Hanya 19 peratus dari responden Melayu yang mahu Umno terus memimpin negara, lapor Malaysian Insider dalam berita bertajuk " Umno corrupt, says survey".
Menurut laporan itu, dalam tinjauan Merdeka Centre yang dibuat ke atas 1,031 responden itu, prospek Umno di kalangan masyarakat Cina dan India jelas lebih buruk lagi.
Hanya satu peratus responden berbangsa Cina dan tiga peratus responden berbangsa India yang mahu Umno terus memimpin negara.
Lebih buruk lagi, tidak ada seorang pun responden Cina yang percaya Umno akan melaksana dan menunaikan janjinya walaupun satu peratus di kalangan mereka yang menaruh harapan kepada Umno untuk membangunkan negara ini.
setelah apa yang UBN lakukan pada negeri Perak...kerjalaku Najib yang terlampau tu..adakah UBN mengharapkan sokongan bertambah dari rakyat..jangan mimpi la...walaupun luka boleh sembuh...parutnya tetap ada ....dan akan kekal ada..melainkan buat pembedahan plastik..itupun belum tentu akan kembali seperti sediakala....sejarah takkan boleh terpadam...
apa UBN tidak melihat tinjauan ini..? masih lagi syok sendiri..? atau saja2 buat tak tau.. jangan ingat bila ada kuasa maka UBN kebal ..19% itu tak banyak yop..itu hanya sokongan dari golongan yg mengharapkan habuan dari kuasa UBN.. bukan ikhlas nak UBN berkuasa..
kaum lain seperti cina dan india jangan harap la depa nak tengok UBN berkuasa lagi..sebab depa tau UBN adalah parti penghancur negara dan rakyat...bukan pembela rakyat...
rakyat sekarang sudah jemu dan muak dengan tindak tanduk UBN...lebih kepada mengaut kekayaan untuk diri sendiri dari mahu melihat rakyat hidup dalam keselesaan...rakyat tak mintak banyak pun dari pemimpin..rakyat hanya mahukan hidup yang selesa dan aman dibawah pemerintah yang diberi kuasa....selesa menjalani hidup bersama keluarga..selesa mencari rezeki halal...selesa dengan persekitaran yang selamat...selesa bermasyarakat...selesa beribadah..tetapi ini semua telah dicemari oleh orang2 yang berkuasa yang berjiwa kotor...orang2 yang lupa asal usul...orang2 yang akal pendek...orang2 yang lupa haluan hidup sebenar sebagai hamba Allah...
kalau perkara yang semudah ini pun pihak pemerintah tak boleh nak beri...maka kalian tidak layak berada ditakhta pemerintah...kalian tidak layak memerintah kami..kalian tidak layak digelar sebagai pemimpin...kalian tidak layak mendapat sanjungan dari kami...kalian tidak layak dihormati...kalian hanya layak disingkirkan dari menjadi pemimpin kami...kerana kalian tiada kebaikkan untuk kami...kalian tidak boleh dijadikan contoh ikutan kami...kerana kalian buang contoh yang terbaik iaitu Rasulullah s.a.w....
sakit kami kalian pejamkan mata...susah kami kalian pekakkan telinga..kesedihan kami kalian butakan mata hati...keselamatan kami kalian abaikan...makanya layak lagikah kalian menjadi pemimpin kami...? perlu lagi kah kami mengangkat kalian sebagai pemimpin kami...?
apakah kalian masih kami perlu..?
jawapannya..TIDAK..!!
apakah kalian layak jadi pemimpin kami..?
jawapannya TIDAK..!!
apakah kami masih memerlukan kalian sebagai pembela kami..??
jawapannya TIDAK..!!
maka tidak salah kalau kami kata..TAKNAK pada UMNO/BN...!!
wallahualam....
1 comment:
Ulasan tok minggu ini.
1.Draf perlaksanaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa(SIAP) di parlimen.
Pak Lah sebelum menyerahkan kuasanya kepada Najib perlu menubuhkan SPRM,Suruhanjaya Perlantikan Hakim dan SIAP.Majoriti 2/3 diperlukan untuk menubuhkan kesemua suruhanjaya ini dan sudah tentu Pak Lah memerlukan sokongan dan undi daripada ahli parlimen pembangkang.
Ramai yang kurang yakin dengan penubuhan SIAP dan tak kurang yang bimbang jika Suruhanjaya ini kelihatan seolah-olah memihak kepada UMNO-BN seperti SPRM dan Suruhanjaya Perlantikan Hakim.
Ramai yang menuduh SPRM sebagai punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.Ada juga yang merasa bimbang jika Musa Hassan dilantik sebagai Pengerusi SIAP.Jadi eloklah MP Pakatan Rakyat tak sokong draf ini sebagai langkah berjaga-jaga dan Pak Lahpun tak jadi serah kuasa kat Najib pasal tak dapat nak tubuhkan SIAP.
2. Mini bajet RM60 bilion?
Mahal tu...mula-mula kata RM10 bilion.Mana nak cekau duit banyak macam tu.tok heran juga.Naib tak sebutpun mana dia dapat duit sebanyak RM60 bilion ketika matawang ringgit jatuh ke paras paling buruk.BSKLpun tengah demam.Negeri pasir dua butir yang ada dua MB sudah tentu tidak meyakinkan pelabur-pelabur asing datang melabur ke Malaysia.
3.Pendedahan untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam sidang DUN Selangor.
Program people centric oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor.
Pelik kerana SPR dan Majlis Keselematan Negara (MKN)terlibat sama.Eloklah Pakatan Rakyat jangan menyimpan musuh dalam selimut dalam jentera pentadbiran negeri.Kena agresif dan tak cukup kita bertahan setiap hari menangkis tohmahan daripada media totok UMNO.
3)Peralihan kuasa.
Perjumpaan lebih sejam Anwar dan Pak Lah menghangatkan lagi iklim politik negara kita.Ada yang cakap kerajaan perpaduan mungkin ditubuhkan.Siapa pulak jadi PM kira kow tim lepas tu.Lagi kuatlah persepsi penyerahan kuasa Pak Lah kepada Najib tidak akan berlaku.
Ada pula yang jadi nasi tambah kata isu moral menjadi punca Najib tak boleh jadi PM.Paper Perancis dah siar citer pasal Altantunya dan seantero dunia dah tahu.Isu hangat macam ni akan menjauhkan pelabur asing ke Malaysia.Naib kenalah korbankan kepentingan dirinya untuk jadi PM dengan kehendak negara yang berdepan krisis ekonomi global.Tok risau nanti matawang ringgit setaraf dengan rupiah.
4.Negeri Pasir Dua Butir.
tok tak mahu rakyat pening kepala tengok negeri pasir dua butir dirampas menteri pasola.ada memanda menteri kena jadi bomba pulak nanti.sementara hayat Pak Lah sebagai PM masih ada,eloklah bubarkan saja DUN negeri Pasir Dua Butir ni.janganlah gunakan alasan tak nak membazirkan duit.Dulu SPR beli dakwat tapi tak guna sampai sekarang tak bisingpun.Beli heli eurocopter yang mahal berkali-kali ganda daripada Brazil tak bisingpun.Kalau dah tak nak membazir kenapa rampas negeri pasir dua butir yang telah mendapat mandat daripada rakyatnya secara menjolok mata@ macam lanun.
5)Isu bahasa Melayu
Bahasa jiwa bangsa.UMNO dah hilang jiwanya pasal berbangga dengan Bahasa Inggeris.Eloklah korang semua apply kerakyatan Australia,UK dan USA.tok-tok menteri sekarangpun belajar sains dan matematik dalam Bahasa melayu.
Negara Afrika seperti Zimbabwe dan Ghana belajar sains dan matematik dalam BIpun mundur sampai sekarang.
Saintis nuklear India,APJ Kalam belajar kat universiti tempatan je.Tak pergipun oversea university.Tun Mahathir baru belajar kat Singapura dah bawa idea yang merosakkan bangsa.Ramai yang tinggal dalam rumah kotak kat USA dulu belajar sains dan matematik dalam BI.Rentikanlah membakulsampahkan bahasa sendiri.GMP jangan lemah semangat dan teruskan gerakan anti PPSMI ke seluruh negara biar rakyat semua tahu.ahli parlimen pakatan rakyat pulak jangan lupa tanya berapa kos sebenar PPSMI.
6.Demo UMNO sah dan bukan perhimpunan haram?
Setahu tok polis berkhidmat untuk rakyat Malaysia bukan untuk ahli UMNO sahaja.Ramai yang tak puas hati bila UMNO buat demo,polis senang je beri permit.Bila Pakatan Rakyat nak berdemo,polis payah nak bagi.UMNO berdemo kat KOMTAR tahun lepas siap dapat air mineral percuma.polis tak kacaupun.banyak lagi demo UMNO yang kira panas hatilah kalau kita tengok.UMNO demo kat rumah Deris Jusoh kutuk Yang Di Pertuan Agong natang,polis tak tangkap pun beruk-beruk tu.Natang dalam loghat Terengganu kalau yang tak tahu binatanglah maknanya.Tok nak MP Pakatan Rakyat desak dan bawak usul Musa Hassan letak jawatan sebagai KPN.Bila kepala keretapi dah ok gerabaknya akan ok jugak
Tumbangnya UMNO tak merugikan Melayu.Itulah pandangan yang dikongsi oleh kebanyakan generasi muda Melayu.Dongeng semata-mata jika negara huru-hara jika UMNO tumbang.Exco Selangor boleh isytiharkan harta mereka secara online,UMNO-BN lebih 51 tahun memerintahpun tak berani buat.Nampak sangat UMNO tak telus.Eloklah dibubarkan kalau dah tak mendatangkan manfaat kepada rakyat.Bahasa Melayupun korang tak berani perjuangkan.
Sebelum UMNO ke kubur dan rakyat makan bubur,eloklah kita bersatu hati memartabatkan bahasa Melayu.Orang dah pencen macam Tun Mahathir buatlah cara dah pencen.
eloklah pegang tasbih dan ke masjid selalu.
tok dan ramai beranggapan kemusnahan yang berlaku kepada negara sekarang berpunca daripada Tun mahathir sendiri.
Pecat mufti,pecat ketua hakim,buang kekebalan raja Melayu dan pecat Anwar,TPMnya dan mengaibkannya.Ramai yang percaya Tun Mahathir dalang rampasan kuasa negeri pasir dua butir.
Tok nampak negri Pasir dua butir sebelum ini boleh jadi model kerajaan perpaduan kalau ditambahnilai dengan penyertaan ADUN-ADUN UMNO ke dalam kerajaan negeri.Buang oportunis dari changkat jering,behrang dan jelapang.amanlah negeri pasir dua butir.itulah pandangan kebanyakan rakyatnya.
tok nak rehat sat.mamak zambri.teh tarik wunek.wakakakak
Post a Comment