Followers

Thursday, January 01, 2009

adakah anda sanggup boikot produk Israel..??




















Sehingga semalam jumlah yang maut ialah seramai 360 orang dan hampir 1700 orang cedera akibat kebiadapan Israel. Pada hari Sabtu lalu Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin.

3 jenis makanan segera ini dah jadi kegilaan umat Islam...sanggupkah anda boikot makanan kesukaan anda ini..demi umat Islam lain yang dibunuh dan diganyang oleh pengeluar produk ini..??

setiap sen yg anda gunakan utk membeli produk yahudi laknatullah ini...anda dikira penyumbang kepada kemusnahan umat Islam di Palestin...na'uzubillah...!!

ni lagi satu..ummi ciplak dari blog Tok Ghimau..


bagi yang suka sangat coke ni..sempena tahun baru..ubahlah kepada produk umat Islam...martabatkan barangan yg halal..

wallahualam

5 comments:

Harimau-Menaip said...

Sejak tadi asyik minum Mirinda.

Boikot Produk Israel.

Hijat Panjang... said...

salam...

tanamkan nawaitu TAK NAK kepada semua barangan bersangkutan dengan ISRAEL,YAHUDI LAKNATULLAH..!!!

kita mampu serta BOLEH mengubah keadaan..minuman COCA-COLA tukar ke RADIX COLA atau brgn tempatan, barangan Nestle - Milo,Lipton,Maggi,Kit-Kat...tukar ke brgn tempatan...semua brgn ada yg lain..betul cam ummi bgitau..sempena tahun baru Hijrah & Masihi...Tukarlah Untuk Perubahan menjana kepada Yahudi,Zionis kepada Support Barangan Tempatan..!!! Takbirr..!!!

kulupSakah said...

windows camne kak? bill gates dengarnye menderma sedikit dari pendapatannya ke tabung yahudi...

Anonymous said...

Pemboikotan bukanlah jalan penyelesaian yang baik, namun boleh dilakukan.

Tapi apa yang umat Islam perlu fikirkan dengan lebih mendalam adalah, apakah cukup sekadar boikot? Setiap kali negara kufur menghina Islam maka barangan mereka diboikot, setelah agak lama, isu ini sepi semula dan barangan tersebut dibeli semula. Inilah yang terjadi atau dilakukan secara berulang-ulang oleh umat Islam, hakikatnya KFC masih terus wujud, McDonald masih terus beroperasi, Microsoft masih terus digunakan, handphone buatan Amerika dan Israel semakin laris dan sebagainya.

Amat melucukan juga apabila ingin memboikot, tapi hanya ditujukan kepada beberapa barangan yang terpilih sahaja. Inilah kekeliruan pemikiran yang ada pada umat Islam. Dalam memboikot barangan halal ini, sebahagian besar umat Islam tidak langsung memandang kepada produk-produk Barat yang jelas-jelas kufur seperti demokrasi, HAM, sekularisme, freedom, nation-state, pluralisme, feminisme dan seumpamanya. Produk haram inilah yang sepatutnya ditinggalkan oleh umat Islam.

Justeru, marilah kita melihat setiap isu yang berlaku terhadap Islam ini dengan pemikiran dan perasan yang Islami dan bukannya hanya dengan perasaan semata-mata. Rasa marah yang ada hendaklah disalurkan mengikut hukum syarak, bukan mengikut emosi semata-mata. Apakah hukum syarak terhadap orang yang menghina Islam, inilah yang perlu diambil oleh umat Islam. Jihad yang sewajibnya dilancarkan oleh negara adalah satu-satunya jalan untuk menutup mulut celupar sang kafir yang menghina kitab suci Al-Quran. Inilah perintah dari Allah SWT,

“Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu), dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong” [TMQ at-Taubah (9):73-74].

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri” [TMQ at-Taubah (9):29].

Anonymous said...

pc hangpa pakai processor apa? kalau intel sendiri mau ingatlah. os???? windows ka? lambat lagi. msia ada sign mou dgn intel dan microsoft sempena perasmian cyberjaya....wayang kulit. tok ghimau~mirinda tu buatan fraser & neave kalau tak silap. ia anak sykt pepsi cola

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil