Followers

Thursday, November 20, 2008

Ikhlas kerajaan BN...!!

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/1/1d/Fed_highway_ch1.jpg/300px-Fed_highway_ch1.jpg

"KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Diskaun 10 peratus dengan tempoh tujuh jam bermula tengah malam hingga pagi keatas pengguna lebuhraya Utara- Selatan dan Elite membuktikan kerajaan BN memang tidak ikhlas untuk membantu meringankan bebanan rakyat."


ewah2...! BN nak tunjuk ikhlas membantu meringankan beban rakyat dgn diskaun tol..?? tempat ummi takde tol..camne nak rasakan keikhlasan kerajaan BN ni..?

cerdik betol kerajaan BN ni ye.. bagi diskaun time orang semua dok kat rumah..time dah nak tido...yg keluar malam pon kutu2 rayau..mat2 dan minah2 nightclub..! depa aje ke yg diiktiraf sebagai rakyat pada kerajaan BN ...?

yang pekebun2 kecil..nelayan2...pegawai2 awam...pekerja2 kilang..peniaga2 kecil ke besar ke...mereka2 ni bukan rakyat kerajaan BN ke..tak layakkah mereka merasa keikhlasan kerajaan BN ..?

Ummi tak guna lebuhraya tiap2 hari...ummi tak lalu pun tol tiap2 hari di waktu malam pulak tu...ummi nak merasai keikhlasan kerajaan BN...!!


11 comments:

Anonymous said...

dear ummi,

i think that this is the 1st step in reducing the toll rates. I dont think that the Kerajaan BN is not sincere because its the PLUS that introduce the discount from 12am-7am. But still, kudos to BN because they are trying to lower the burden of all rakyat Malysia regardless the race. Compare to kerajadian PR, they insist on developing the Babi farms on Malay Majoriti lands..In HUGE scales!! I don't know any Malay that love to eat Babi or share their lands with that filthy animal but i just can't see (regardless the project's size) how on earth that the babi farms will benefit the Malay in any ways. Do the Malays use babi waste to fertilize their crops?NO! So ummi (which i think is an islamic term of "mother" if im not mistaken) just bersyukur (correct me if im wrong in using this term) with the discount (maybe they will extend the discount to full-time because of the rahmat from your kesyukuran)..but please hate the babi farm projects as much as you hate the midnight discount..

Anonymous said...

dear ummi,

Siapa yang dia orang nak perlekeh ni? Kita bukannya bodoh macam dia orang. Kita generasi yang ada otak. Kalau betul kerajaan ikhlas, tak payah ada tempoh masa, bagi semua merasa. Nak buat baik tapi tak kena gaya. Apa punya mentaliti ni???? Oh ye, menteri kerajaan BN@UMNO Banggang

miss N said...

apa la ummi ni. BN ikhlas tu. kalau tak ikhlas, mesti dia bagi diskaun 7am-12am pulak. ;D

Siti Aishah Shaik Ismail said...

KIRA IKHLAS LA TU...MACAM LAGU TU IKHLAS TAPI JAUH...HAHAHAHAHAHAHA....LAGIPUN DIA MEMENG SUKA MENGGALAKAN MKSIAT TU YANG BAGI MALAM TU....SIANG ORANG NAMPAK...HAHAHAHAHAHAHA

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

dear tanpa nama..

anda kena paham isu projek babi itu adalah kesinambungan dari projek kerjaan BN yg terdahulu..dan hanya diteruskan oleh kerajaan PR sekarang..

mengenai 10% diskaun tol ni..bermakna keikhlasannya pun hanya 10% sahaja..

wallahualam..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam tanpa nama yg ke-2..miss N dan sya..,

terima kasih singgah dan beri pandangan kalian..

kalau kerajaan benar2 ikhlas..patut berilah kepada semua rakyat..bukan hanya kepada segelintir sahaja..diskaun tu org kampung takkan dapat faedahnya..rasanya org yg dok pekan pon tak semua dapat faedah dari diskaun tol ni..so layakkah digelar ianya sebagai sumbangan yang ikhlas..??

Ajaque Rahman said...

for me, there should be no toll at all.

Membina jalan jalan adalah tanggung jawab negara. Kutip duit dari rakyat dibolehkan untuk sekadar menampung kos jika kerajaan tidak mampu. Sekarang ni kerajaan bagi kat swasta. Biasalah bila dah bagi kat kapitalis mesti la nak untung. x kan meniaga taknak untung. So yang dok bagi untung kat dia ni sapa?? kita la oiii..


Wallahualam

Anonymous said...

dear ummi,

Does this mean that u agree that the Babi farms should be developed on Malay's lands?Is the babi farm going to benefits the Malay farmers and petty traders?If that so,then by all means, be thankful on the Babi Farms instead of the toll discount then..All of my Malay friends don't eat Babi and hate it in any ways..Hell, even i don't eat Babi..and i don't know why u love them so much.

From what i've read, the Babi farm that kerajaan BN agreed to is only in selangor and its not that big compare to the 1 proposed by kerajadian PR. now they want to build another 1 in Kedah, Malaysia'a Jelapang PADI!!!

i also don't get any benefits from the 12am-7am discount but it's their (PLUS) prerogatives to give the discount and the Government just negotiating with them..but why dont u use the petrol rebates to pay the tolls (petrol prices are lower now)..it the discount from the BN government.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

dear tanpa nama..

Sememangnya diakui bahawa isu babi adalah perkara yang amat sensitif kepada umat Islam.dan ummi tentu tidak akan membuta tuli menyokong projek ini jika ia bercanggah dengan agama atau membawa musibah kepada rakyat.kita kena lihat yg negara kita terdiri dari berbilang kaum..ugama dan budaya..

Isu di sini bukan cerita buat ladang supaya orang Islam mudah dapat makan daging babi. Ia berkaitan dengan tanggungjawab kerajaan di dalam menjaga kebajikan rakyat. Ada di kalangan rakyat yang memerlukan makanan ini sementara ada juga rakyat yang mahu alam sekitar dan air dijaga supaya tidak berlaku pencemaran. Maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan yang mesra rakyat (bukan macam UMNO dan BN) untuk mencari jalan yang dapat memuaskan semua pihak. Dan kedapatan satu teknologi yang amat bersih dan moden yang berupaya menyelesaikan permasaalahan yang dah bertahun-tahun mengugat kehidupan kita. Persoalannya, adakah kita tolak mentah-mentah begitu saja peluang ini sedangkan isu sebenar berkaitan pencemaran terus menerus berlaku? Walaupun projek ini diluluskan oleh kerajaan Khir Toyo (walaupun dinafikannya, kita ada bukti bertulis) kita tetap menyokongnya kerana manfaatnya jauh mengatasi keburukannya.

Seperkara lagi, ingin saya maklumkan di sini bahawa antara syarat kelulusan projek ini ialah semua para penternak babi di Selangor akan memindahkan babi-babi mereka ke pusat ternakan ini. Perkara ini telah dirundingkan dan sepakat dipersetujui oleh semua penternak kerana pertama kos mereka lebih rendah dan kedua kerana ia bersih dan mesra alam. Tentang cadangan supaya dibuat ladang ternakan di depan rumah saya dan sebagainya itu ide kebudak-budakkan. Mereka mungkin tak tahu bahawa kawasan-kawasan pembangunan digazetkan mengikut kegunaan seperti kawasan kilang, kawasan perumahan, kawasan perdagangan dan juga kawasan ladang dan ternakan. Takkan pula ladang ternakan dibina pula di kawasan perumahan. Mungkin semasa pemerintahan UMNO dan BN mereka buat begitu.

projek berteknologikan Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada kitaran ini. Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution) akibat ternakan babi selepas ini. Pihak Jabatan Haiwan dan juga pegawai-pegawai kerajaan lain telah membuat kajian mendalam mengenai kesesuaian projek ini termasuk membuat lawatan ke Jerman untuk melihat sendiri bagaimana keberkesanannya. Mereka begitu kagum dengan apa yang mereka lihat dan bersetuju melaksanakannya di Selangor, dan jika berjaya akan dikembangkan pula ke seluruh negara.

Seperkara lagi perlu disebutkan bahawa usaha ini adalah di bawah pembiayaan swasta. Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek. Orang-orang bukan Islam perlukan daging babi sementara kita perlukan air yang bersih dan persekitaran yang nyaman.

harap penjelasan ini dapat memberi sedikit kefahaman pada anda..

dan isu di Kedah pula sama macam kes di Selangor..menyambung kesinambungan kerjaan BN yg lepas..bermakna apa yg baik dan berfaedah utk rakyat kita akan laksanakan..

[Utusan Malaysia] ALOR STAR 19 Nov. - Kerajaan negeri hanya akan membuka ladang babi moden secara berpusat di kawasan Bukit Selambau jika ia tidak mendapat bantahan daripada penduduk tempatan.

Kerajaan negeri dalam jawapan bertulis pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-12 yang dikeluarkan hari ini memberitahu, "tapak seluas 162 hektar itu telah diluluskan pada 4 Disember tahun lalu."
Jawapan bertulis itu juga menyebut, hanya satu syarikat dikenal pasti untuk mengendalikan ladang babi tersebut dan sebanyak 46,000 ekor babi dibenarkan diternak di ladang berkenaan.

anda kena perhatikan...projek tu telah diluluskan pada "4 disember tahun lalu(2007)...PAS hanya mula pegang Kedah pada 8 mac tahun ini(2008)...

wallahualam

Anonymous said...

ummi,
ada jugak la ikhsan kerajaan bn nak bagi kat rakyat, walaupon 10%..

pakatan rakyat ada apa?
menambah babi di kedah adala..

pakai akai la ummi..
jangan buang akai

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

Ibnu Batuttah pernah kata, "Di negeri orang, aku tidak dapat melihat orang Islam, tetapi aku melihat Islam itu di mana-mana. Di negeri aku, aku melihat orang Islam di mana-mana, tetapi aku tidak dapat melihat Islam itu"..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil