"(Berikut adalah petikan berita daripada muka depan akhbar berkenaan)
Hadi mahu penjelasan
Oleh ZULKIFLI MANZOR
KEMAMAN 1 Nov - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Kata Abdul Hadi, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut.
Sehubungan itu, beliau akan meminta penjelasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung pelantikan Siew Moi itu.
"Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam."
Seluruh rakyat Malaysia perlu menilai laporan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan mengambil tindakan sewajarnya, memandangkan akhbar media perdana tersebut telah berkali-kali melakukan perbuatan melaporkan berita secara yang tidak wajar.
Berikut disiarkan Transkrip Penuh Sidang Media Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Dato' Seri Amar DiRaja, Chukai Kemaman selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Kali Ke-12, semalam 1 November 2008 yang disiarkan oleh Buletinonline.
Lima orang wartawan hadir dalam sidang media tersebut; Khairul Azlam Mohamad dari Harakah, Sazali Mohd Noor dari Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu, Lee Yoon Sang dari Sin Chew Daily, Khairul Rizal dari Sinar Harian dan Zulkifli Manzor dari Utusan Malaysia.
Turut Hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong.
(Berikut adalah transkrip penuh sidang media tersebut)
DS Hadi : Soalan teruslah
Lee : Dato Seri, dengar ucapan Dato' Seri kata tambah 5% sokongan undi sokongan dari Melayu boleh memerintah semula negeri Terengganu boleh Dato' Seri ulas sikit, pasal tadi Dato Seri Kata dengan undi yang baru baru dapat 20 kerusi parlimen, boleh ulas balik
DS Hadi: Yang pertama kita perlu menyedari bahawa di negeri Terengganu keputusan pilihanraya seringkali bergantung kepada undi penentu. Undi penentu ini kebiasaannya adalah undi atas pagar yang tidak berparti
Sebenarnya 40 peratus lebih undi yang kita capai adalah undi PAS sama ada ahli atau pun penyokong. Kita dapati PAS mempunyai pengaruh yag sangat kuat di negeri Terengganu.
Barisan Nasional lebih bergantung kepada undi atas pagar atau pun pengundi hantu yang dibawa dari luar yang dilakukakn melalui politik wang dan penyusunan pengundi dengan kerjasama daripada SPR dan pendaftaran Negara.
Menunjukkan bahawa kekuatan UMNO Terengganu bertongkat kepada cara-cara tersebut.
Kita boleh membuat perubahan dalam rakyat negeri Terengganu sendiri dengan sedikit perubahan itu, Insya-Allah terlaksana apa yang disebut tadi Kita mesti sedar bahawa kalau pemilihan Umno mereka dipengaruhi oleh 'money politic' politik wang maka pilihan raya umum lebih-lebih lagi lah, kalau dalam parti pun itu cara dia pilihanraya umum lebih-lebih lagi
Khairul Rizal : Hah apa ni, penubuhan Kerajaan baru yang diwar-warkan oelh Anwar Ibrahim, macaman strategi politik penubuhan itu
DS Hadi : Kita tunggu, tunggu daripada perubahan ahli-ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional yang lain.
Lee: DS Anwar bercakap dia rasa pada situasi sekarang amat sukar
DS Hadi: Tidak mustahil, walaupun sukar tidak mustahil boleh berlaku, dengan perpecahan yang berlaku dalam Umno sekarang Sebagaimana perubahan boleh berlaku semasa perpecahan tahun 90, akhir tahun 80-an bila Tengku Razaleigh keluar daripada Umno dan berlaku lagi tahun 99, 98, bila Dato' Seri Anwar dipecat, dan boleh berlaku lagi dengan pergolakan yang berulang hari ini, bahkan terdapat di kalangan orang Umno sendiri contohnya Dato' Musa Hitam mengatakan Umno sudah dihingapi penyakit tua, Musa Hitam kata bukan saya kata
Lee : Jadi Dato' Seri masih yakin boleh lagi lah dalam...
DS Hadi : Perubahan boleh berlaku, tidak mustahil Saya tak baca Dato' Seri Anwar buat kenyataan saya baru balik
Lee : Dia (DS Anwar) kata situasi macam ini susah sikit
DS: Saya baru balik
Lee : Dia mengakui 'chances' kurang lah
D W Mutalib : Kesan pemilihan UMNO.
DS Hadi: Iya...kita tunggu pemilihan UMNO, lepas pemilihan
Khairul Rizal: Aaa...pimpinan di negeri Terengganu akan memecat beberapa Exco yang tidak mengikut arahan dia...yang baru-baru ni.
DS Hadi: Itu hal dalaman Umno, saya tak mahu campur.
Lee: Dato' Seri boleh komen sikit tak itu.. isu Low Siew Moi dilantik sebagai pemangku PKNS nampak...aaa...bantahan dari PAS Selangor.
DS Hadi: Saya baru balik daripada luar negara baru,aaa... sehari, tak dapat maklumat, dan saya memerlukan maklumat dari kawan-kawan Selangor, tak boleh beri...komen.
Lee: Pasal dia kata...bantah sebab bukan Melayu.
DS Hadi: Iya...Saya kena dengar dari Selangor dulu.
D W Mutalib: Pelantikan tu pemangku kan.
Lee: aa...pemangku.
D W Mutalib: it is acting...so..its not a final decision.
DS Hadi: Aaa..Kalau pemangku itu boleh.
Lee : Maknanya kalau pemangku itu boleh terimalah ke macamana?
DS Hadi: Saya kena dengar keputusan Selangor dulu.
Lee: Sama dengan isu pemansuhan saham 30% Bumiputera, dapat tentangan dari PAS juga, So...macamana?
DS Hadi: Itu juga saya mesti dapat penjelasan dari Selangor, kita tunggu baru balik dari luar negara, tak pergi lagi...apa nama ni...pejabat di Kuala Lumpur.
Lee: Dato' Seri beri komen secara am lah, kalau seseorang itu tidak diterima sebab dia bukan Islam, dilantikkan jawatan ini kalau disebabkan dia bukan Islam, so...alasan diberikan...
DS Hadi: Sekarang.. semua pihak telah menerima sama ada PKR ataupun DAP, teras pemerintahan dan pentadbiran Negara mestilah orang Melayu Islam...sudah diterima..dalam masa yang sama tidak menafikan peranan semua kaum yang ada dalam negara ini...itu asas umum.
Khairul Rizal: Dato' Seri,ada pergolakan di antara Keadilan dan PAS dalam pembentukan kerajaan Baru...?
DS Hadi: Kerajaan baru pun tak ada lagi...bagaimana kita nak bergolak, nanti ada kerajaan dulu lah.Kerajaan Pusatlah...kerajaan negeri kita dah selesai di mana apa nama ni...Kedah, Perak, Kelantan lebih awal daripada negeri-negeri yang dikuasai oleh Umno...lebih awal Kita semua tahu.Perlis berapa minggu baru selesai. Terengganu berapa minggu...dekat sebulan nak selesai...kita lepas pilihan raya tubuh kerajaan. Mungkin masud soalan tu kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat kena tunggu dulu.
Sazali: Dengan perpecahan dalam Umno sekarang ini. Ada yang sudah untuk memasuki Pakatan.
DS Hadi: Yang masuk pun dah ada.
Sazali: Dari pimpinan Umno?
DS Hadi : Iya...ada pimpinan Umno yang masuk.
Lee: Bila kan..kemuka nama yang disebut tadi lah...pemimpin yang sudah masuk dalam.
DS Hadi: Bila tiba masa lah.
Sazali: Tak boleh beritahu ya?
DS Hadi: Aah...tak boleh lah.
Lee : Dato' Seri...pemimpin UMNO ke pemimpin Barisan Nasional?
DS Hadi: Umnolah...Umnolah...sebab baru ni saya pergi ke Johor sebelum pergi ke luar Negara, tiga minggu lepas, terima borang 200, 200 orang sebuah kampung setinggan ahli Umno.
Khairul Rizal: Di mana?
DS Hadi: Di Johor...di Johor
Zulkifli: Perkembangan terkini Razak Baginda...lepas...mungkin ada komen dari sudut penghakiman.
DS Hadi: Itu urusan mahkamah, apa yang saya mahu supaya mahkamah betul-betul adil dan telus.
Saya buat penegasan sekali lagi, calon Perdana Menteri mesti bersih, sebab itu saya mahu Dato' Seri Najib mesti dibersihkan oleh mahkamah, melalui mahkamah melalui BPR mesti bersih, itu adalah amalan negara demokrasi.
Di negara Barat yang mengamalkan demokrasi, di Amerika di England mana-mana pun, kalau ada tuduhan ada berita saja, pemimpin itu mesti dibawa ke Jawatan kuasa 'Senate' atau pun 'Congress' kalau perlu mahkamah...mahkamah.
Sehingga betul-betul dia membersihkan diri dia daripada tuduhan, baru dia layak jadi pemimpin. Dan kita mengharapkan Perdana Menteri sebelum mengundur diri meninggalkan jasa yang baik.
Membetulkan kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh mereka terdahulu, seperti memulihkan badan kehakiman, BPR, SPR ! Insya-Allah kalau Perdana Menteri boleh buat perubahan-perubahan ini, beliau meninggalkan jasa yang baik. - Harakah
ummi..,
nampak gayanya nak kena campak dalam longkang kot utusan meroyan lagi meloya ni...sapa yg tulis tu..Zulkifli Manzor ekk...elok la teruskan keja hang yg suka merapu dan ada niat cuba nak laga2kan pimpinan PR..tak jalan la weii...
kalau macam ummi ni yg merapu takpe la jugak..takde sapa nak baca sgt pon...ni hang waratawan untuk akhbar perdana utk kerajaan Malaysia..walaupun akhbar hangpa dah tahap meroyan lagi meloyakan...kesian la kat masyarakat yg takde saluran alternatif ni...kalau nak melariskan akhbar pon...jangan la buat keja yg tak senonoh ni..kan memalukan hangpa dan akhbar hangpa aja..
pasal ada pimpinan amno masuk PR taknak pulak dia ceritakan ye..oppsss lupa pulak takkan nak kasi heboh nanti malu la amno pasai org dia sedang berhijrah ke PR..nampak gaya makin dekat amno nak ditalkinkan..
apa patut kita buat kat wartawan yg macam ni ye..??rasanya ramai lagi wartawan yg seangkatan dgn dia ni..
LAWAN TETAP LAWAN
6 comments:
TO UMMIANNI :
BTUL TU KAK ORANG MACAM TU KASI CAMPAK LOMBONG JE..DIA INGAT SENANG-SENANG NAK JATUHKAN ISLAM,KIRIM SALAM LA....HANG TULIS LA APA PUN TUHAN MAHA TAHU,TAPI TAK HERAN LA DAH DIA KEJE NGAN KERAJAAN JADI BALACI DIAORANG JE LA...
Lee: Dato' Seri beri komen secara am lah, kalau seseorang itu tidak diterima sebab dia bukan Islam, dilantikkan jawatan ini kalau disebabkan dia bukan Islam, so...alasan diberikan...
DS Hadi: Sekarang.. semua pihak telah menerima sama ada PKR ataupun DAP, teras pemerintahan dan pentadbiran Negara mestilah orang Melayu Islam...sudah diterima..dalam masa yang sama tidak menafikan peranan semua kaum yang ada dalam negara ini...itu asas umum.
SALAM,
KAT MANA SILAP NYA ULASAN PEMBERITA UTUSAN NIE....
sya....BILA PULAK KERAJAAN NAK MENJATUHKAN ISLAM?
biar lah kita berpolitik dan bercakap politik secara matang, waras dan berhemah.
ISLAM SANGAT KE PAS NIE? ISLAM SANGAT KE DIRI AWAK TU? DAH TAHU KE AMAL AMALAN YANG AWAK BUAT TU DITERIMA OLEH ALLAH SWT? KAYA SANGAT KAH HARTA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT AWAK ORANG NIE? JANGAN CAKAP AJE... MASJID PUN JARANG JARANG BERTANDANG, ZAKAT FITRAH AMALAN SEDEKAH TAK PERNAH BUAT.
INGAT SIKIT MENGATA ORANG SENDIRI YANG LEBIH KOT.
SALAM
salam semua
sya..
kalau ummi suratkhabar dia memang tak beli pon..bab si wartawan tu penulisan dia seperti nak laga2kan pemimpin pembangkang..patutnya dia tau etika kewartawanan...
dnl
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'tidak bersetuju' dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
rasanya TGHH tak sebut pun dia 'tak bersetuju'...dan TGHH kata kalau sebagai pemangku dia kata 'boleh la'...tapi laporan Utusan mengatakan TGHH 'tak setuju'..jadi bukan kah ia satu manipulasi yg tak bertanggungjawab dan tak professional...
wallahualam..
ummi,
rasenye wartawan tu juga secare umumnya menulis tuan guru x setuju secara umum.cume x dituliskan.
saya setuju yang manipulasi telah berlaku.tapi tiada salah kenyataan kan.
kenapa perlu kita memboikot akhbar utusan yang sejarahnya amat bermakna pada perkembangan Malaysia ini sendiri.
cume jika berlaku hal2 seprti ini, ruangan alam maya ini,serta saluran alternatif boleh dirujuk untuk kepastian.jika mana kita hanya mengatur minda pada satu cahaya,nescaya kita x akan ketemu dengan indahnya warna ciptahan 4JJ1.
bg anakmu ummi,wartawan tersebut perlu memohon maaf secara terbuka.
tiada guna kalau kita mencaci tanpa selesainye masalah.
salam RK..
bagi ummi etika kewartawanan di malysia ni telah dicabul kerana kepentingan pihak tertentu..membuatkan akhbar2 yg ada ni jadi tak releven utk dibaca..setakat baca boleh..nak percaya payah sikit
kita kena tgk perkara ni dari sudut pembaca yg takada saluran alternatif seperti alam maya ni..org kampung hanya berpandukan akhbar yg ada..mereka mengharapkan berita yg telus..tapi yg berlaku sebaliknya...
dalam isu ni..impaknya besar..seperti yg ummi kata..penulisan dia membolehkan perselisihan antara ahli PR..mungkin ia sebagai satu senjata buat pihak lawan..jadi disini yg menybabkan kenapa akhbar2 ni diboikot..
wallahualam...
ummi sendiri yang kata baca boleh.nak caye payah sket kan..x perlu la boikot.kalau nak akhbar fizikal,pon ade kan akhbar lain selain utusan.kalau betol2 nak tau sume..(sepatutnya)boleh la beli sume..keadilan,harakah,utusan,sinak,kosmo the star,nanyang,utusan malaya(jawi).
sama seperti blogger alam maya,banyak laman2 sokkaba..kite perlu tengok sume...
:)
Allahuakbar..
Post a Comment