Followers

Sunday, November 30, 2008

MB Perak kesukaan ramai..

*RALAT-gambar sebelum ini terpaksa ditukar untuk mengelak dimanipulasikan oleh pihak yg tak bertanggungjawab..*

malam tadi setelah selesai sessi malam tadi di Stadium Melawati Shah Alam ni...iaitu Ceramah Agung Tahunan oleh ketua umum dan pimpinan parti..ummi balik ke tempat penginapan bersama keluarga MSK..ummi godek2 kamera dan gambar2 yg dah di ambil semalam..dan kebetulan BikirPerak ada bersama dalam bilik ummi..dan banyak ganbar MB Perak Dato' Sri Ir Hj Nizar Jamaluddin...dalam banyak2 gambar MB kita yg ummi ambik ada satu yg menyentuh hati kami..dan gambar tersebut ummi rasa cukup eksklusif...




betapa terharu kami melihat prihatinnya MB kita ini...pemimpin yang tidak melupakan nilai2 kemanusiaan tidak mengira status...walaupun status yg sedang disandang sebagai Menteri Besar...tapi dengan sifat keprhatinannya yg tinggi dan siasah sebagai seorang muslim...akhlak pemimpin beginilah yg kita mahu untuk menerajui negeri Perak ini...bertuahnya rasa mempunyai ketua negeri yg berjiwa mulia dan berjiwa rakyat ini...

MB Perak Dato' Sri Ir Hj Nizar Jamaluddin menghadiri perasmian Kongres Nasional PKR sebagai jemputan khas.

Bersyukur kerana Allah mengurniakan hamba Allah ini sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan...

16 comments:

Unknown said...

Orang2 ultra-nasionalis UMNO mesti akan kata MB Nizar ni pencacai DAP.

Anonymous said...

alhamdulillah.

A Mum Of Three Mohd said...

Itulah dia MB negeriku. Bangganya aku mempunyai MB seperti beliau.

Anonymous said...

Bagus lah tu, kan DAP yang memberi jawatan Menteri besar tu pada dia kalau tunjuk kurang Ajar buruk padah nya.Dah sah MB ini budak suruhan DAP

taipingmali said...

Bagus ker? Menipu rakyat jer kerja dia. MB rubber stamp..puih,,,

A Mum Of Three Mohd said...

Dear Tanpa Nama,

Tak kenal maka tak cinta.....
Kami rakyat Perak kenal siapa beliau. MB yang bekerja untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Beliau bukan orang suruhan sesiapa tetapi memikul tanggungjawab kerana Allah. Bukankah Islam itu adil kepada semua.

Luth Textile said...

saya takmau komen panjang2..
tp apa yang saya harapkan, mb nizar dapat menjadi mb (menteri besar) bukannya orang suruhan utk pihak lain

Anonymous said...

taipingmali..apa ra..hang sendiri la jd MB br puas hati..!

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam semua dan terima kasih sudi singgah dan meninggalkan komen anda..

dalAm PR tiada istilah diperkudakan atau sebagai budak suruhan..

dalam PR hanya ada KERJASAMA..TOLONG MENOLONG..HORMAT MENGHORMATI antara sesama parti kompenan..

dalam BN cuma ada TIKAM MENIKAM...JATUH MENJATUHKAN..RASUAH MERASUAH..BULI MEMBULI..TINDAS MENINDAS...

wallahualam..

Siti Aishah Shaik Ismail said...

allah swt berkata berbuat baiklah kamu kepada semua...jadi bagi yang masih buta hati n fikiran memang akan fikir macam-macam pasal M.B kita tapi bagi yang tuhan bagi akal ini antara sikap yang baik....

m'steen guy said...

Alamak .. ter"miss" la pulak gambar ..

Tuan tanah, bole citer sikit tak pasal gambar tu ?? Nak tau gak apa dia ...

Tima kacih..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam m'steen green

gambarnya MB tolong buka lock kerusi roda Karpal singh masan nak turun pentas utk jamuan makan..

salah ke kalau MB tu nak tolong pembantu Karpal bukakan lock tu...

tapi bak kata wafi kat atas tu...gambar tu akan dijadikan isu oleh amno sebagai pencacai DAP..buktinya pun dah ada..

sebenarnya memang dah boleh agak akan terbit kata2 yg tak molek pasal MB dari pihak amno bila tgk gambar tu..

so..takleh la nak tayang lama2..hehehe

Anonymous said...

FROM PERAKBANGKIT
soalan umi saya telah jawab di sini

http://perakbangkit.blogspot.com/2008/12/ketuanan-melayu-itu-adalah-ketuanan.html

kulatlapok said...

salam Ummi.....

Itu kira dah nasib baik MB yg understanding. Cuba kita lihat pemimpin keluaran UMNO lak, depa kalau boleh mesti ada kompang, bunga manggar, tidoq mestihotel 5 star, dah masa menunggu perasmian berjam2 tak samapai, cenderamata mesti yg mahal2 punya, pastu kalau majlis besar2 tak lupa dengan konsert hiburannya. Itulah MELAYU yang menjadi TUAN dalam ini negara.Mesti berlagak macam TUAN.

blues untuk rakyat said...

ummi....

boleh siar kan balik gambaq tu balik tak...

tak pon sila email kat saya....


azmor_zonecreative@yahoo.com.my....

serta gambaq yang lain.... yang menarik2 saje....

salam aidil adha....

Unknown said...

mmg MB perak baguih....

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil