..
11 comments:
PAdan muka kamu
Salam.
Isunya bukan melatah, melenting atau perkauman. Yang paling penting sekarang, cari siapa yang sebenarnya "pencipta" surat ini. Kemudian jatuhkan hukuman seberat2nya. Ini merbahaya untuk dipandang sepi oleh kerajaan.
Sekiranya tidak ada susulan dari pihak berkuasa mengenai kes ini, bolehlah kita simpulkan yang ianya memang "rekaan"..puak "tu".
Wassalam
Macam ayat yang dikarang oleh puak2 Umno aje...
salam,
terima kasih sudi beri pandangan...
sebenarnya surat ini banyak kemungkinan...sekira ianya bukan rekaan..memang boleh mengundang kemarahan orang melayu terutamanya Islam ...kerana telah menghina Nabi Muhammad s.a.w...
sekiranya rekaan..apa motif selain cuba menghasilkan kucar kacir dalam negara..
saya setuju dgn saudara raktamrittika,rasanya tak susah pihak berkuasa hendak trace pencipta surat ini...dan kita semua berharap ianya disegerakan bagi mengelak mudharat yg lebih besar..
wallahualm..
salam azwan,
ayat macam ni sape2 pun boleh karang...cuma ianya nampak lebih kepada kerja dari pihak2 yg sudah ada rekod suka menghina dan mengaibkan sesama makhluk...
nak buat macamana kita tak boleh lari dari bersangka buruk pada makhluk yang mempunyai reputasi yg tidak boleh dipercayai..
maaf lah sekiranya sahabat2 kita dari BN terasa..itu hakikat..walaupun bukan semuanya tak elok..tapi kebanyakkannya begitu..
wallahualm..
pada saya, pengarang surat ini tidak boleh disalahkan seratus peratus. pada asalnya siapa yang bersalah? melayu bukan? yang berperangai begini sebenarnya betullah dia tu melayu tetapi bukan berperangai islam.
india ini silap faham sebenarnya. dia tidak faham islam. India itu juga berperangai india bukan berperangai hindu.
ajaran hindu mana boleh caci agama lain, mana boleh bagi sogokan, mana boleh memperlekehkan orang lain.
hakikatnya kedua-duanya, melayu dan india itu telah tidak mengikut dan menganuti ajaran agama masing-masing! itulah sebagai penyebab isu ini timbul sebenarnya.
yang india tu dah nak ke amerika silakan berambus. rakyat malaysia tidak perlukan orang-orang sebegini.
......."setiap kali kami masuk pejabat tuan, borang diambil secara selamba dan ditegur secara tidak sopan"....pandangan saya, kalau melayu pergi pejabat kerajaan pun kena layan macam tu jugak.
mountdweller
betol...bukan bangsa asing je tak paham...orang melayu pun ramai yg taknak paham...
Islam bukan melayu..melayu tak semestinya Islam...
miss n
bila kita kata org gomen ni tak mesra org awam dorang marah..tapi hakikatnya memang begitu..
wallahualam
sabar separuh dari iman.. jgn percaya bulat-bulat dan jgn tuduh sape-sape, seeloknya lapor pada polis.. biarlah diaorang siasat tukang wayang nih.
dah ada surat penafian dari tuan punya nama dalam surat tu Pn Geetha Ramachanderan..sila baca email dia...di sini --> http://haninasution.blogspot.com/2008/09/surat-balas-dari-geetha.html
sila baca...
wallahualam
http://pkrpasdap.blogspot.com
bagus kenyataan surat ini..pinjam..kita sebarkan lagi
Post a Comment