Followers

Thursday, September 04, 2008

Surat balas dari Geetha Ramachanderan..mesti baca !!


09/04/2008

Surat balas dari Geetha Ramachanderan

rakan blogger di http://perakexpress.com/?p=1516 mengingatkan agar tidak teruja dengan isu perkauman. web beliau memaparkan surat yang kononnya telah dihantar oleh sepasang suami isteri India kepada pihak tertentu yang memperlekehkan oran melayu. Surat tersebut sebenarnya telah diada adakan demi memporak perandakan negara Malaysia yang kita cintai ini. Berikut adalh e-emel yang saya perolehi dari piah yang dituduh menafikan penglibatan mereka:


From: geetha ramachanderan [mailto:sde_prop@yahoo.com]
Sent: Monday, August 11, 2008 2:31 PM
To: Azizan Hashim
Cc: sde_prop@yahoo.com
Subject: penafian_surat layang

Kepada semua yang menghantar e-mail kepada saya dan suami saya tentang surat layang

yang dihantar ke Pejabat tanah/daerah Hulu Langat. Pertama sekali saya ingin meminta maaf

ke atas perkara ini. Sebenarnya surat ini bukanlah ditulis oleh kami berdua dan ini adalah satu fitnah terhadap kami.

Ini mungkin ditulis oleh orang yang betul-betul cemburukan kami dan untuk menjatuhkan imej syarikat kami.

Lagipun surat ini bukan hanya dihantar ke Pejabat Tanah Hulu Langat sahaja, tetapi juga ke semua Pejabat tanah &

Daerah di negeri Selangor.

Kami telah membuat laporan polis tentang perkara ini dan polis sedang menyiasat kes ini. Orang yang tulis surat ini

tak gunakan letterhead dan tiada tandatangan kami di surat dan ejaan nama saya juga salah di surat tersebut.

Lagipun kami bukanlah hidup mewah seperti yang dikatakan di surat tersebut. Kami hanyalah golongan sederhana

yang bercita-cita untuk maju dalam perniagaan kami. Kami juga tidak berniat langsung untuk komplain mana-mana

pegawai, sedangkan merekalah yang memberi kami peluang pendapatan. Kenapa perlu kami membuang pasir

pada periuk nasi kami sendiri? Kita sudah hidup aman di negara kita, buat apa kami nak kutuk agama Islam atau

orang melayu dan juga pemimpin kita? Sekarang hidup kami sudah tak tenteram kerana menerima banyak gangguan

daripada orang awam. tolonglah kami sebarkan message ini kepada semua orang yang maklum akan perkara ini dan

selamatkanlah kami berdua yang tak berdosa dan tak bersalah ini.

sekian terima kasih.


----------------end e-mail----------

Semoga kita tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya pihak tertentu yang mahu menjahanamkan negara demi mengekalkan kekayaan mereka.

2 comments:

Harimau-Menaip said...

Boleh percaya ke Macha ni...Lidah bercabang kot...

Tak pe Ummi. Saya suka tunggu perkembangan lanjut. Terima kasih kerana telah memaklumkan.

Wassalam.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

tak tau la..sekurang2nya email dia ni menunjukkan sikap tanggungjawab bagi mengelakkan kemarahan orang melayu...

yang penting kita harap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ni...

maruah orang melayu dan agama Islam jgn cuba2 dipermainkan...banyak singa2 dan harimau2(bukan tok ghimau ekk)yang sedang lapor kat malaysia ni...jangan dikejutkan mereka2 ini..

dan pada yg mengarang 'surat sialan' tu..diharap memohon maaf dan bertaubatlah sekiranya anda beragama Islam..dan sekiranya anda bukan...mohon maaf pada orng Islam yg berbangsa melayu..kerana anda cuba bermain api...

wallahualam.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil