Followers

Sunday, November 23, 2008

Konvensyen Teh Tarik yang mencipta sejarah.....

Alhamdulillah program semalam berjalan dengan lancar...seawal 6.30 pagi ummi dah bertolak dari rumah untuk menyertai satu program penerangan yg bertajuk Cambah Fikiran Isu-isu Semasa Bersama Jentera Penerangan Negeri Perak anjuran Penerangan Negeri Perak.

Sampai di Simpang Pulai ummi mengambil Sya-Reformis dan kebetulan PakKaramu pulak keluar dari tol Simpang Pulai tiba dari Kuala Lumpur lalu kami konvoi bersama menuju ke Bangunan Perak Darul Ridzuan...samapi aje ummi tak terus masuk tapi gi kat sebuah restoran..kita minum dulu..!! pasai kuar rumah tak makan apa2 lagi..tapi tak larat nak makan pun ..minum aje pasai teruja sangat nak jumpa blogawan2..tapi bukan ummi aje..sya-reformis pun sama..PakKaramu order tosey pun tak sentuh..tinggai gitu jek..hehehe

9 pagi kami pun gerak ke Dewan Serbaguna di Bangunan Perak D.R...masa tu dah nampak Abg Mat kat pintu jadi penyambut tetamu(utk blogger2 kot..) buat pendaftaran gitu gini..kami
masuk tengok banyak lagi tempat kosong...masa tu sedang berlangsung ucapan aluan oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim..kemudian diikuti ucapan oleh YB Tai Sing Ng..


Pada jam 10 pagi Ucaptama dan Amanat Misi dan Visi Kerajaan Memperkasakan Kerajaan Pakatan Rakyat oleh Menteri Besar Perak dan merasmikan Program Cambah Fikiran Isu-isu Semasa Bersama Jentera Penerangan Negeri Perak...dan yang paling glamor(kononnya lah kan..) penyerahan pas MEDIA kepada blogger2 ...penyerahan kad media ini membuktikan bahawa perak adalah negeri pertama yang mengiktiraf para bloggers sepenuhnya.....bloggers juga dengan ikhlas hati akan berusaha berkerjasama memajukan negeri PERAK.


ni la rupa tagnya..

InsyaAllah,tapi dengan syarat kerajaan PR memberi sumber yg benar dan dgn fakta yg tepat..kalau ada kakitangan kerajaan yg membuat onar dan memburukkan imej kerajaan PR..sori kami nak cover2 ekk...masa tu jgn heran kalau PRU13 PR akan tumbang..kerana tangan yg menaip boleh menumbang atau menaikkan satu2 kerajaan..muahahaha(gelak nates jap..) tapi kami akan sedaya upaya akan mempertahankan kerajaan PR kerana kami akan pastikan BN tidak akan boleh bangun semula...!!

Program tersebut juga diisi dgn pembentangan visi oleh 2 orang tokoh En.Mohd.Azmi Presiden Teras dan Hj Baharom Perunding Lathan dan Kaunseling UIAM..sessi seterusnya forum dan diskusi bersama panel YB Kesavan,YB Ngeh Koo Ham dan YB Zainuddin Mohd Yusuf..majlis bersurai pada jam 5 ptg..kami blogger2 diberi kesempatan untuk menemuramah YB Zainuddin mengenai blogger di mata kerajaan PR..


jeng..jeng..jeng..tiba lah masa yg ditunggu2..iaitu KONVENSYEN TEH TARIK...nama je ada teh tarik..tapi tehnya 'hapah tak mandang'..(ayat MB...heheh)..no hal la tu..konvesyen ni dipengerusikan oleh PriMaya kita ..sapa lagi kalau tak Bro MatSamanKati kita...

seramai lebih 40 orang bloger dari Perak..Penang dan Selangor berkumpul dan buat pertama kali ummi tengok wajah2 blogawan yg selalu ummi bersua di alam maya...hensem2 belaka dan comel2 semuanya.. blogawan wanita termasuk ummi ada la 5 orang..tapi yg sorang tu dia mai masa time makan aje..hehehe mungkin dia turun dari Shah Alam langkah kanan kot...jgn marah no Caah..nanti kena jual..tapi walaupun bertemu sekejap aje..tapi rasa mesra sgt..


yang penting penubuhan Kerajaan Maya Rakyat(KAMAR) dan perlantikan ahli organisasi KAMAR telah selamat diwujudkan...dan tahniah pada mereka2 yg telah dilantik harap dapat memikul amanah dgn bertanggungjawab... nak tau apa objektif KAMAR...?baca kat sini -->KAMAR

Kami selesai berkonvensyen pada jam 6 ptg..dan mula bergerak ke Kluang Station Cafe tempat 2 org exco yg kena cekup tu..makanan dia memang cukup best..


sampai si Jordan(Acidburn) punya pinggan menggunung..bukan membukit lagi..tgk kat bawah ni la pinggan dia..lapar sangat kot..maklum la bila time hujan perut pun cepat aje lapornye..betol tak Jordan..??





Yang gambar di atas ni adalah buahtangan dari Siti Nurhana..oppsss silap..Al-Banjari(ABO) namanya Tapai Nurhana...hahaha tak tau la apa angau si ABO ni..tengah dia bentang usul pun nama Nurhana tak tinggai..mentang2 bik momma takde kat Mesia ni...walau apapun terima kasih daun keladi buat ABO nanti leh kasi lagi..hehehe

Kepada blogawan yg tak dapat hadir..insyaAllah kalau ada rezeki kita akan berjumpa satu hari nanti...Hijatpanjang sori tak kirimkan buahtangan buat hang..lupa nak kasi kat Aloha2..takpe ummi masih ada simpan untuk hang..jangan nangis tau..hehehe

Ucapan terima kasih ummi nak ucapkan kepada semua dan pertemuan kali ni memang happening tol..borak dengan Caah..BikirPerak..Luna dan Sya-reformis memang seronok..gelak sampai pipi ummi sakit oo..memang satu kenangan yang terindah..dan lupa lak kat si mamamat yg paling awai sampai..dengan sifat peramah dia memperkenalkan diri nasib baik ummi tak salah sangka..ummi ingatkan hang salah sorang yg kerja kat cafe tu..hahaha jangan marah ye ...

terima kasih kepada pihak yg berusaha untuk menjayakan Konvensyen Teh Tarik ni...salam ukhuwah kepada semua....

6 comments:

Anonymous said...

Salam..
Minta halalkan gambar kat atas pentas tu saya copy&paste sebab ada gambar saya...bolehkan,,, kalau ada lagi tu gambar saya kirimkanlah..mana-mana pun boleh mohdesahmed@yahoo.com.my ataupun mohd.desa@bnsy.com.my terima kasih..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam manjung mari..

bila dah dipaparkan maknanya halal untuk di ambil untuk kenangan dan simpanan..tapi tak halal untuk disabotaj..

insyaAllah kalau ada nanti saya kirimkan..

Anonymous said...

hahaa...malunya, ummiAnni waktu itu entah kenapa lapar sangat...mungkin lauk perak best best.

manjung mari, nanti i email u gambar2 hari tu k.

aloha2 said...

salam ummi...ahaks,klau kirim kat sy,takut keras dlm rumah...bkn jumpa selalu pong...hehehe

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

malaya007..

makanan perak memang sedap2 jordan..lagi2 kalau ada gulai tempoyak..hehe

emm..kalau ada gambaq ummi pon emailakn la juga ekk..

tq..bebanyak..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam aloha..

sib baik ummi tak kirimkan..hehehe

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil