Followers

Sunday, December 14, 2008

Royalti dah dipulangkan...umno perlu menang....!!

Muahahaha... tergelak ummi bila tgk warta khas semalam...apa ceritanya..? ni laa...ceritanya mengenai wang royalti minyak...tu kan hak rakyat Terengganu yg dinafikan haknya semasa PAS memerintah negeri itu suatu masa dulu...

kata Najib....
"Kerajaan Pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu dengan menyerahkan wang royalti kepada kerajaan negeri sebanyak RM408.6 juta. "Dengan itu, Kerajaan Terengganu sudah cukup pitih (duit) untuk melaksanakan pelbagai pembangunan yang dirancang selama ini," katanya. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Kabinet juga memutuskan pemberian wang ehsan akan dihentikan kerana Kerajaan Pusat menghormati perjanjian yang termaktub dengan Kerajaan Terengganu berhubung pembayaran royalti



Najib dengan muka poyonya menayang-nayang cek berjumlah RM408,600,000 sambil berkata,”saya rasa seronok pegang cek ni..”. citt...Najib oiii…tu duit rakyat Terengganu. Hak rakyat Terengganu yang dah lama hangpa rompak.... Jangan seronok sangat...Jangan nak perasan anda dah berbakti untuk rakyat Ganu ye...

tak malu betol la depa ni..terang2 depa bukak pekong depa..dulu depa rampas
bila PAS memerintah 1999-2004, royalti minyak 5% yg sepatutnya hak kerajaan negeri ditarik balik oleh kerajaan federal.... lepas tu royalti 5% ini ditukar nama jadi wang ehsan, konon nak tunjuk yg royalti 5% tu sebenarnya bukan hak negeri tapi pemberian kerajaan pusat untuk negeri atas baik hati kerajaan pusat...la ni kata wang royalti tu hak rakyat Terengganu..pelik ke tak pelik..??

Dalam RTM 1pulak.... beberapakali lintas langsung dibuat ke Kuala Nerus Terengganu tunjuk kejadian dan suasana banjir kat sana...tak silap satu jam sekali... mengalahkan liputan kat Bukit Antarabangsa lagi tu.... maklumlah nak pilihanrayakan...tiba-tiba je depa jadi terlebih baik dan terlebih cakna kat rakyat Terengganu ni...

Nampak gaya BN tak belajar dari kekalahan dorang lagi rupanya...mereka ingat rakyat masih bodoh dan menelan segala-galanya apa yang mereka buat..
aloooo tidoq lagi ka..??

ummi rasa bukan ‘sikap baik’ dan ‘sikap ambilberat’ yang berjaya ditonjolkan oleh mereka....tapi yang mereka buat itu hanyalah mempamerkan lagi kebodohan mereka.... tabur janji melangit2.... memperalatkan jentera kerajaan... pentingkan diri dan ‘opportunist’ mereka. ...

Ayuh rakyat Terengganu...!! jangan terpedaya oleh lawak ‘slapstick’ dan perangai ‘stereotype’ geng-geng BN ni..
..ada ummi terbaca mengenai slogan untuk PRK kali ini..ada cadangan nak guna perkataan 'A.B.U' maknaya 'Asal Bukan Umno'...'ABU' juga kita boleh anggap yg UMNO akan hancur lebur jadi 'ABU'..hehehe bukan pak ABU dlm cerita P.Ramlee yg dok suka ternganga
je mulot dia...

cikgu ros : Pak Abu...tutup mulutnya...nanti masuk langau....!!

hahahaha...

2 comments:

Putra IJ80 said...

Gua pecaya berdasaran sejarah nya rakyat ganu mesti pilih muka Natang dalam PRK K.Tganu ni sebab dapat duit Royalti dua tiga puluh Rial,bersama beras sekampit gula seklo.

Mereka tentu happy dapat beli baju(uniform) anok nak sekolah ni....di Pasar Raya Hari Hari.

Makan nasi bukan beras hancur untuk dua tiga hari,dapat minum sirap dgn gula yg.di bagi.

Bertuah benar rakyat ganu ada Kerajaan yg.perihatin sebegini.

Mat Said tak kering gusi kerana akan kekal jadi MB.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

bertuah hanya sebab ada pilihanraya je..tu pon sekali ni aje la ...kalau tak..jgn mimpila..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil