" "Permatang Pauh, isu utama BN ialah liwat dan sumpah. Kali ini Hudud jadi isu utama pilihan raya kecil Kuala Terengganu"
"Kuala Terengganu tidak boleh disamakan dengan Permatang Pauh," kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Segalanya berbeza, kata bakal Presiden Umno itu sambil membayangkan bahawa BN akan menang mudah.
"Kita tidak mampu untuk kalah," ujar Najib. Angkuh sekali ungkapannya. Idris Jusoh, Shabery Cheek, bakal calon BN Wan Farid Wan Salleh serta lain-lain pemimpin BN senada mengulas; BN akan mempertahankan kerusi Kuala Terengganu dengan majoriti lebih besar.-Harakah "
hudud..hudud..hudud...!!
orang umno/BN paham ke apa itu hudud..? apakah hudud sesuai untuk BN jadikan senjata utk PRK di Kuala Terangganu nanti..? untuk siapa ditujukan isu hudud ini..? untuk orang Islam atau non-muslim...?
Kalau kita perhati komen dari seorang non-muslim di sini -->Forum BloggerNetwork@Malaysia kita akan tahu dimana silapnya dan siapa yang bertanggungjawab menyebabkan hudud itu nampak zalim dan tak sesuai digunapakai di Malaysia...
" by Jedyoong
Hi Ummi
Saya pun baru tahun ini atau tahun lepas baru tahu bahawa hudud adalah untuk umat Islam saja.
Bagi lebih kurang 20 tahun saya membaca akhbar Star, Utusan, dll, tidak pernah dibangkitkan perkara ni dan biasanya hudud digunakan untuk menakutkan org2 bkn Islam, khususnya org Cina.
Bagi org Cina yang mempertikaikan bahawa hukum hudud adalah "zalim", saya telah menulis satu pos mengenai hukum undang2 Cina kuno. Hukum bagi mencuri adalah memotong tangan juga.
Saya juga fahamkan bahawa hukum hudud ini sebenarnya bukan zalim tapi lebih "humane" dalam keadaan tertentu. Kawan saya menjelaskan bahawa jika seorang mencuri sebab kelaparan, dia tidak akan dipotong tangan tapi diberi bantuan.
Bagi saya, saya harap PAS ataupun siapa2 yg beragama Islam dapat menyebarkan fahaman Islam kepada org bkn Islam, terutamanya melalui media2 vernakular. "
Bukan saja non-muslim gerun dgn hukum hudud ni...orang Islam sendiri ramai yang tolak hudud disebabkan sikap tak bertanggungjawab pihak2 tertentu yang menampakkan hudud itu satu hukuman yang menggerunkan...
tapi sekarang kita lihat non-muslim sudah mula faham dan mula menerimanya...tapi kenapa umno/BN masih tak boleh nak terima dan paham dengan hukum hudud ini..? apa yang menyebabkan mereka takut untuk mengakui dan mengiktiraf hukum hudud ini..?? siapa dan apa yang menjadi batu penghalangnya..? sedangkan kuasa ada ditangan umno/BN..
ishh..ishh..ishh...siapa yang tolak hudud sebenarnya..??
5 comments:
adek saksi yang tak ada dosa besar dan dosa kecil amat penting dlm hudud. mampukah saksi tu?
pas akan adil kah kpd umno bila laksana hudud?
pas buat hudud ada bincang dengan umno dan majlis raja2...tidak kan.
habis umno jadi pak sangup kpd hudud ciptaan pas?
maka umno dan pas kena muqaballah untuk draf hudud ni.....jangan jadikan akhbar sebagai mahkamah dek...
otai terlibat semasa bahas hudud pas ni....nak buat penerapan nilai islam dan islam hadhari pun pas tentang umno....ni hudud pas?
org islam wajib sokong dan laksana hudud tapi ada syaratnya.....hmmm bacalah sendiri dek.
jom sokong Sdr Kamarul Irzuan dan Pewaris Malaysia dalam isu Haramkan Freemason di Malaysia. Sila lawat blog ini untuk maklumat lanjut http://pewarismalaysia.blogspot.com/2008/12/bertahun-gerakan-freemason-bertapak-di.html
Dua perkara tentang isu Hudud ini.
1) Umno memainkan isu lapuk dan tikam diri sendiri
2) Orang bukan Islam secara tidak lansung mendapat kefahaman berkenaan hukum ini.
http://ikutsukaakuisa.blogspot.com
salam otai..
hudud... takde hudud pas atau hudud mana2 ciptaan manusia..pas akan menggunakan hukum hakam yg sudah termaktub dalam Al-Quran...bukan pas pandai2 reka hudud ni..semuanya diambil dari Al-Quran...
*pas akan adil kah kpd umno bila laksana hudud?
yg mengadili umno bukan pas...
hudud untuk menghukum yg bersalah mengikut tahap2 kesalahannya.. tidak kira dia pas ke umno..janji dia muslim..
emmm.. umno ada buat salah ke..???
nak muqaballah takde masalah... rasanya pas sentiasa berlapang dada uk perkara yg baik..lagi2 bab hukum Allah...masalahnya nak ke umno duduk semeja dgn pas bincang bab hudud ni..??
wallahualam
salam si tanpa nama..
kalau bab untuk ketuanan Islam..insyaAllah ummi akan sokong...
salam ISA..
ummi setuju dgn anda...
Post a Comment