Followers

Saturday, March 14, 2009

ulasan seminggu...

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg
-bicara tok iskandar



1.Draf perlaksanaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa(SIAP) di parlimen.

Pak Lah sebelum menyerahkan kuasanya kepada Najib perlu menubuhkan SPRM,Suruhanjaya Perlantikan Hakim dan SIAP.Majoriti 2/3 diperlukan untuk menubuhkan kesemua suruhanjaya ini dan sudah tentu Pak Lah memerlukan sokongan dan undi daripada ahli parlimen pembangkang.

Ramai yang kurang yakin dengan penubuhan SIAP dan tak kurang yang bimbang jika Suruhanjaya ini kelihatan seolah-olah memihak kepada UMNO-BN seperti SPRM dan Suruhanjaya Perlantikan Hakim.
Ramai yang menuduh SPRM sebagai punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.Ada juga yang merasa bimbang jika Musa Hassan dilantik sebagai Pengerusi SIAP.Jadi eloklah MP Pakatan Rakyat tak sokong draf ini sebagai langkah berjaga-jaga dan Pak Lah pun tak jadi serah kuasa kat Najib pasal tak dapat nak tubuhkan SIAP.

2. Mini bajet RM60 bilion?
Mahal tu...mula-mula kata RM10 bilion.Mana nak cekau duit banyak macam tu.tok heran juga.Naib tak sebutpun mana dia dapat duit sebanyak RM60 bilion ketika matawang ringgit jatuh ke paras paling buruk.BSKLpun tengah demam.Negeri pasir dua butir yang ada dua MB sudah tentu tidak meyakinkan pelabur-pelabur asing datang melabur ke Malaysia.

3.Pendedahan untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam sidang DUN Selangor.
Program people centric oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor.

Pelik kerana SPR dan Majlis Keselematan Negara (MKN)terlibat sama.Eloklah Pakatan Rakyat jangan menyimpan musuh dalam selimut dalam jentera pentadbiran negeri.Kena agresif dan tak cukup kita bertahan setiap hari menangkis tohmahan daripada media totok UMNO.

3)Peralihan kuasa.
Perjumpaan lebih sejam Anwar dan Pak Lah menghangatkan lagi iklim politik negara kita.Ada yang cakap kerajaan perpaduan mungkin ditubuhkan.Siapa pulak jadi PM kira kow tim lepas tu.Lagi kuatlah persepsi penyerahan kuasa Pak Lah kepada Najib tidak akan berlaku.
Ada pula yang jadi nasi tambah kata isu moral menjadi punca Najib tak boleh jadi PM.Paper Perancis dah siar citer pasal Altantunya dan seantero dunia dah tahu.Isu hangat macam ni akan menjauhkan pelabur asing ke Malaysia.Naib kenalah korbankan kepentingan dirinya untuk jadi PM dengan kehendak negara yang berdepan krisis ekonomi global.Tok risau nanti matawang ringgit setaraf dengan rupiah.

4.Negeri Pasir Dua Butir.
tok tak mahu rakyat pening kepala tengok negeri pasir dua butir dirampas menteri pasola.ada memanda menteri kena jadi bomba pulak nanti.sementara hayat Pak Lah sebagai PM masih ada,eloklah bubarkan saja DUN negeri Pasir Dua Butir ni.janganlah gunakan alasan tak nak membazirkan duit.Dulu SPR beli dakwat tapi tak guna sampai sekarang tak bisingpun.Beli heli eurocopter yang mahal berkali-kali ganda daripada Brazil tak bising pun.Kalau dah tak nak membazir kenapa rampas negeri pasir dua butir yang telah mendapat mandat daripada rakyatnya secara menjolok mata@ macam lanun.

5)Isu bahasa Melayu
Bahasa jiwa bangsa.UMNO dah hilang jiwanya pasal berbangga dengan Bahasa Inggeris.Eloklah korang semua apply kerakyatan Australia,UK dan USA.tok-tok menteri sekarangpun belajar sains dan matematik dalam Bahasa melayu.
Negara Afrika seperti Zimbabwe dan Ghana belajar sains dan matematik dalam BI pun mundur sampai sekarang.
Saintis nuklear India,APJ Kalam belajar kat universiti tempatan je.Tak pergi pun oversea university.Tun Mahathir baru belajar kat Singapura dah bawa idea yang merosakkan bangsa.Ramai yang tinggal dalam rumah kotak kat USA dulu belajar sains dan matematik dalam BI.Rentikanlah membakulsampahkan bahasa sendiri.GMP jangan lemah semangat dan teruskan gerakan anti PPSMI ke seluruh negara biar rakyat semua tahu.ahli parlimen pakatan rakyat pulak jangan lupa tanya berapa kos sebenar PPSMI.

6.Demo UMNO sah dan bukan perhimpunan haram?
Setahu tok polis berkhidmat untuk rakyat Malaysia bukan untuk ahli UMNO sahaja.Ramai yang tak puas hati bila UMNO buat demo,polis senang je beri permit.Bila Pakatan Rakyat nak berdemo,polis payah nak bagi.UMNO berdemo kat KOMTAR tahun lepas siap dapat air mineral percuma.polis tak kacaupun.banyak lagi demo UMNO yang kira panas hatilah kalau kita tengok.UMNO demo kat rumah Deris Jusoh kutuk Yang Di Pertuan Agong natang,polis tak tangkap pun beruk-beruk tu.Natang dalam loghat Terengganu kalau yang tak tahu binatanglah maknanya.Tok nak MP Pakatan Rakyat desak dan bawak usul Musa Hassan letak jawatan sebagai KPN.Bila kepala keretapi dah ok gerabaknya akan ok jugak

Tumbangnya UMNO tak merugikan Melayu.Itulah pandangan yang dikongsi oleh kebanyakan generasi muda Melayu.Dongeng semata-mata jika negara huru-hara jika UMNO tumbang.Exco Selangor boleh isytiharkan harta mereka secara online,UMNO-BN lebih 51 tahun memerintahpun tak berani buat.Nampak sangat UMNO tak telus.Eloklah dibubarkan kalau dah tak mendatangkan manfaat kepada rakyat.Bahasa Melayupun korang tak berani perjuangkan.

Sebelum UMNO ke kubur dan rakyat makan bubur,eloklah kita bersatu hati memartabatkan bahasa Melayu.Orang dah pencen macam Tun Mahathir buatlah cara dah pencen.
eloklah pegang tasbih dan ke masjid selalu.

tok dan ramai beranggapan kemusnahan yang berlaku kepada negara sekarang berpunca daripada Tun mahathir sendiri.
Pecat mufti,pecat ketua hakim,buang kekebalan raja Melayu dan pecat Anwar,TPMnya dan mengaibkannya.Ramai yang percaya Tun Mahathir dalang rampasan kuasa negeri pasir dua butir.

Tok nampak negri Pasir dua butir sebelum ini boleh jadi model kerajaan perpaduan kalau ditambah nilai dengan penyertaan ADUN-ADUN UMNO ke dalam kerajaan negeri.Buang oportunis dari changkat jering,behrang dan jelapang.amanlah negeri pasir dua butir.itulah pandangan kebanyakan rakyatnya.

2 comments:

PARPUKARI said...

MUAHAHAHHAHHAHA

ANWAR AL JUBURI SUDAH KEPANASAN...TAK CUKU TANAH NAK LARI...

MEH BACA CERITA PAANAS KAT BLOG AKU...CONFIRM NANGIS PUNYA

Prof. Era Pasca said...

huhu ade jgk en parpukari kek sini... sibuk mengalahkan najib je die... naajib sebuk kat perak die sebok kat blog org nk jatuh kan UMNO huhu... poi le kat blog UMNO tu...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil